Bab 2

153 33 1
                                    

Daeun terjaga apabila terasa bahunya digoncang. Wajah Eunna menjamah pandangannya apabila dia mencelikkan mata.

"Ada apa, sayang?"

"Ada orang ketuk pintu. Orang datang kut." Ujar Eunna. Daeun bangun dari sofa lalu bergerak ke pintu rumah.

"Seonghwa?"

Buka sahaja pintu, Seonghwa berdiri tegak bersama beg plastik di tangan. Dia senyum pada Daeun sebelum matanya teralih pada Eunna yang berada di sebelah wanita itu.

"Hai Nana. Awak sihat ke?"

Eunna angguk laju sambil senyum lebar. Dia rapat dengan Seonghwa. Lelaki yang sudah dia anggap sebagai bapanya.

"Awak datang ada apa-apa ke?" Tanya Daeun.

"Kebetulan lalu dekat kawasan sini jadi singgahlah. Saya bawa makanan."  Seonghwa angkat beg plastik tadi, tunjuk pada Daeun.

"Susah-susah je."

Seonghwa hanya tersenyum. Mereka berlalu masuk ke dalam.

*****

Kepala Eunna dielus lembut oleh Seonghwa sambil dia perhatikan anak kecil itu makan.

"Nana tahun depan dah masuk lima tahun, kan?" Tanya Seonghwa sebelum mendongak memandang Daeun yang duduk berhadapan dengannya.

"Ya."

Seonghwa tersenyum kecil. "Maksudnya dia akan mula bersekolah. Uhm.. harap awak ingat apa yang saya beritahu minggu lepas. Nana perlukan ayah. Saya tak nak dekat sekolah nanti.."

"Seonghwa,"

Seonghwa terdiam.

"Saya tak nak bercakap pasal ini. S-saya tak bersedia." Ujar Daeun. Nada suara lembut namun ada ketegasan.

Seonghwa mengangguk lemah. Ditolak beberapa kali pun langsung tidak mematahkan hasratnya dalam hati.

Daeun mengemam bibir. Dia tidak mahu Seonghwa terus berharap. Lagi pula dia..

"Saya belum lagi bercerai. Saya harap awak boleh faham."

*****

Puan Jeong senang hati apabila didatangi oleh kawan baiknya yang baru pulang dari luar negara. Kawannya itu datang bersama cucu.

"Ini ke anak Jiyeon?" Tanya Puan Jeong mesra. Dia tersenyum melihat anak kecil yang berada di sebelah Puan Oh.

Puan Oh mengelus rambut cucunya di sebelah.

"Ya, anak Jiyeon. Soyeon namanya. Empat tahun." Ujar Puan Oh.

Hati Puan Jeong mula terdetik. Pasti cucunya sekarang sebaya dengan Soyeon.

"Mana anak lelaki awak? Apa dah nama dia?"

"Yunho."

"Ha Yunho. Lama tak datang, nama pun dah lupa."

Mereka sama-sama ketawa.

"Dia kerja. Petang baru balik, kadang-kadang malam." Cerita Puan Jeong.

"Menantu awak? Kerja juga ke?"

Pertanyaan Puan Oh itu membuatkan Puan Jeong terdiam. Senyumannya memudar.

"D-dia.."

"Mama,"

Serentak mereka berpaling, menampakkan Yunho yang baru pulang. Puan Jeong boleh rasa Yunho mendengar perbualan mereka. Tengok muka pun sudah tahu. Nampak tidak senang.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now