Bab 8

142 33 1
                                    

"Aku nak bercakap dengan isteri aku."

Yunho mencapai pergelangan tangan Daeun sebelum wanita itu menarik semula. Lelaki itu tersentak kecil.

"M-maaf. Saya kena balik." Daeun melarikan matanya dari memandang Yunho.

Yunho tiba-tiba rasa tercabar. Bila dengan suami tidak mahu, dengan lelaki lain boleh pula. Sakit pula hatinya.

"Kenapa? Tak boleh berenggang dengan jantan lain?" Pedas ayat yang dilontarkan Yunho, sengaja mahu menyakitkan hati isterinya.

Seonghwa ingin sahaja melawan balik kata-kata tidak bermoral Yunho tadi tetapi dia rasa dia tidak patut masuk campur urusan rumah tangga mereka.

Yunho memandang sinis pada Seonghwa. Dia kenal Seonghwa. Kawan baik Daeun sejak sekolah menengah. Tidak sangka selepas dia dan Daeun berpisah, lelaki itu munculkan diri. Apa Seonghwa cuba untuk mengambil Daeun daripadanya?

"Rasanya tiada benda lagi untuk kita berurusan, kan? Saya nak balik. Anak saya penat." Balas Daeun. Ayat terakhir itu sengaja dia tekankan.

Yunho diam sahaja sambil perhatikan Eunna yang sudah tertidur di bahu Daeun. Dia boleh lihat wajah anak kecil itu ada iras dengannya.

Dia harus tuntut semula anaknya.

Yunho membalas pandangan Daeun dengan tajam sebelum dia berlalu dari situ.

Selepas Yunho hilang dari pandangan, Daeun menghembus nafas lega dan badannya terasa lemah. Seonghwa memaut lengan Daeun sebelum menyuruh wanita itu untuk masuk ke dalam kereta.

***

Sudah tiga hari Mingi perasan perubahan Yunho. Kawannya itu banyak senyap. Bila berjumpa, Yunho tidak banyak bercakap seperti biasa. Mungkinkah kerana Daeun?

Di majlis kahwin Hongjoong tempoh hari, Mingi ada melihat dari jauh Yunho bertemu dengan Daeun. Terkejut bukan main dirinya tetapi tidak pula dia ke sana. Tidak mahu masuk campur.

Secawan kopi dihidangkan di atas meja oleh Mingi untuk Yunho. Tiba-tiba sahaja kawannya itu datang ke rumah.

"Aku tengok kau macam ada masalah je. Kongsilah dekat aku." Ujar Mingi. Yunho menyisip kopi perlahan. Kemudian dia pandang Mingi lama.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

"Daeun,"

"Daeun? Kenapa dengan dia?" Sengaja Mingi buat tidak tahu.

"Dia dengan seorang budak perempuan."

"Dan?"

"Dan aku rasa itu anak aku."

Mingi tidak terkejut, hanya biasa. Sudah semestinya itu anak Yunho. Dia percaya Daeun tiada anak dengan lelaki lain.

"Oh ya? Kau nak buat apa?"

"Aku nak ambil anak aku."

Baguslah. Detik hati Mingi.

"Ambil anak pun, ibu anak tu pun kena ambil juga." Kata Mingi bersahaja.

Yunho meraup wajahnya kasar.

"Tapi aku masih tak boleh lupakan apa yang dia dah buat dekat aku."

"Kau percaya dia buat benda terkutuk tu?"

Yunho tidak menjawab. Kepalanya rasa kusut.

Percaya atau tidak percaya, dia sudah membuang isterinya ketika dahulu.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now