Special Chapter 3

10.1K 385 19
                                    

Zahir, 17 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zahir, 17 tahun.

Zahir berjalan keluar dari kelas apabila tiba waktu rehat. Sempat dia mengemaskan kot bajunya sambil berjalan.

Tiba sahaja dia di tangga sekolah, dia terdengar seakan seseorang sedang bercakap menggunakan nada tinggi.

Tanpa membuang masa, Zahir berjalan ke arah empunya suara. Dari jauh dia melihat terdapat pelajar lelaki yang sedang membuli pelajar lelaki yang lain.

Dengan segera Zahir melangkah ke arah mereka.

" Kau buat apa ni? " soal Zahir. Dia menarik tangan mangsa buli tersebut.

" Wah. Hero dah sampai " ujar salah sorang pembuli itu dengan nada mengejek.

" Kau nak aku report dekat cikgu disiplin ke apa yang kau buat ni? " soal Zahir.

" Itu je la kuasa veto kau sebagai ketua pengawas? Asal budak buat salah je terus report dekat cikgu disiplin. Asal tak report dekat mak kau je? Oh lupa. Mak dah mati. Ops! " kata pembuli yang bernama Maleeq.

" KAU MEMANG DAH MELAMPAU MALEEQ! " jerkah Zahir. Dia melangkah ke arah Maleeq. Kolar baju sekolah Maleeq dicengkam kuat.

" Oh wow. Relax. So aku tahu la kelemahan kau dimana. Kau tak suka orang sebut pasal Ibu kau. Itu kelemahan kau kan? Kau akan marah kalau orang sebut pasal Ibu kau. Betul tak apa aku kata? Apa nama Ibu kau? Aisyah kan? " soal Maleeq. Dia membalas renungan tajam Zahir.

" Memang aku marah. Sebab mulut bodoh kau ni tak layak sentuh nama Ibu aku " tubuh Maleeq ditolak.

" Lagi sekali kau buli orang, aku tak teragak - agak minta cikgu hantarkan kau dekat pihak polis. Rekod kau dah banyak dalam buku disiplin. Tunggu masa je, " ujar Zahir. Baju sekolahnya dikemaskan lalu dia melangkah pergi.

" A-Abang Zahir.." panggil mangsa buli tersebut. Zahir menoleh memandang budak lelaki tersebut.

" Terima kasih selamatkan saya." kaya budak lelaki tersebut sambil membetulkan cermin matanya. Zahir memandang nametag budak lelaki tersebut.

Wafiy Aiman.

" Sama-sama, " balas Zahir lalu melangkah pergi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now