Bab 17

127 30 14
                                    

Satu bingkai gambar yang memaparkan wajah Daeun yang tersenyum lebar direnungnya dari jauh. Keluhan demi keluhan kesal keluar dari bibirnya. Dia bangkit dari katil mendekati meja yang menempatkan beberapa bingkai gambar Daeun.

"Kim Daeun."

Seonghwa meraup kasar wajahnya sebelum mendaratkan kedua-dua tangannya ke atas meja. Sekali lagi wajah cantik Daeun di dalam bingkai ditatapnya.

Sayang sekali, Daeun bukan miliknya.

Dia selalu berharapkan yang wanita itu akan menerima dirinya. Sudah bertahun-tahun dia menunggu dengan penuh sabar namun semua itu hanyalah sia-sia. Hati Daeun hanya pada Yunho.

Seonghwa tahu dia salah kerana mengharapkan isteri orang, hak orang lain tetapi tidak sangka juga Daeun langsung tidak membuka hatinya untuk lelaki itu walaupun sedikit. Daeun hanya menganggap Seonghwa sekadar kawan baik, tidak lebih daripada itu.

Empat tahun Daeun dan Yunho berpisah, apa belum cukup waktu untuk dia meraih perhatian wanita itu?

Di dalam bilik itu yang hanya bercahaya kan lampu meja, Seonghwa akhirnya menangis teresak-esak.

Bukan empat tahun ini sahaja dia menunggu Daeun, tetapi sejak alam persekolahan lagi. Seonghwa mula menyalahkan diri sendiri kerana dia lambat memberitahu isi hatinya sejak dulu. Sakit hatinya apabila mendapat tahu yang Daeun sudah memiliki orang lain di saat dia benar-benar yakin dengan keputusannya untuk memberitahu wanita itu tentang perasaanya.

Seonghwa menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sendiri. Mungkin dia patut lepaskan segalanya.

Dia sedar dia sudah tiada peluang lagi. Dia juga sedar dia tidak akan memiliki Daeun buat selamanya.

Namun, ada satu perkara yang membuatkan dia tidak tenang. Yang membuatkan dia tidak lena tidur.

Seonghwa memejam mata rapat sambil tangan memicit pelipis. Dia buntu apa patut dia beritahu segalanya ataupun tidak. Tetapi memikirkan semula, jika dia tidak lakukan itu, dia tidak akan hidup dengan tenang selepas ini.

****

Mingi mencapai beg kerjanya sebelum keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup lalu butang lock pada kunci ditekan. Sambil berjalan, Mingi memicit lehernya, rasa penat seharian berkerja.

Belum sempat dia mahu memasukkan kunci rumah ke dalam mangga, hon kereta kedengaran. Segera Mingi menoleh dan terlihat sebuah kereta yang baru berhenti di depan rumahnya. Wajah Mingi berkerut, memikirkan siapa yang datang.

Beg kerja di tangan tadi diletakkan di tepi pintu rumah sebelum dia mengorak langkah ke sana.

Seorang lelaki keluar dari kereta tadi. Mingi berfikir sejenak, rasanya pernah lihat. Dia membalas senyuman lelaki itu.

"Maaf, aku datang tiba-tiba. Aku Seonghwa. Aku tahu rumah kau pun dari Hongjoong."

"Oh ya, Seonghwa. Patutlah pernah tengok."

Mereka berjabat tangan.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Tanya Mingi. Sememangnya pelik apabila Seonghwa datang mencarinya.

"Aku nak beritahu sesuatu dan juga tolong aku."

Wajah serius Seonghwa merisaukan Mingi.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now