Bab 7

140 33 5
                                    

"Kim Daeun.." Yunho menyebut perlahan nama isterinya, cukup untuk didengarinya sahaja. Tanpa sedar, dia berjalan mendekati Daeun. Daeun pula masih tidak berganjak dari situ.

Seonghwa turut terkejut melihat Yunho dan terus dia berdiri di sebelah Daeun.

"Y-yunho." Daeun menyeru nama Yunho perlahan. Dia tayang senyuman nipis. Sungguh, dia rindukan suaminya.

Seonghwa menghulurkan tangan pada Yunho untuk bersalaman apabila suasana jadi sepi. Yunho menyambut.

"Suami Daeun?"

Tanpa apa-apa, Yunho terus menembak soalan sebegitu membuatkan Daeun tersentak kecil. Tapi Yunho tahu Daeun tidak boleh berkahwin kerana mereka masih belum bercerai.

Sakit hati Daeun melihat wajah tenang Yunho itu seolah lelaki itu tidak peduli akan dirinya. Apa suaminya itu berharapkan dia akan berkahwin lain? Detik hati Daeun.

Seonghwa ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

"Tak, cuma kawan biasa." Jawab Seonghwa. Dia rasakan Yunho tidak ambil peduli dengan kata-katanya kerana mata lelaki itu asyik melekat pada wajah Daeun.

"Awak apa khabar?" Daeun bersuara setelah lama berdiam diri.

"Baik." Jawab Yunho sepatah.

Daeun berharapkan Yunho menanya dirinya dengan soalan yang sama tetapi hampa kerana suaminya hanya diam. Wajah Yunho hanya biasa sahaja.

Baru Seonghwa mahu membuka mulut untuk menghidupkan suasana, rengekan Eunna mahukan mamanya kedengaran. Segera Daeun mendapatkan anaknya.

"Mama ada dekat sini, sayang." Daeun memeluk Eunna sambil menggosok belakang tubuh anaknya.

Yunho memerhati dua beranak itu. Mama? Anak Daeun?

Ah, bodoh Yunho. Dia hampir terlupa dia pernah ada anak bersama Daeun. Sewaktu Daeun pergi, wanita itu sedang mengandung dan ikutkan tubuh anak kecil itu, Yunho dapat menganggap yang budak perempuan itu sudah berumur empat atau lima tahun. Sama dengan tempoh masa mereka berpisah.

"Your daughter?"

Tanpa sedar, soalan itu keluar dari mulut Yunho. Dia terlalu ingin tahu.

Daeun mengangguk perlahan. Ya, anak kita.

"Siapa ayah dia?"

Daeun terkedu dengan pertanyaan Yunho itu. Bibir Yunho mengukir senyuman kecil tapi di mata Daeun, lelaki itu sedang tersenyum sinis.

"Nana nampak penat. Kita balik." Seonghwa bersuara. Dia sedar perubahan wajah Daeun.

"Kau kenapa?" Kali ini Yunho bersuara tegas, menghalang mereka untuk memasuki kereta. Tidak suka lelaki itu menganggu urusan mereka.

Baru Seonghwa mahu bersuara, Yunho memintas.

"Aku nak bercakap dengan isteri aku."

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now