Bab 35

19.8K 902 74
                                    

Hari ini, genap sebulan Aisyah membawa anaknya, Zahir duduk di rumah Nek Mah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini, genap sebulan Aisyah membawa anaknya, Zahir duduk di rumah Nek Mah. Cadang Ilham, mahu membawa Aisyha duduk bersamanya tetapi Aisyah menolak. Kata Aisyah dia lebih selesa duduk di rumah Nek Mah. Ada la juga kawan untuk berbual.

" Aisyah. " panggil Nek Mah.

" Ya nek? "

" Tolong panaskan lauk boleh tak? Kaki aku ni sakit. Maisarah pula keluar. Pergi rumah kawannya " pinta Nek Mah. Aisyah mengangguk.

" Boleh nek " ujar Aisyah lalu melangkah pergi. Baru sahaja dia hendak menghidupkan api dapur, dia terdengar akan enjin kereta di halaman rumah Nek Mah. Lantas Aisyah menjenguk ke luar untuk melibat gerangan yang datang.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Luthfi keluar dari rumah itu. Gegas Aisyah berlari lalu memakai tudung dan menukar bajunya ke lengan panjang. Dia tidak kisah jika hanya Luthfi yang tiba. Ini dia bawa sekali Razin!

" Assalammualaikum nek " Luthfi memberi salam. Tangan dihulurkan.

Pang!

Terteleng kepala Luthfi apabila dilempang kuat oleh Nek Mah.

" Kenapa nenek tampar Luthfi? " soal Luthfi.

" Kau ingat aku bodoh? Ha? Kau curang dengan Aisyah kan? Anak dia mati sebab kau kan? " soal Nek Mah.

" Nek.. "

" Keluar sekarang! " tengking Nek Mah. Lantas Aisyah berlari mendapatkan Nek Mah.

" Nek.. Jangan macam ni. Nenek kan ada serangan jantung " pujuk Aisyah.

" Suruh laki kamu tu keluar! Berani betul dia curang. Aku takde lagi keturunan yang curang ni! Dah la bunuh cucu aku! " jerit Nek Mah. Aisyah mengangguk. Dia memandang Razin.

Razin yang faham isyarat itu terus menarik lengan Luthfi keluar dari rumah Nek Mah.

" Zin, aku dah jumpa dia. Aku dah jumpa Aisyah. Sebulan aku cari dia " ujar Luthfi dengan sedikit teruja. Tidak hirau langsung dengan tamparan Nek Mah itu tadi.

" Luthfi.."

" Zin aku jumpa dia! Ni la peluang aku untuk dapatkan dia balik " ujar Luthfi teruja.

" Kau lupa pasal Lisa? Dia tengah sarat tau " ujar Razin.

" Aku.. Aku tengok Lisa dah kerap keluar malam. Langsung tak hormat aku. Bila aku tanya dia keluar ke mana, mesti dia mengamuk. Aku ni dah macam hamba dia " keluh Luthfi.  Razin memukul bahu adiknya sedikit kuat.

" Hadap la kau. Isteri kau kan " ujar Razin.

" Kau ni, "

" Sekarang kita nak buat apa? Panas ni. " ujar Razin. Tangannya dikibaskan.

" Duduk dalam kereta dulu la. Panas juga ni " ujar Luthfi. Razin mengangguk setuju. Mereka memboloskan diri mereka ke dalam kereta.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now