Special Chapter

11.9K 581 38
                                    

Luthfi, 34 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luthfi, 34 tahun.
Zahir, 12 tahun.
Ayden, 4 tahun.

Luthfi mendongak memandang ke arah langit. Hari ini dia perlu menemani Zahir untuk latihan bola yang di daftar sejak Zahir berumur 8 tahun.

" Ayah! Look at this! " Ayden menunjuk gambar yang dia ambil menggunakan telefon bimbit abangnya, Zahir.

Luthfi meneliti gambar tersebut. Dia tersenyum kecil melihat Zahir yang tidur sambil mukanya yang comot kerana di conteng oleh adiknya.

" Kenapa nakal sangat ni? " soal Luthfi. Ayden tersengih.

" Ayden bosan " Ayden duduk di sebelah bapanya.

" Siapa suruh tak pergi sekolah? " soal Luthfi.

" Malas la Ayah. Lagi pun dekat sekolah tu Ayden selalu kena ejek "

" Ejek apa? "

" Dia kata kesian sebab Ayden takde Ibu " kata Ayden lalu mencebikkan bibir.

" Ayah, Ibu pergi mana? Dulu Ayden tanya, Ayah kata Ibu pergi kerja. Takkan Ibu tak nak balik. Ayden rindu la " dagu ditongkatkan menggunakan tangan.

Luthfi hanya diam. Tidak menjawab persoalan anaknya.

" Pergi kejut abang. Pukul 9 nanti dia ada latihan bola " ujar Luthfi cuba menukar topik. Ayden mengangguk lalu berlari ke bilik tidur Abangnya.

Krik..

Pintu dibuka perlahan. Terbit satu sengihan nakal di bibirnya apabila melihat abangnya yang nyenyak tidur.

Dia memanjat katil abangnya yang agak tinggi itu lalu dia melompat di atas katil.

" Abang..Bangun ~~ " Ayden menyanyi.

Berkerut pelipis dahi Zahir apabila adiknya menganggu tidurnya. Mata dibuka sedikit.

" Astaghfirullah " Zahir beristighfar perlahan.

" Abang bangun! " jerit Ayden. Dia tidak henti melompat sejak tadi.

" Ye ye abang bangun dah ni " Zahir bangun dari tidur lalu membaca doa bangun tidur.

" Mana handphone abang? " soal Zahir apabila mendapati telefonnya tiada di sisinya. Ayden tersengih. Telefon bimbit abangnya dikeluarkan dari kocek seluar.

" Maaf Abang. Ayden pinjam kejap je " kata Ayden. Zahir tersenyum.

" Guna je la. Abang tak kisah " telefon bimbitnya dibelek.

Ayden tersengih. Dia tetap meminta maaf pada abangnya meski pun dia tahu abangnya tidak akan memarahi dirinya. Memang itu yang diajar oleh Luthfi.

" Lepas ni kalau nak pinjam barang abang ke, barang Ayah ke, barang kawan-kawan Ayden sekali pun, make sure minta izin " pesan Zahir dengan nada tegas. Ayden mengangguk laju.

Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now