Bab 4

16.3K 812 43
                                    

" Nur Jannah Aisyah! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Nur Jannah Aisyah! "

Aisyah mengangkat kepalanya melihat gerangan yang memanggil namanya dengan nama penuh. Dia terkedu melihat Razin yang berdiri tegak. Wajahnya bengis.

" Abang.. "

" Ini rupanya kerja kau kan? Aku pergi kerja, kau pula menyundal! " lancang mulut Razi berkata-kata .

" Tak.. Aisyah tak buat bang.." nafi Aisyah.

" Kau tak payah tipu aku la. Aku ingatkan kau ni baik. Solehah. Rupanya pelacur! Dasar pelacur! " tengking Razin. Kepala Aisyah ditunjal kuat. Teresak-esak Aisyah menangis. Dia memeluk kaki Razin erat.

" Betul bang.. Aisyah tak buat benda macam tu "

" Lepaslah! " kakinya dialihkan dari pegangan Aisyah. Dia menundukkan badannya sedikit. Pipi Aisyah dicengkam kuat. Matanya tajam mencerlung anak mata Aisyah.

" Lepas je babies ni lahir, aku akan ceraikan kau. Aku takkan tuntut hak penjagaan anak. Aku taknak pun jaga anak haram ni. Kau nak sangat jadi pelacur kan? Lepas aku ceraikan kau, kau jadi la pelacur. Nanti duit haram tu kau guna la untuk beli susu atau pampers anak haram kau tu ya? Kalau tiba tiba kau rasa kau dah tak mampu nak bela anak ni, kau hantar je dekat rumah anak yatim " ujar Razin. Razin tidak menunggu lama, dia terus melangkah meninggalkan Aisyah yang menangis. Matanya sempat memandang Tok Wan yang tersenyum sinis.

" Astaghfirullah bang...Aisyah tak buat semua tu.. "

End flashback

" Sampai hati abang cakap Zahir dan Ariena tu anak haram.. " gumam Aisyah.

" Ibu! Kami dah siap! " ujar Zahir teruja.

" Wanginya anak ibu ni.. " pipi kedua- dua anaknya dicium.

" Ibu.. abang nak beli gula-gula boleh ke ibu? " soal Zahir. Aisyah tersenyum sebelum mengangguk.

" Adik nak ice cream!  " Ariena bersuara.

" Boleh sayang.. Beli la apa-apa yang awak nak " ujar Aisyah lembut. Tangan anaknya digapai. Dia memimpin Zahir dan Ariena hingga ke pintu rumah.

" Hoi betina jalang! Kau nak kemana? " soal Puan Kamariah. Aisyah berpaling.

" Aisyah nak pergi kedai ibu, barang untuk buat nasi lemak dah habis, " ujar Aisyah lembut.

" Nak pergi kedai ke nak menyundal? Kau jangan nak malukan aku ya? Cukup la bekas suami kau tu dah cakap macam macam dekat keluarga kita. Kau jangan nak tambahkan masalah "

" Baik bu.. " Aisyah melangkah keluar dari rumah. Disebabkan kedai yang mahu dituju tidak terlalu jauh, mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.

" Abang tak suka nenek! Nenek jahat! " marah Zahir sebaik sahaja mereka sudah berjalan keluar. Aisyah menunduk memandang anak sulungnya.

" Hey apa cakap macam tu? Nanti nenek dengar macam mana? Nak kena pukul dengan nenek lagi ke? " soal Aisyah.

" Abang cakap benda betul.. Nenek selalu marah ibu. Nenek selalu pukul ibu, tendang ibu..Badan ibu pun dah banyak lebam. Ibu selalu menangis malam malam. Kesian ibu " ujar Zahir lagi.

" Betul tu ibu.. Nanti ibu menangis sebab nenek pukul. Mesti sakit kan? " ujar Ariena pula.

" Ibu ok je la sayang " kepala anaknya diusap lembut.

" Hai Aisyah.. Nak beli benda yang sama ke? " soal Makcik Hajar. Aisyah tersenyum sambil mengangguk.

" Iya makcik.. Esok nak buat nak buat nasi lemak tapi bahan dah habis " ujar Aisyah.

" Tunggu kejap ya? Makcik ambilkan bahan bahan untuk buat nasi lemak tu " ujar Makcik Hajar. Aisyah mengangguk. Anak-anaknya sudah hilang sebaik sahaja mereka masuk kedalam kedai.

" Abang.. adik nak mainan tu boleh? " soal Ariena. Zahir menggeleng.

" Adik tak kesian dekat ibu ke? Mainan tu mahal la. Kesian ibu. Tengok harga dia, 15 ringgit. Mahal la dik " ujar Zahir kepada adiknya.

" Ala tapi adik teringin nak main mainan tu " ujar Ariena. Bibirnya dimuncungkan.

" Nanti abang kumpul duit, dah cukup nanti abang belikan " ujar Zahir lagi. Ariena mengangguk. Mainan yang berada ditangannya diletak semula ditempat asal.

" Dah jom " Ariena dan Zahir berjalan menuju ke Aisyah yang berada dihadapan kaunter pembayaran.

" Dah?" soal Aisyah.

" Dah ! " ujar Zahir. Zahir meletak makanan ringan miliknya dan adiknya diatas kaunter tersebut.

" Kira semua ni " ujar Aisyah.

" Semua sekali 53.89 ringgit " ujar makcik Hajar. Aisyah mengangguk sebelum dia mengeluarkan dompetnya dari kocek seluar. Aisyah meraba raba poket seluarnya. Mana dompet aku?!

" Makcik.. Boleh tak kalau saya balik sekejap untuk ambil dompet? " soal Aisyah lembut.

" Bo--"

" It's okay. Saya tolong bayarkan untuk dia " ujar seorang jejaka. Aisyah mendongak memandang jejaka tersebut.

" Eh tidak mengapa la cik. Saya boleh bayar sendiri " ujar Aisyah.

" Tak pa makcik. Biar saya bayarkan " ujar jejaka tersebut tanpa menghiraukan Aisyah. Not RM 50 ringgit sebanyak dua keping dikeluarkan.

" Terima kasih cik -- "

" Luthfi. Nama aku Luthfi " potong Luthfi. Aisyah mengangguk.

" Terima kasih cik Luthfi " Aisyah menunduk badannya sedikit.

" You're welcome " balas Luthfi dingin.

" Saya balik dulu " ujar Aisyah. Tangan anak anaknya digapai. Pemergian Aisyah dan anak-anak Aisyah dipandang melalui ekor mata sebelum Luthfi tersenyum sinis.

" We meet again, Aisyah "

" We meet again, Aisyah "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





بيداداري ميليق لوتحفي
                                                                     24/05

Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now