Bab 13

125 32 1
                                    

Yunho cuba untuk fokus pada kertas kerja namun fikirannya penuh dengan Daeun dan akhirnya kertas kerja di depan hanya dipandang kosong. Dia buntu sebenarnya mahu mencari isteri dan anaknya di mana. Sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengan wanita itu.

Lamunan panjang Yunho terhenti di saat pintu bilik kerjanya dibuka dan memaparkan wajah Mingi yang tersengih. Kemudian lelaki itu masuk dan melabuhkan duduk berhadapan dengan Yunho. Wajah gusar kawannya itu dipandang.

"Okey tak? Tengok muka macam ada problem je." Tanya Mingi. Sebatang pen diambil lalu hujung pen ditekan banyak kali. Rasa tidak lengkap kalau tangan kosong sahaja.

"Daeun."

Satu nama itu telah mengejutkan Mingi. Tangannya berhenti dari menekan hujung pen. Matanya meluas, agak terkejut.

"Kau jumpa dia ke?"

Yunho angguk perlahan.

"Habis tu macam mana?"

Yunho menyandar ke belakang seraya meraup wajahnya. Keluhan kasar dilepaskan.

"Aku tak tahu dia tinggal dekat mana. Aku nak jumpa dia."

Mingi hanya diam, tidak tahu mahu membalas apa. Cuma sekarang dia terfikir yang nampak gaya Yunho sekarang sepertinya cuba untuk memperbaiki rumah tangga mereka. Baguslah kalau begitu.

Yunho tiba-tiba menegakkan badannya lalu memandang Mingi dengan wajah serius. Dia mendepankan sedikit badannya sehingga menyentuh meja dan wajah Mingi direnung.

Mingi jadi cuak. "K-kenapa tengok aku macam tu?"

"Apa dah nama kawan kau? Yang kita pergi majlis kahwin dia hari tu."

Mingi diam, berfikir.

"Hongjoong?"

"Entah aku pun tak ingat. Tapi... apa hubungan Seonghwa dengan dia?" Tanya Yunho. Dia tahu Daeun dan Hongjoong tiada apa-apa hubungan jadi sudah pasti isterinya ke sana kerana Seonghwa.

"Aku tak pasti hubungan dia orang tapi aku pasti mereka rapat. Sebab kalau ada majlis apa-apa mesti Seonghwa ada sekali." Ujar Mingi yang merupakan kawan rapat Hongjoong.

"Jadi mereka rapat lah kan?"

Mingi mengangguk yakin.

"Bagus. Tolong aku."

"Tolong apa?"

"Kau cuba siasat Seonghwa melalui Hongjoong. Apa yang dia buat hari-hari. Aku pasti dia selalu jumpa Daeun."

"Aku detektif ke apa ni?"

"Aku bayarlah kau nanti."

Mingi mengguling anak mata. Dia tidak kisah pun bayar ke apa semua tu cuma perlu ke dia bersusah payah lakukan semua itu. Nanti apa Hongjoong fikir kalau tanya lebih-lebih.

"Kau kawan aku kan?"

"Masa ni lah baru nak cakap pasal kawan." Mingi melempar pen yang sedia ada di tangan ke arah Yunho.

"Okey terima kasih."

Mahu tidak mahu, Mingi harus juga. Demi kawan.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now