Bab 20 ✅

183 28 10
                                    

Eunna berlari anak menuju ke bilik sebelah, di mana bilik orang tuanya berada. Dia melompat naik ke atas katil lalu meniarap. Daeun yang sedang menggosok baju itu ditontonnya.

"Ma,"

"Ya?" Tanpa berpaling, Daeun menyahut. Tangannya ligat menggosok baju kemeja untuk suaminya.

"Nana tak sabar nak sekolah nanti."

"Mama pun tak sabar nak hantar Eunna ke sekolah. Nak tengok kamu menangis bila kena tinggal." Daeun menyakat membuatkan Eunna muncung. Daeun ketawa kecil.

Seketika kemudian, Yunho keluar dari bilik air dengan hanya tuala melilit di pinggang. Rambutnya yang basah itu digosok dengan tuala kecil.

Daeun segera menghulurkan baju kemeja dan seluar slack yang sudah siap digosok kepada Yunho. Selepas itu Yunho membawa diri ke dalam bilik pakaian.

"Jom Eunna, kita turun bawah. Teman mama siapkan sarapan."

Eunna segera bangun dari katil lalu menghulurkan tangannya kepada Daeun, minta untuk didukung.

"Dah besar pun nak kena dukung lagi."

Daeun mendukung Eunna lalu keluar dari bilik. Ruang makan dituju mereka.

****

"Sayang, tolong sekejap."

Yunho menuruni anak tangga sambil memegang tali leher. Seperti biasa, dia akan meminta isterinya untuk memakaikannya tali leher. Bukan tidak diajar tetapi dia sengaja tidak mahu ambil tahu, lebih suka Daeun menguruskan dirinya.

Daeun yang baru selesai menyediakan pinggan dan cawan di atas meja, segera mendekati Yunho. Dia mula memakaikan tali leher pada tengkuk suaminya manakala pinggangnya pula dipeluk ringan oleh lelaki itu.

"Done."

Bahu Yunho ditepuk perlahan setelah selesai. Baru mahu berganjak, Yunho mengeratkan pelukan di pinggang isterinya.

"Wait,"

Tangan Yunho naik menekup wajah Daeun sebelum dia menunduk sedikit mencium bibir isterinya sekilas. Kemudian mereka membalas senyuman. Baru mahu menatap wajah masing-masing dengan lebih lama, kedengaran suara Eunna memanggil.

Daeun ketawa kecil sebelum berlalu ke meja makan, melayan anaknya makan. Yunho tersenyum sendiri sebelum dia turut berganjak ke meja makan untuk sarapan.

Tidak lama selepas itu, loceng rumah berbunyi. Tanpa menunggu lama, Daeun bangun dan berlalu ke pintu rumah.

Buka sahaja pintu, Daeun tergamam dengan kehadiran Seonghwa. Tidak menyangka lelaki itu akan datang menjumpainya lagi.

****

Yunho dan Eunna berada di ruang tamu, menemani anaknya itu menonton kartun di tv. Sesekali itu mata Yunho melirik ke arah Daeun dan Seonghwa di meja makan.

Sudah dua bulan Seonghwa tidak memunculkan diri dan hari ini lelaki itu datang, merayu untuk berjumpa dengan Daeun. Pada awalnya Yunho tidak membenarkan tetapi Daeun sendiri yang bersetuju untuk berjumpa dengan lelaki itu. Mahu tidak mahu, Yunho terima sahaja. Sebab itu dia belum berangkat ke tempat kerjanya lagi, tidak mahu meninggalkan isteri dan anaknya bersama Seonghwa.

Seonghwa menghembus nafas berat. Daeun di depannya dipandang dengan tatapan penuh berharap.

"Daeun. Saya berharap sangat awak dapat maafkan saya walaupun bukan mudah untuk awak terima kesalahan saya. Hati saya tak akan tenang selagi awak tak maafkan saya." Rayu Seonghwa dengan sepenuh hati.

Daeun memejam matanya seketika. Nafasnya ditarik panjang.

