Bab 33

18.2K 938 105
                                    

" Aisyah, Aisyah! " panggil Ustaz Zarif kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aisyah, Aisyah! " panggil Ustaz Zarif kuat. Aisyah yang baru sahaja hendak turun terus melangkah ke arah Ustaz Zarif.

" Ada apa, Ustaz? " soal Aisyah. Melihat wajah Ustaz Zarif yang seakan cemas lagi menambahkan gusar di hatinya.

" Tadi Tuan Raidan telefon saya, "

" Okay? "

" Dia minta awak datang rumah dia sekarang " ujar Ustaz Zarif.

" Macam mana Ustaz boleh ada nombor telefon daddy? " soal Aisyah.

" Awak lupa ke yang Tuan Raidan upah saya untuk mengajar anak-anak awak? Dan dia juga minta saya tumpangkan awak lepas dia tahu awak lari dari rumah Luthfi? " soal Ustaz Zarif.

" Oo ye la "

" Cepat bersiap! Kita kena pergi sebelum Zohor " ujar Ustaz Zarif. Pantas Aisyah mengangguk. Dia melajukan langkahnya ke bilik tidurnya.

" Aku nak pakai baju apa ni? " Almari pakaian itu ditenung lama.

" Jubah warna hitam la " Aisyah memberi kata putus. Jubah itu diambil lalu dia menukar pakaian. Tudung shawl warna hitam menjadi pilihannya. Aisyah melihat dirinya dirinya di cermin. Serba-serbi hitam. Macam nak pergi kubur pula!

" Saya dah siap " kata Aisyah sebaik sahaja dia turun.

" Dah? Jom. Umi dan Abah ikut sekali " ujar Ustaz Zarif. Aisyah mengangguk. Biarlah jika mereka mahu ikut. Lagipun tak baik jika dia berdua sahaja dengan Ustaz Zarif.

" Okay "

Kereta Myvi milik Ustaz Zarif itu mula memasuki kawasan rumah Tuan Raidan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kereta Myvi milik Ustaz Zarif itu mula memasuki kawasan rumah Tuan Raidan. Aisyah memandang sekeliling. Ramainya orang.

" Kenapa ramai orang? Tuan Raidan ada buat kenduri ke? " soal Aisyah. Matanya memandang kearah Ustaz Zarif. Ustaz Zarif hanya tersenyum nipis. Tidak membalas soalan Aisyah.

" Umi, Abah, Aisyah masuk la dulu. Zarif nak ambil angin luar " ujar Ustaz Zarif.Mereka bertiga mengangguk serentak. Mereka keluar dari kereta itu. Begitu juga dengan Ustaz Zarif.

Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now