Bab 26

14.9K 756 64
                                    


" Hai Aisyah, " tegur Khai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Hai Aisyah, " tegur Khai. Aisyah berpaling. Satu senyuman dihadiahkan kepada Khai.

" Hai Abang Khai " sapa Aisyah balik. Terpaksa menggunakan gelaran ' Abang ' kerana Khai lebih tua darinya.

" Buat apa ni? " soal Khai. Dia duduk di hadapan Aisyah lalu menongkat dagunya.

" Oh Maklong minta tolong Aisyah potongkan sayur. Maklong kata dia nak masak Lontong. " kata Aisyah. Tangannya ligat memotong.

" Lontong? Wah sedapnya! Aisyah kena try tau Lontong Maklong! Sedap gila  " ujar Khai teruja. Bersinar-sinar mata Aisyah. Otaknya sudah terbayang Lontong yang masih panas.

" Betul ke bang! Wah bestnyaa "

" Betul! "

" Ehem "

Aisyah dan Khai berpaling apabila mendengar Luthfi berdehem. Pantas Aisyah dan Khai berhenti berbual.Khusyuk mereka berbual sehingga tidak perasan akan kehadiran Luthfi

" Borak apa? " soal Luthfi dingin. Tangannya merangkul pinggang Aisyah.

" Tak borak apa. Saja nak tegur bini kau " balas Khai selamba.

" Macam dah takde orang lain je kau nak tegur. Maisarah ada kan? Alia pun ada. Tegur la diorang. Asal nak tegur bini aku juga? " ujar Luthfi bengang.

" Yang kau nak mengamuk ni kenapa? Aku cuma borak je kan? Bukannya aku nak caras dia pun "

" Bercakap dengan isteri orang waktu aku takde? Manis ke macam tu?  " soal Luthfi. Khai mengangkat kening kanannya.

" Jealous? " soal Khai

" No. I"m not " balas Luthfi.

" Then? "

" Aku cuma rasa maruah aku tercalar bila nampak isteri aku berbual dengan lelaki lain " balas Luthfi lagi. Dia memandang pula kearah isterinya.

" Kau pula? Memang tak reti nak jaga batas dah ke? Maruah dah hilang dah? " sindir Luthfi. Aisyah menunduk.

" Wo wo rilek la. Tak payah la kasar sampai macam tu sekali " ujar Khai. Sakit hatinya apabila melihat Luthfi mngeluarkan kata-kata yang kasar kepada Aisyah.

" Bini aku ke bini kau? " soal Luthfi.

" Memang la bini kau tapi kau tak boleh kasar dengan dia. Dia isteri kau bukannya hamba " marah Khai.

" Kau memang nak kena ke? " soal Luthfi. Tangannya sudah sedia untuk melayangkan penumbuk kepada Khai.

Buk!

Khai jatuh apabila menerima penumbuk yang kuat daripada Luthfi. Khai mula bangun lalu menumbuk Luthfi pula.

Buk!

Luthfi melangkah satu tapak ke belakang. Dia kemudian menumbuk Khai dengan kuat diikuti dengan Khai.

" Awak dah la tu! " ujar Aisyah. Dia menarik-narik lengan Luthfi. Luthfi menolak Aisyah dengan kuat sehingga Aisyah jatuh.

Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now