"Saya tak pandai berdendam, Hwa. Saya tak pandai nak benci orang dengan teruk. Lagi-lagi awak, kawan baik saya sendiri."

Daeun tahu perbuatan bodoh Seonghwa sebelum ini merupakan kesalahan yang sangat besar. Bukan mudah untuk dimaafkan. Kerana lelaki itu, dia dan Yunho berpisah. Kerana lelaki itu, Eunna kekurangan kasih sayang seorang ayah.

Tetapi Daeun tahu, menaruh dendam tidak akan memberinya apa-apa kebaikan.

"Saya maafkan awak, Hwa. Walaupun niat awak salah tapi awak banyak bantu saya dan Eunna selama ini. Awak sayang Eunna macam anak awak sendiri. Terima kasih."

Melihat senyuman ikhlas daripada Daeun, Seonghwa akhirnya tersenyum lega.

"Terima kasih, Daeun."

*****

Yunho menjenguk kepalanya ke dalam bilik tidurnya, mencari keberadaan Daeun. Melihat isterinya di balkoni, dia masuk ke dalam lalu pintu bilik ditutup. Daeun dihampirinya.

"Sayang okey ke?"

Yunho mendaratkan dagunya di bahu Daeun dan pinggang isterinya dipeluk.

"Saya okeylah. Kenapa tak okey pula?"

"Tak okey sebab kena berpisah dengan Seonghwa."

"Eh ke situ pula."

Daeun ketawa kecil seraya memukul perlahan tangan Yunho di pinggangnya.

"Saya sebenarnya nak ucap juga terima kasih dekat dia sebab jaga awak dan anak kita selama ini."

"Habis tu kenapa tak cakap je?"

"Tak boleh. Bila tengok muka dia macam nak tumbuk je. Geram."

Yunho buat-buat muka bengis sebelum dia dan Daeun sama-sama ketawa.

Kemudian mereka senyap, melayan perasan masing-masing. Sesekali itu wajah mereka terasa sejuk ditampar angin.

"Sayang,"

"Hm?"

"Terima kasih tau sebab sudi terima saya dan beri saya peluang." Ujar Yunho perlahan, seakan berbisik di telinga Daeun dengan suara serak basahnya.

"Saya tak boleh hidup tanpa awak. Eunna pun perlukan awak. Walaupun dulu saya sering berputus harapan, fikir yang saya dan Eunna tak akan berjumpa dengan awak lagi, tapi saya kuatkan diri. Saya berdoa hari-hari supaya kita kembali semula."

Yunho memejamkan matanya dengan erat lalu menempel pipinya dengan pipi Daeun. Hidungnya terasa pedih, ingin menangis. Terasa dirinya teruk kerana membiarkan isteri dan anaknya bersusah payah tanpa dirinya.

"Sorry.."

Daeun ketawa kecil. Tangannya naik menggosok rambut Yunho.

"Nak menangislah tu, kan? Apa ni dah besar nak menangis lagi. Malu kalau anak kita tengok."

Yunho juga ketawa kecil, tidak jadi mahu menangis.

"Kesian Nana."

"Kenapa pula?"

"Dah empat tahun tapi belum ada adik."

"Dah mula dah dia.."

Yunho tergelak.

"Kalau Seonghwa tak guna tu tak pisahkan kita, mungkin kita dah ada dua tiga orang anak lagi."

"Yunho apa ni!"

Daeun menoleh menghadap Yunho lalu hidung suaminya ditarik kuat sehingga meninggalkan kesan kemerahan.

"Sakitlah sayang." Yunho menggosok hidungnya namun dia masih ketawa melihat wajah Daeun yang memerah.

Yunho menarik lembut tangan Daeun mendekati dirinya sebelum tubuh isterinya dipeluk erat. Sisi wajah Daeun disembamkan di dadanya.

"Thank you, sayang."

Losing you is the biggest mistake I ever made. I don't want to lose you anymore.

The End.


MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now