Bab 8

14.6K 735 152
                                    

Luthfi melangkah masuk ke ruangan dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luthfi melangkah masuk ke ruangan dapur. Kelihatan Aisyah yang sibuk  menyediakan sarapan pagi mereka. Langsung tiada perasaan serba salah terhadap Aisyah tentang kejadian malam tadi.

Aisyah yang perasan suaminya menghampirinya, pantas menarik kerusi meja makan untuk Luthfi duduk.

" Awak nak nasi goreng atau mi goreng? " soal Aisyah. Luthfi tidak membalas malah hanya menunjukkan isyarat yang dia mahukan nasi goreng. Aisyah yang faham akan maksud itu pantas mencedokkan nasi goreng tersebut kepada suaminya.

Dengan bismillah, nasi goreng itu disuapkan kedalam mulutnya. Luthfi menjongket kening.

' Sedap juga dia ni masak ' bisik hati Luthfi.

Baru sahaja dia mahu memasukkan suapan kedua kedalam mulutnya, ada suatu suara menegurnya.

" Baby! Good morning! " sapa Marianna. Luthfi berpaling sebelum tersenyum manis. Aisyah yang berada dihadapannya diendahkan.

Marianna memeluk Luthfi dari arah belakang. Tanpa isyarat, pipi Luthfi dicium sebelum dia duduk disebelah Luthfi. Aisyah tergamam. Aku isteri dia pun tak pernah cium pipi dia!

" Yeah. Morning. " balas Luthfi.

" Eh you tolong cedokkan makanan untuk I boleh? I nak mi goreng. " ujar Marianna kepada Aisyah. Aisyah menunduk seketika sebelum dia melakukan apa yang disuruh.

" Oh you tak sediakan boyfriend I air eh? You nak dia mati tercekik ke apa? " soal Marianna kasar. Matanya mencerlung tajam kearah Aisyah.

Aisyah segera menuangkan teh panas kepada Luthfi dan Marianna. Teh panas itu dihulurkan ke Luthfi dan Marianna.

Marianna segera mengambil cawan tersebut dan terus minum teh itu tanpa ditiup.

Puffff !

Teh panas itu disembur oleh Marianna. Aisyah pantas mengambil tisu dan menghulurkan tisu tersebut kepada Marianna.

" You ni bodoh ke apa? You nak mulut kami ni melecur ke apa? Kurang ajar you ni kan? " jerkah Marianna. Dia terus mengambil baki teh itu tadi dan teh itu disimbah ke arah Aisyah.

" Argh! " Aisyah menahan rasa sakit. Habis bajunya ditumpahi air teh.

" Sekarang you rasakan betapa panasnya air yang you buat ni kan? " soal Marianna. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan Aisyah.

" Sudah! Marianna, naik atas. Pergi mandi and bersiap. I nak hantar you balik. " ujar Luthfi yang cuba meleraikan pergaduhan itu. Marianna melepaskan nafas geram sebelum berlari ke bilik tidur Luthfi.

Sebaik sahaja Marianna hilang dari pandangan, Luthfi terus menarik Aisyah ke bilik tetamu. Pintu dikunci lalu terus menarik Aisyah ke tandas yang tersedia di dalam bilik air itu.

" Marianna tak tahu kau wife aku. Aku minta kau rahsiakan benda ni dari dia. Aku tak nak hilang dia. " pinta Luthfi. Aisyah mengangguk perlahan sebelum dia tersenyum kelat.

Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now