Bab 12

134 31 0
                                    

"Awak okey ke? Dua tiga hari ni awak kurang bercakap dengan saya. Saya ada buat silap ke?"

Daeun yang tengah mengelamun tadi tersedar. Dia menoleh memandang Seonghwa yang berwajah risau.

"Tak, tak. Awak tak buat apa-apa pun cuma.."

"Cuma?"

Daeun mengeluh kecil. Dia mengalihkan pandangan ke arah Eunna yang sedang bermain di halaman rumah.

"Saya ada jumpa Yunho beberapa hari yang lepas."

Seonghwa agak terkejut. Dia fikir mereka tidak akan berjumpa lagi setelah pertemuan mereka di majlis perkahwinan sepupunya tempoh hari.

"Awak jumpa dia?"

"Terjumpa."

Seonghwa mengangguk perlahan. Jauh di dalam sudut hatinya, dia masih berharapkan Daeun menerima dirinya tetapi dia masih memikirkan kebahagian wanita itu. Dia tidak mahu memaksa. Sekarang Eunna selesa dengannya sahaja pun dia rasa sudah cukup.

"Jadi.. apa yang terjadi?" Tanya Seonghwa, ingin tahu apa yang terjadi antara mereka berdua.

Daeun kembali memandang Seonghwa. Wajahnya berubah kesal.

"Saya tak tahu. Yunho macam nak perbetulkan semula hubungan kami."

Seonghwa terdiam. Perlahan-lahan dia memutuskan pandangan antara  mereka. Kenyataan tadi amatlah baik untuk hubungan suami isteri itu tetapi tidak untuk dirinya.

"Baguslah kalau macam tu. Demi Eunna juga." Ujar Seonghwa tanpa memandang Daeun.

Daeun perasan akan perubahan Seonghwa. Dengar suara lelaki itu pun dia sudah tahu. Kecewa.

Mereka senyap, melayan perasaan masing-masing. Eunna yang bermain seorang diri itu tetap diawasi oleh mereka.

"Tapi saya tak tahu, Hwa. Saya masih teringat apa yang dia pernah buat dekat saya sebelum ini." Ujar Daeun perlahan. Seonghwa segera menoleh sebelum tersenyum hambar.

"Awak fikirlah apa yang terbaik untuk awak dan Eunna. Awak masih isteri dia. Dia ada hak ke atas awak."

Mereka membalas senyuman. Daeun boleh lihat senyuman Seonghwa yang kelihatan terpaksa. Dia rasa bersalah pada lelaki itu. Selama ini Seonghwa banyak membantu dirinya dan anaknya namun untuk membalas perasaan yang satu itu dia tidak mampu. Berat, sangat berat.

Walaupun mulut kata tidak mahu, tetapi Daeun masih berharapkan Yunho. Disebabkan itu dia tidak mahu melebih dalam hubungan dia dan Seonghwa, risau akan memberi harapan palsu kepada lelaki itu.

"Hwa, saya minta maaf."

Seonghwa ketawa kecil. "Kenapa buat muka sedih macam tu? Tak comel tahu."

Seonghwa senyum lebar pada Daeun sebelum dia bangun menghampiri Eunna untuk bermain bersama.

Daeun sekali lagi melepaskan keluhan berat. Apa yang dia harus lakukan selepas ini? Yunho sudah tahu akan Eunna dan sudah pasti suaminya akan mencari mereka. Mahu tidak mahu, dia harus terima apa yang bakal terjadi nanti.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now