Bab 14

124 32 2
                                    

Daeun dan Seonghwa sama-sama melabuhkan duduk di sebuah bangku yang tidak jauh dari taman permainan. Eunna pula sedang bermain di sana. Hari ini Seonghwa berkesempatan untuk membawa mereka keluar memandangkan jadual kerjanya di pejabat tidak padat seperti biasa. Dalam masa yang sama dia rindu mahu meluangkan masa bersama dua insan itu.

"Terima kasih sebab sudi keluar hari ini." Ujar Seonghwa, tersenyum lembut pada Daeun.

"Tak perlu berterima kasih pun. Bukannya tidak biasa. Lagi pula Eunna rindukan awak, beria tadi bila tahu awak nak bawa jalan-jalan." Daeun ketawa kecil, teringat telatah anaknya tadi. Matanya tidak lari dari memerhati Eunna yang sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain.

Seonghwa tersenyum kecil sebelum dia turut memandang ke arah Eunna. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan kecil.

"Daeun,"

"Hm?"

"Walaupun saya tahu saya tak akan berjaya buat awak jatuh cinta pada saya tapi saya tetap akan bersama dengan awak, ada dengan awak saat awak dan Eunna perlukan saya. Jadi saya mohon jangan jauhkan diri awak dan anak awak dari saya." Ujar Seonghwa dengan nada lembut. Daeun menoleh dan merenung sisi wajah kacak Seonghwa.

"Saya tak pernah lupakan jasa awak selama ini, Seonghwa. Awak banyak bantu saya. Tiada sebab saya nak jauhkan diri saya dan Eunna dari awak."

"Mungkin suatu hari nanti awak akan."

Itu yang dirisaukan Seonghwa. Dalam masa yang sama dia sudah bersedia yang suatu hari nanti dia dan Daeun akan berjauhan. Bila Daeun dan Yunho akan bersatu kembali, peluangnya untuk mendapatkan wanita itu amatlah tipis dan semestinya sudah tiada peluang lagi. Jadi dia akan berundur diri.

"Eunna sayangkan awak, dah anggap awak macam papa dia sendiri. Tidak mungkin kami akan berjauhan dengan awak, Hwa." Ujar Daeun.

Seonghwa hanya tersenyum nipis.

****

Yunho keluar dari kereta lalu bersandar pada pintu kereta. Kaca mata hitamnya dibuka dan dipegang dengan hujung jarinya. Dari jauh dia dapat melihat Daeun dan Seonghwa.

Dengan bantuan Mingi, dia dapat menjejaki keberadaan isterinya. Cekap juga Mingi membuat kerja, dalam masa satu hari dia sudah mendapat berita. Nampak gayanya harus bayar lebih.

Yunho tidak sangka yang Seonghwa kerap berjumpa dengan isteri dan anaknya tetapi dalam waktu yang sama dia bersyukur kerana masih ada orang yang ambil berat terhadap dua insan itu.

Namun selepas ini tidak lagi. Setelah dia mendapatkan kembali Daeun dan Eunna, dia tidak mahu lagi Seonghwa bersusah-payah menolong mereka seperti sekarang.

Selepas memakai kembali kaca mata hitam miliknya, Yunho mula melangkah mendekati mereka.

"Jeong Daeun,"

Serentak mereka berdua berpaling. Yunho tersenyum lebar.

"Miss me?"

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now