Bab 10

140 30 3
                                    

Yunho meraup wajahnya dan melepaskan keluhan kasar. Kejadian empat tahun lalu bermain dalam fikirannya. Selepas kejadian itu berlaku, dia telah menghalau Daeun keluar dari rumah sekali gus membuang wanita itu dari hidupnya. Entah mengapa dia rasa bersalah yang amat apabila mengingati semua itu semula.

''Macam mana apa yang kau sangka itu salah?''

Kata-kata daripada Mingi sedikit sebanyak mencelarukan fikirannya.

''Yun, kamu tak nak masuk?''

Yunho menggeleng perlahan dan selepas itu Puan Jeong keluar dari kereta lalu memasuki butik pakaian. Tadi tiba-tiba sahaja Puan Jeong mengajak Yunho untuk menemaninya ke butik, tidak mahu pergi berseorangan. Encik Jeong pula outstation. Mahu tidak mahu, Yunho turuti sahaja walaupun terpaksa berkorban waktu tidurnya di hujung minggu.

Lama menunggu di dalam kereta, Yunho keluar untuk mengambil angin. Dia hanya berjalan di sekitar depan butik. Sedang dia melayan perasaan sendiri, ada sesuatu yang melanggar kakinya. Pantas Yunho menunduk dan terlihat seorang budak perempuan yang sedang menggosok kepalanya.

"Awak okey?" Yunho duduk mencangkung lalu menggosok kepala anak kecil itu. Dia menilik wajah anak kecil itu, rasanya pernah lihat.

Bukankah ini..

"Eunna!"

Yunho mendongak dan buat seketika di terkaku melihat Daeun datang menghampiri. Betullah dia pernah melihat anak kecil ini, anak dia.

Eunna menoleh lalu menghulur tangannya mahu diangkat namun belum sempat Daeun mahu mendapatkan anak kecil itu, Yunho sudah membawa Eunna ke dalam dukungannya.

Daeun terdiam. Eunna memandang Yunho dengan mata terkedip-kedip. Wajahnya bingung. Yunho lemparkan senyuman lebar.

"Eunna?"

Eunna mengangguk perlahan. Daeun masih tidak berganjak. Melihat Yunho bersama anak mereka membuatkan dia kaku di situ. Yunho memandang sekilas pada Daeun sebelum dia menumpu pada Eunna.

"Ini papa Eunna. Eunna rindu papa?"

Daeun agak terkejut apabila Yunho bertindak memperkenalkan dirinya. Apa suaminya mahu menerima anak mereka itu?

"Papa?"

Yunho mengangguk laju. Tidak mengambil masa yang lama, Eunna terus memeluk leher ayahnya dengan erat. Ini yang dia mahukan selama ini, berjumpa dengan ayah kandung sendiri.

Belakang badan Eunna digosok Yunho perlahan. Dia menyatukan pandangannya bersama Daeun. Lama mereka menatap antara satu sama lain tanpa sepatah kata yang keluar dari mulut masing-masing.

Daeun pantas menoleh ke arah lain. Ada perasaan sebak menyerang dirinya, memikirkan anaknya selama ini berpisah dengan ayah sendiri akhirnya ditemukan semula.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now