Aisyah terjaga dari tidurnya apabila terasa sakit dibahagian bawah pusatnya. Dahinya berkerut menahan sakit. Air matanya mula mengalir apabila teringat kisah malam tadi.
" Allahuakhbar, " perlahan-lahan Aisyah bangun. Melihat suaminya tiada disisinya membuatkan dia tersenyum gembira.
Namun senyuman itu mula pudar apabila terlihat kelibat suaminya memasuki bilik tidur mereka.
" Lena tidur? " ejek Luthfi. Tangannya naik melipat dada.
Aisyah diam. Tidak membalas kata-kata suaminya.
" Kau pekak ke? Aku cakap dengan kau kan? " soal Luthfi bengang. Kakinya mula melangkah mendekati Aisyah.
" L-lena " ujar Aisyah sambil kakinya mengundur ke belakang perlahan-lahan. Kakinya berhenti melangkah apabila jaraknya antara dia dan dinding begitu rapat.
" Lena tidur ya sayang? " soal Luthfi. Dia membelai rambut isterinya perlahan- lahan. Aisyah hanya diam tidak berkutik.
" Oh ya! " dompet yang berjenama itu dikeluarkan dari kocek seluarnya. Beberapa not RM 100 dikeluarkan lalu dilempar tepat pada wajah Aisyah. Terpejam mata Aisyah apabila duit tersebut dikenakan tepat pada wajah cantiknya.
" Nah duit semalam. Kalau kau rasa kau nak lagi kau layan la aku lagi ya " ujar Luthfi lalu melangkah pergi. Aisyah menunduk memandang kepingan duit tersebut.
" Awak buat saya macam pelacur,Luthfi? " soal Aisyah perlahan. Tangannya mengambil duit tersebut dan diletakkan diatas meja. Kakinya mula melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dari najis.
" Ibu, ibu sakit ke kena pukul..Mesti ibu sakit kan? " soal Zahir prihatin. Aisyah tersenyum kelat sebelum menggeleng.
" Ibu ok je sayang " rambut Zahir dielus lembut. Zahir memeluk tubuh ibunya dengan erat.
" Zahir benci ayah! " ujar Zahir bersungguh-sungguh.
" Tak baik cakap macam tu, Zahir. Kita kena hormat dia. Dia lagi tua dari kita tau! Ibu ajar apa? Kita kena hormat orang yang lebih tua kan? " soal Aisyah lembut. Zahir mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
Luthfi's : Her Cruel Husband
RomanceSTAND ALONE BOOK ♡ Muhammad Luthfi Zayden X Nur Jannah Aisyah SEJAK kecil, wanita yang bernama JANNAH AISYAH ini sudah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang hidupnya. Tetapi dia tetap kuat untuk meneruskan kehidupannya. Dia sentiasa menginga...