Bab 11

137 31 10
                                    

Daeun ralit melihat Eunna yang sudah tertidur di bahu Yunho. Sekarang mereka berada di dalam sebuah kafe. Selepas Yunho memberitahu Puan Jeong mahu pergi sekejap, jadi mereka ke sini. Tidak pula dia khabarkan mengenai Daeun kepada mamanya, katanya mahu berjumpa kawan.

"Sini saya pegang Eunna. Dari tadi lagi, lenguh bahu awak." Daeun cuba mendapatkan anaknya namun Yunho menggeleng.

"Tak apa. Apalah sangat beban atas bahu saya sekarang nak dibandingkan beban yang saya tinggalkan pada awak seorang diri selama ini." Ujar Yunho. Dia mengintai wajah lena Eunna sebelum dia tersenyum kecil.

Daeun terdiam. Faham maksud Yunho tadi. Dia berdehem kecil. Rasa kekok. Berpisah selama beberapa tahun membuatkan dia rasa janggal untuk berada dekat dengan lelaki yang bergelar suaminya itu.

"Eun,"

Daeun menoleh melihat Yunho yang merenung wajahnya.

"Kenapa?"

"Awak tak nak jelaskan apa-apa pada saya?"

Daeun mengemam bibir. Dia menunduk sambil menggenggam tangannya bersama.

"Tiada apa yang nak dijelaskan lagi. Awak pernah buang saya."

Lidah Yunho jadi kelu, tidak dapat membalas kata-kata Daeun itu. Dia tahu dia salah kerana dia langsung tidak memberi peluang kepada isterinya untuk mempertahankan diri sendiri sebelum ini.

"Saya tak cari awak selama ni sebab saya takut awak tak akan terima saya lagi. Dan saya takut awak akan ambil Eunna dari saya." Ujar Daeun perlahan. Yunho menghela nafas panjang.

"Saya tak sekejam itu."

"Halau saya dan hina saya sebelum ini, itu tidak kejam?"

Daeun merenung wajah Yunho dengan dalam. Matanya menunjukkan betapa sedih dan kecewa dirinya selama ini.

Yunho meraup mukanya dengan sebelah tangan sebelum dia membetulkan badan Eunna di badannya apabila anak kecil itu bergerak sedikit.

"Salah saya. Saya minta maaf. Saya terlalu ikutkan perasaan saya waktu itu." Wajah Yunho berubah. Sedih dan menyesal. Dia tahu kata maaf daripadanya tidak akan dapat kembalikan waktu lalu.

"Ya, memang salah awak. Awak terlalu ikutkan perasaan awak sampai awak abaikan perasaan saya."

Daeun menekup wajahnya, cuba untuk tidak menangis. Bayangan empat tahun lalu sewaktu dia diusir keluar dari rumah kembali bermain dalam fikirannya.

"Sayang.."

Yunho menarik kepala Daeun lalu disembamkan di atas dadanya. Rambut isterinya diusap lembut, menenangkan wanita itu daripada menangis.

Seketika kemudian, Daeun menjauhi Yunho. Matanya yang berair segera dilap. Dia bangun dari kerusi.

"Saya kena balik." Daeun mengambil Eunna dari Yunho dan kali ini suaminya tidak menghalang.

"Biar saya hantar." Yunho mula bangun.

"Tak apa. Saya dah janji dengan Seonghwa. Dia datang ambil. Saya pergi dulu." Selepas itu Daeun keluar dari kafe bersama Eunna.

Yunho menghantar pemergian Daeun dengan pandangan matanya.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now