Bab 19

125 29 6
                                    

Daeun melepaskan lingkaran tangan Yunho dari badannya. Kemudian, dia mendekati Seonghwa sambil mengesat air matanya. Seonghwa yang sudah lemah itu dipandangnya.

"Hwa," Daeun menyeru perlahan nama Seonghwa.

Seonghwa yang tertunduk menahan sakit, mengangkat perlahan-lahan kepalanya. Melihat wajah sedih Daeun membuatkan dia semakin rasa bersalah.

"S-saya minta maaf."

"Saya tak faham."

"Maafkan saya."

Daeun menghampiri Seonghwa lebih dekat. Dia boleh lihat wajah Seonghwa yang kelihatan sangat bersalah.

"Saya minta maaf." Sekali lagi Seonghwa meminta maaf dengan suara perlahan.

"Saya tak nak dengar kata maaf daripada awak sekarang. Jelaskan kepada saya apa yang jadi." Ujar Daeun, geram dengan sikap Seonghwa. Dia betul-betul mahu tahu apa yang telah terjadi.

Yunho hanya memerhati mereka. Pandangan yang diberikan kepada Seonghwa sangatlah sinis. Kalau tidak memikirkan Daeun ada di situ, sudah lama dia kerjakan lelaki itu habis-habisan.

Mingi berganjak dari mereka berdua, mendekati Yunho. Bahu Yunho ditepuk-tepuk perlahan, menenangkan kawannya itu yang sedang marah.

"Daeun.."

Seonghwa membalas pandangan dengan Daeun.

"Saya bersalah sebab pisahkan awak dengan Yunho."

Wajah Daeun berubah bingung.

"Lelaki yang peluk awak pada malam itu, empat tahun yang lalu adalah saya. Saya penyebab Yunho hilang kepercayaan terhadap awak. Saya minta maaf."

Daeun hilang kata. Jantungnya seakan terhenti mendengar pengakuan daripada Seonghwa itu. Terasa kakinya lemah menyebabkan dia hampir jatuh dan mujur sempat dipaut oleh Yunho.

"A-awak.."

Daeun cuba bersuara namun lidahnya kelu. Dia memandang Seonghwa dengan pandangan tidak percaya. Tangannya pula bergantung pada tangan suaminya.

Seonghwa menahan air matanya daripada jatuh, terasa tidak percaya yang dia telah menyebabkan kepercayaan Daeun terhadapnya hilang dalam sekelip mata.

"Awak pisahkan saya dan Yunho. Bukan setakat saya, tapi awak pisahkan Yunho dan Eunna. Lepas itu awak berpura-pura baik, jaga saya dan Eunna selama ini. Rupanya semua itu ada sebab."

Tangisan Daeun pecah. Yunho segera  memeluk Daeun dan kepala isterinya diusap.

Seonghwa melutut dan tangisannya akhirnya pecah. Mulutnya tidak henti-henti mengucap kata maaf. Dia betul-betul mengharapkan Daeun dan Yunho memaafkan dirinya.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi. Keluar sekarang."

Halau Yunho sebelum dia membawa Daeun ke atas. Isterinya perlu ditenangkan. Siapa tidak kecewa kawan baik yang dipercayai selama ini telah mengkhianati dirinya.

MISTOOK ✔︎Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin