Bab 1

24.3K 1K 228
                                    

Aisyah, 16 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aisyah, 16 tahun

Aisyah pulang dari sekolah dengan gembira. Kenapa dia gembira? Kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru baru ni. Tak sabar nak tunjuk dekat ayah dan ibu!

" Ibu! " panggil Aisyah sebelum dia berlari masuk kedalam rumah dan mencari ibunya.

" Yang kau terjerit jerit ni kenapa? Memekak tau tak? " marah Puan Kamariah.

" Ibu! Aisyah ada berita gembira nak tunjuk dekat ibu ni! " Aisyah mengeluarkan result exam dari beg sekolahnya dan dihulurkan kepada ibunya. Puan Kamariah memandang tanpa riaksi.

" 8A 1B? " soal Puan Kamariah. Aisyah mengangguk laju.

" Tu je kau nak tunjuk dekat aku? Aku ni banyak kerja tau tak? Buang masa je aku layan kau " Puan Kamariah mencampak kertas tersebut.

" Ibu tak bangga ke? " soal Aisyah. Puan Kamariah hanya menghiraukannya. Perlahan-lahan Aisyah bangun. Dia melangkah kearah ayahnya yang sedang membaca surat khabar.

" Ayah! Ayah tahu tak! Aisyah dapat 8A 1B dalam exam baru baru ni! And Aisyah dapat tempat kedua dalam kelas! " ujar Aisyah dengan gembira.

" Kenapa tak dapat nombor satu? " soal Pakcik Zahid. Perlahan-lahan senyuman Aisyah pudar.

" Kakak kau tu elok je dapat straight A. Dalam kelas pun dia dapat nombor satu. Kau? Nombor dua je? " soal Pakcik Zahid sinis.

" Nombor dua pun nak bangga? " soal Pakcik Zahid lagi.

" Aisyah masuk dulu " Aisyah menundukkan badannya sedikit. Dia masuk kedalam bilik tidurnya.

" Nombor dua pun ok apa? " soal Aisyah sendiri.

" Aku dah cuba yang terbaik dah. "

" Tapi ini je yang aku mampu " Aisyah mengelap air matanya.

" Takpe Aisyah! Aku tahu kau boleh dapatkan nombor 1 tu! " ujar Aisyah bersemangat. Dia meletakkan beg sekolahnya ditepi meja belajar dan terus membersihkan dirinya.

" Nur Jannah Aisyah! " jerit Puan Kamariah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Nur Jannah Aisyah! " jerit Puan Kamariah. Aisyah yang sedang belajar itu bergegas keluar dan melangkah kearah dapur.

" Ya ibu? "

" Amboi sedapnya kau duduk dalam bilik tu. Kau buat apa dalam bilik tu? Main phone? " soal Puan Kamariah.

" Tak. Aisyah belajar--"

" Nak bagi alasan? Tak payah bagi alasan la. Kau belajar? Kalau kau belajar, takdenya kau akan dapat 8A 1B. Kau akan dapat 9A, " Aisyah menunduk.

" Kau pergi buang sampah! Dari tadi kau duduk dalam bilik je. Bukannya buat apa apa pun. Semua benda aku yang buat. Kau ingat aku ni bibik ke? " marah Puan Kamariah.

" Baik ibu. Aisyah pergi buang " Aisyah melangkah ke tong sampah. Dia mengikat plastik sampah itu dan terus berlalu keluar. Sempat dia memakai tudung sarung.

" Lalalala " Aisyah bernyanyi. Dia meletakkan plastik sampah tersebut kedalam tong sampah yang berwarna hitam itu dan terus masuk kedalam rumah.

Langkahnya terhenti apabila mendengar perbualan kakaknya dan ayahnya.

" Ayah.. Boleh tak kalau Tina nak laptop? Tina nak buat homework la. Boleh la ayah! " ujar Tina atau nama panjangnya Nurul Atrina Qasyana.

" Ayah bukan apa. Sekarang ni ayah tiada duit lagi. Pak Jabat pun tak nak ayah bekerja sebab kaki ayah asyik sakit je sebab tu dia bagi cuti dekat ayah. Gaji ayah pun 500 je sebulan " ujar Pak Zahid sayu.

" Ala.. Ayah tak sayang Tina ke? " soal Tina.

" Mestilah ayah sayang! Ye la. Nanti ayah belikan ya? Berapa laptop tu? RM 800? "

" Ish apa pula RM 800? Tina nak laptop RM 2000 keatas. Baru la kualiti bagus " ujar Tina gembira.

" Nanti ayah belikan ya? " Pak Zahid mengusap rambut anaknya.

Aisyah hanya memerhati. Laptop? Aku ni telefon pun takde.

Aisyah melangkah masuk kedalam bilik tidurnya. Dia merebahkan diri diatas katil. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

" Kenapa la ibu dan ayah suka banding banding kan aku dengan kakak? " soal Aisyah.

" Apa bezanya aku dengan kakak? " Aisyah menangis teresak-esak.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Aisyah diketuk. Dengan pantas Aisyah bangun dan membuka pintu. Dia tersenyum melihat abang sulungnya iaitu Ilham Wafiy.

" Hai adik abang yang cantik, gojes.." sapa Ilham.

" Kenapa? " soal Aisyah sepatah. Ilham memandang kiri dan kanan kemudian dia menarik Aisyah keluar dari rumah tersebut. Aisyah hanya menurut.

Ilham dan Aisyah duduk dibawah pokok. Aisyah memandang abangnya hairan.

" Kenapa abang bawa Aisyah datang sini? " soal Aisyah. Ilham hanya tersenyum nipis.

" Abang tengok adik abang ni macam baru lepas menangis je. Ada apa apa yang tak kena ke? " soal Ilham. Aisyah menggeleng.

" Aisyah penat sangat. Lepastu stress sikit. Sebab tu menangis " tipu Aisyah. Ilham mengangguk.

" Aisyah tak teringin nak handphone ke? " soal Ilham. Aisyah tersenyum nipis.

" Mesti la Aisyah teringin. Aisyah tengok semua kawan kawan Aisyah dah ada telefon. Tapi kalau Aisyah ada phone, mesti ibu ingat Aisyah chat dengan lelaki " ujar Aisyah. Ilham tersenyum. Dia mengeluarkan sekotak iphone didalam beg kerjanya.

" Nah untuk Aisyah " Ilham menghulurkan iphone tersebut.

" Untuk Aisyah? Kalau ibu tahu macam mana? " soal Aisyah.

" Sorok la. Jangan bagi ibu tahu. Tapi Aisyah kena janji. Jangan buat benda yang bukan bukan. Guna handphone ni untuk belajar. Bukan untuk bercinta atau apa apa yang tak berfaedah. Faham? " soal Ilham. Dengan pantas Aisyah mengangguk.

" Terima kasih abang! " tubuh abangnya dipeluk. Ilham membalas pelukkan adiknya.

" Sama-sama "

Dari jauh, Tina sudah mendengar segala perbualan mereka. Dia tersenyum sinis.

" Kau dapat handphone baru ya? Kau tunggu la, aku bagitahu ibu "

" Kau dapat handphone baru ya? Kau tunggu la, aku bagitahu ibu "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


بيداداري ميليق لوتحفي .
                                                                       17/04

Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now