2 tahun kemudian,
Kaki panjang Luthfi melangkah keluar dari tempat yang paling dibenci semua orang.
" Hati-hati di luar sana. Jangan jadi dayus lagi ya. Sayangilah isteri awak " ujar pegawai yang menjaga dibahagian pintu tersebut.
" Insya Allah. Saya akan hargai dia lepas ni " ujar Luthfi. Pegawai tersebut mengangguk.
" Selamat maju jaya "
" Terima kasih, tuan "
" Sama-sama "
Luthfi menunduk sedikit. Kemudian dia terasa seperti seseorang memanggil namanya.
" Luthfi! "
Luthfi meliarkan matanya. Dia memandang satu tubuh yang sedang melambai kearahnya. Setelah dia mengecam tubuh tersebut milik siapa, segera dia tersenyum lebar.
Laju sahaja Luthfi berjalan kearah Razin. Mereka memeluk antara satu sama lain.
" Ya Allah makin berisi kau kan? " soal Luthfi. Razin ketawa.
" Mestilah. Umi masak lauk sedap sedap " ujar Razin. Luthfi ketawa. Dia tahu siapa ' umi ' yang dikatakan itu.
" Eh mana Aisyah? " soal Luthfi. Razin mengangguk.
" Ada. Nak jumpa dia ke? Jom aku bawakkan " ujar Razin. Luthfi mengangguk laju. Pintu yang berada di bahagian penumpang dibuka lalu dia memboloskan dirinya ke dalam kereta.
Memandangkan tempat yang hendak dituju agak jauh, Luthfi akhirnya terlena di dalam kereta Razin.
" Tidur dah? Haih. Macam mana la kehidupan kau dekat dalam sana kan? " soal Razin.
" Semoga kau kuat "
" Luthfi, bangun! Kita dah sampai. Kau cakap nak jumpa Aisyah kan? Bangun bangun " kejut Razin. Luthfi membuka matanya sedikit sebelum dia mengeliat. Pandangannya dilempar ke luar. Dia memandang papan tanda yang ada di luar itu.' Tanah Perkuburan Islam '
Jantung Luthfi berdegup laju. Dia memandang kearah Razin yang sedang menunduk.
YOU ARE READING
Luthfi's : Her Cruel Husband
RomanceSTAND ALONE BOOK ♡ Muhammad Luthfi Zayden X Nur Jannah Aisyah SEJAK kecil, wanita yang bernama JANNAH AISYAH ini sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang hidupnya. Tetapi dia tetap kuat untuk meneruskan kehidupannya. Dia sentiasa menginga...