Bab 3

149 30 4
                                    

"Ada apa-apa ke balik awal?" Tanya Puan Jeong sambil mengikuti langkah Yunho menaiki tangga.

Puan Oh pula sudah pulang. Tak boleh duduk lama, cucu meragam mahukan ibunya. Sempat juga dia berbual dengan Yunho tadi.

"Barang tertinggal." Jawab Yunho ringkas. Dia masuk ke dalam bilik. Satu file di atas meja kerja diambil. Puan Jeong berdiri di depan pintu.

Yunho berpaling dengan wajah masamnya.

"Mama ada cerita ke dekat kawan mama pasal perempuan tu?"

Puan Jeong sudah agak. Anaknya tidak suka.

"Tak. Mama tak beritahu."

"Mujurlah. Saya tak suka mama cerita pasal dia dekat orang lain."

"Kenapa?" Sengaja Puan Jeong bertanya.

"Sebab saya malu ada isteri macam dia." Jawab Yunho. Dia mula berjalan keluar dari bilik.

Puan Jeong masih tidak berganjak dari situ. Dia mengeluh kecil.

*****

"Kenapa berhenti dekat sini?" Daeun melihat ke arah restoran di depannya.

Seonghwa menarik brek. Dia tersenyum pada Daeun seketika sebelum melihat ke arah tempat duduk belakang.

"Nana lapar tak?"

"Lapar!" Jawab Eunna riang.

Seonghwa memandang Daeun semula. "Sekarang waktu lunch. Kita makan dekat sini."

"Tapi saya boleh je masak dekat rumah."

"Saya tak nak susahkan awak untuk memasak hari ni. Penat, kan?"

Daeun mengangguk kecil. Bukan penat kerja pun tapi penat pusing satu pasar mencari barang-barang.

Tapi tetap penat.

Mereka turun dan memasuki restoren tersebut. Eunna pula tidak boleh jauh dari Seonghwa, asyik melekat sahaja.

Mujurlah. Sekurangnya Daeun tidak risau memikirkan Eunna kekurangan kasih sayang seorang bapa.

*****

Mingi mengelap mulutnya setelah selesai makan sebelum dia campak tisu itu ke atas pinggan yang sudah licin. Dia perhati Yunho yang sedang menyisip minuman sebelum matanya tiba-tiba terarah pada satu meja di belakang Yunho.

Dia mengecilkan mata melihat satu figura yang berada di meja itu. Rasa macam kenal.

Apabila sudah dicam, mata Mingi membulat. Ya, dia tidak salah. Itu Daeun.

Mingi menelan liur. Bagaimana reaksi Yunho apabila melihat Daeun berada di situ?

Lagi teruk apabila wanita itu ada bersama dengan seorang lelaki. Dan seorang anak kecil. Sekejap, itu siapa? Mingi tertanya-tanya.

"Kau pandang apa sampai muka macam tu sekali?" Tegur Yunho sebelum dia mengelap mulutnya dengan tisu.

Mingi berdehem. Dia menggeleng perlahan.

"Tak ada apa."

Yunho mengumam. Dia bangun dan tanpa sempat dia berpaling, Mingi menahan.

"Kenapa?"

"Nak pergi mana?"

"Bayar lah." Jawab Yunho dengan muka bingung.

Mingi mengeluh perlahan.

"Tak apa, hari ni aku belanja."

Disebabkan tidak mahu Yunho ternampak Daeun, dia terpaksa berkorban duit untuk kawannya itu.

MISTOOK ✔︎Where stories live. Discover now