Bab 15

126 30 0
                                    

"Tolong jaga anak aku sekejap."

Yunho titipkan pesanan buat Seonghwa sebelum dia menarik pergelangan tangan Daeun mengikutinya ke kereta. Wanita itu ikuti sahaja, tidak mahu melawan.

Sampai di kereta, Yunho membuka pintu dan menyuruh isterinya masuk. Kali ini Daeun turuti juga.

"Tak rindu saya?"

Masuk sahaja ke dalam kereta, Yunho terus bertanya. Badannya mengiring menghadap Daeun. Mata Daeun pula terkedip-kedip, agak terkejut dengan soalan yang dilemparkan oleh suaminya.

Rindu? Semestinya.

Namun Daeun diam sahaja. Dia menghala pandangan ke depan sambil menggenggam tangannya. Yunho juga turut diam, mengamati wajah isterinya yang sudah lama tidak ditatap. Sejujurnya, Daeun kelihatan semakin cantik. Dan yang paling comel, rambut wanita itu. Kalau dulu panjang tetapi sekarang sudah pendek paras bahu.

Yunho membetulkan duduknya, menghadap ke depan sama dengan Daeun. Nafas pendek dihela.

"Tujuan saya berjumpa dengan awak hanya satu. Pulihkan hubungan kita. Kalau awak rasa tak mampu, awak fikirlah yang kita lakukan semua ini demi anak kita." Yunho memulakan bicara. Daeun terus menoleh. Dia tidak terkejut kerana dia boleh menganggap kehadiran Yunho ke sini adalah kerana hubungan mereka.

Apabila Daeun senyap tidak membalas, Yunho membuka bicara sekali lagi.

"Saya tahu bukan mudah untuk awak maafkan saya. Saya silap besar sebab pernah halau awak sebelum ini. Saya meragui kepercayaan saya terhadap awak. Saya minta maaf."

Mata Daeun sedikit meluas kerana terkejut melihat air mata yang keluar dari mata Yunho. Sebak hatinya melihat suaminya mula menangis. Dia tidak pernah melihat Yunho selemah ini.

Tanpa teragak, Daeun memeluk Yunho dan kepalanya dijatuhkan ke atas bahu suaminya. Belakang badan Yunho ditepuk-tepuk lembut, menenangkan lelaki itu.

"Tiada guna saya berdendam dengan awak. Memang saya masih terkesan dengan perbuatan awak sebelum ini tetapi manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Awak tidak sempurna, Yunho. Saya pun tidak sempurna. Tapi saya perlukan awak untuk sempurnakan hidup saya dan Eunna."

Yunho tersenyum lebar. Dia membalas pelukan isterinya. Terasa kejam dirinya dengan perbuatannya terhadap Daeun sebelum ini. Lagi sakit bila teringat ketika itu Daeun sedang sarat mengandung.

"Maafkan saya dan beri saya peluang kedua. Saya akan jadi suami dan ayah yang terbaik untuk awak dan Eunna."

Daeun tersenyum seraya mengeratkan lagi pelukan pada Yunho. Yunho tersenyum lega apabila merasakan anggukan kecil di bahunya.

Dia berjanji akan menjaga Daeun dan anak mereka sehingga hembusan nafasnya yang terakhir.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now