TW/ : Takde la kejam tapi entah. Baca je la.
" Kenapa saya asyik teringatkan awak, Aisyah? " soal Ustaz Zarif perlahan. Dia kemudian menggelengkan kepalanya.
" Apa kau ni? Aisyah tu isteri orang. Berdosa mencintai isteri orang " pesannya pada diri sendiri.
" Tapi kenapa aku tengok Aisyah macam tak bahagia dengan suami dia? Bila aku tanya suami dia dekat mana, mesti dia akan diam " ujarnya sendiri.
" Dah la Zarif. Kau siapa nak pertikaikan kebahagiaan seseorang? Haih " Ustaz Zarif bangun dari duduknya. Dia kemudian melangkah ke bilik air lalu mula mengambil wudhu.
Dia kembali ke katilnya. Al-Quran diambil lalu dibaca. Selepas setengah jam dia membaca Al-Quran itu dia meletakkan semula Al-Quran itu di atas meja belajar. Dia menarik membaringkan dirinya. Comforter ditarik. Dia mula membaca surah surah yang sepatutnya dibaca.
" Fi hifzillah, Aisyah "
" Aisyah! Kau mari sini! " panggil Luthfi. Terkedek-kedek Aisyah berjalan bersama-sama kain batiknya." Ya? "
" Kau buat ke tak kerja rumah? Ha? Asal berhabuk? Kau tahu kan yang aku alergik habuk? " jerkah Luthfi.
" M-maaf. Saya terlupa nak bersihkan area situ tadi. Lepas je saya-- "
" Dah! Tak payah nak bagi alasan. Aku benci alasan yang terbit dari bibir kau " ujar Luthfi. Aisyah menunduk.
" Dah tu tunggu apa lagi? Bersihkan la! " jerkah Luthfi lagi. Terangkat bahu Aisyah apabila mendengar jerkahan itu. Pantas dia mengambil tisu basah dan mula mengelap tempat yang berhabuk itu.
" Menyusahkan! " rungut Luthfi. Aisyah sedaya upaya menahan air matanya dari mengalir.
" Dah siap? " soal Luthfi yang duduk di sofa itu. Kakinya disilangkan.
" D-dah "
" Now, tolong potongkan kuku aku " suruh Luthfi.
" Kuku? " soal Aisyah tidak percaya.
YOU ARE READING
Luthfi's : Her Cruel Husband
RomanceSTAND ALONE BOOK ♡ Muhammad Luthfi Zayden X Nur Jannah Aisyah SEJAK kecil, wanita yang bernama JANNAH AISYAH ini sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang hidupnya. Tetapi dia tetap kuat untuk meneruskan kehidupannya. Dia sentiasa menginga...