Bab 9

147 33 4
                                    

Empat tahun yang lalu.

Daeun tersenyum puas melihat kek yang baru siap dibakarnya. Hari ini ulang tahun Yunho jadi dia mahu surprise kan suaminya nanti. Dia menilik jam di dinding. Ada dua jam lagi sebelum Yunho pulang dari kerja.

Selepas menyiapkan meja makan dengan makanan, Daeun naik ke atas. Perut yang semakin membesar itu membataskan pergerakannya. Tunggu empat bulan lagi, cahaya mata mereka akan dilahirkan.

Daeun melabuhkan duduk perlahan-lahan di atas katil sebelum telefon dicapai. Dia hantar mesej pada Yunho.

Husband ❤️
- pulang awal, jangan singgah mana-mana. Saya ada surprise untuk awak.

Kemudian, telefon ditutup. Teringat Daeun pada suaminya awal pagi tadi. Bila ditanya hari ini hari apa, yang dijawabnya hari Selasa. Sah, Yunho lupa akan ulang tahunnya.

Daeun mengurut bahunya yang terasa lenguh. Sibuk sangat di dapur sampaikan tubuhnya menjadi penat. Dengan perut boyot lagi. Dia rehatkan diri di atas katil sebelum dia terlelap.

***

Daeun terjaga dari tidur. Suasana malap menanda waktu malam semakin menjelma. Lampu pula tidak terpasang. Dia tersenyum sambil memejam mata apabila terasa badannya dipeluk dari belakang.

"Abang dah balik?" Tanya Daeun perlahan, masih mengantuk. Namun tiada jawapan. Terasa kepalanya dicium. Daeun semakin tersenyum.

Perlahan-lahan Daeun berpusing dengan mata masih terpejam lalu tubuh di belakangnya itu dipeluk manja. Agak lama mereka berkeadaan begitu sehingga satu suara menjengah telinga Daeun.

"Sayang! Sayang dekat atas ke?"

Suara Yunho sayup kedengaran dari tingkat bawah. Hati Daeun berdetak laju. Pantas dia membuka mata memperlihatkan seseorang yang berpakaian serba hitam. Wajahnya juga ditutup.

"K-kau siapa?"

Daeun cuba berundur ke belakang namun orang itu memperkemaskan pelukan di tubuhnya. Semakin dia meronta semakin kuat dia dipeluk.

Tiba-tiba ruang bilik menjadi cerah, lampu sudah dibuka. Daeun menoleh pada pintu bilik. Yunho berdiri kaku sambil memandang kejadian di depan mata dengan rasa tidak percaya.

"A-abang.. tolong saya."

Daeun mula menangis. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri dari orang jahanam itu tetapi dia tidak mampu. Yunho pula hanya memandangnya dengan perasan penuh kecewa.

"Ini surprise yang kau maksudkan?"

"Abang sa-"

"Aku betul-betul terkejut. Bagus kau punya surprise." Yunho mengetap bibir, menahan air mata daripada jatuh. Dia genggam tangannya kuat.

Daeun menggeleng laju. Dia melihat orang serba hitam di sebelahnya. Kalau tengokkan tubuh badan, orang itu adalah lelaki.

Yunho meraup wajahnya kasar sebelum keluar dari situ. Tidak mahu mendengar penjelasan daripada isterinya. Hatinya sudah berkecai.

"Abang!"

Kali ini Daeun menampar lelaki di sebelahnya, terus terlepas pelukan di badannya. Segera Daeun bangun lalu mengejar Yunho.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now