" Mummy, macam mana ni Mummy? Cass nak kahwin dengan Luthfi la. Sekarang Luthfi dah lari. Entah ke mana dia pergi " rungut Cassandra.
Puan Amalina hanya diam. Berkali-kali sudah dia memesan pada anaknya supaya tidak terlalu beria. Dia juga takut jika anaknya terlalu mengharapkan Luthfi.
" Cass, sedarlah. Luthfi tu suami orang " pujuk Puan Amalina.
" Cass tak kira. Cass nak Luthfi juga. Mummy kan kawan baik Aunty Warina. Apa salahnya Mummy pujuk dia " kata Cassandra.
" Ya Mummy dah pernah pujuk dia, Cass. Tetapi lepas je cucu dia, Ariena tu pergi. Dia dah lain sangat. Dia banyak diam. Kadang-kadang bercakap seorang diri. Mummy tak nak la kacau dia " ujar Puan Amalina.
" Ish dah gila la tu " kutuk Cassandra.
" Lupakan je la Luthfi. Kahwin dengan orang lain. Ramai lagi lelaki bujang dekat dunia ni " kata Puan Amalina dengan baik. Berharap supaya anaknya berlembut hati.
" Tak nak! Cass tetap nak Luthfi! Cass nak Aisyah terseksa! " ujar Cassandra dengan nada yang tinggi. Dia mengambil tas tangan yang berada di sofa itu lalu naik ke atas.
" Cassandra! " panggil Puan Amalina berkali-kali. Namun Cassandra tidak melayan. Dia tetap meneruskan langkahnya. Puan Amalina mengurut pelipisnya. Pening dengan anak tunggalnya ini.
" Penat la aku "
" Assalammualaikum, " panggil seseorang. Luthfi yang berada di ruang tamu pantas bergerak ke pintu rumah. Pintu rumah yang sedia terbuka itu dijenguk untuk melihat gerangan yang hadir ke rumah neneknya itu." Waalaikumussalam. " balas Luthfi dingin apabila melihat Ustaz Zarif berada di luar rumah.
" Luthfi kan? Suami Aisyah? " teka Ustaz Zarif.
" Ya. Kau ni yang ajar anak-anak tiri aku tu kan? " teka Luthfi pula. Ustaz Zarif mengangguk. " Ya "
" Ada apa datang sini? " soal Luthfi. Tangannya dilipat ke dada.
" Oh ni. Anak saya, Alana nak jumpa dengan Zahir. Katanya nak minta Zahir mengajarnya sesuatu " kata Ustaz Zarif.
" Kau dah kahwin tetapi gatal dengan bini aku? " tuduh Luthfi. Kening dijongketkan.
YOU ARE READING
Luthfi's : Her Cruel Husband
RomanceSTAND ALONE BOOK ♡ Muhammad Luthfi Zayden X Nur Jannah Aisyah SEJAK kecil, wanita yang bernama JANNAH AISYAH ini sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang hidupnya. Tetapi dia tetap kuat untuk meneruskan kehidupannya. Dia sentiasa menginga...