Bab 9

14.2K 721 247
                                    

Saya tahu bab sebelum ni saya tulis ' Zahin '  kan? Maafkan saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya tahu bab sebelum ni saya tulis ' Zahin '  kan? Maafkan saya. Nama sebenar anak Aisyah ialah Zahir 😭🙌🏻

K tu je

___________________________________________

Aisyah berlari keluar dari rumah ibu mertuanya semata-mata mahu mengejar anaknya. Langkahmya terhenti apabila melihat anaknya didalam pelukkan bapa mertuanya.

" Daddy.." sapa Aisyah. Tuan Raidan hanya mengangguk. Aisyah melangkah kearah bapa mertuanya dan menyalam bapa mertuanya. Tuan Raidan menyambut salam tersebut.

" Kenapa Zahir berlari ni? " soal Tuan Raidan lembut kepada cucunya.

" A-ayah jahat! N-nenek jahat! Zahir benci ayah dengan nenek! " raung Zahir. Tuan Raidan memandang Aisyah tanda tidak mengerti. Tetapi Aisyah hanya mendiamkan diri.

" Apa yang nenek dan ayah buat sampai Zahir bencikan mereka? " soal Tuan Raidan lembut.

" N-nenek suruh a-ayah kahwin dengan makcik tu! Zahir tak suka! Makcik tu jahat! " Tuan Raidan memasang riak wajah terkejut. Siapa pula makcik yang dikatakan ini?

" Shh.. Takpe takpe..Kita masuk dalam dulu ya? " pujuk Tuan Raidan. Zahir mengangguk sebelum dia melepaskan diri dari pelukkan Tuan Raidan. Tuan Raidan berjalan masuk kedalam rumahnya sambil memimpin tangan cucunya. Manakala Aisyah dan Ariena pula mengikuti jejak mereka.

Sebaik sahaja mereka masuk kedalam rumah, Cassandra bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Tuan Raidan. Tangan dihulurkan untuk menyalam Tuan Raidan. Tetapi huluran itu tidak disambut oleh Tuan Raidan.

" Abang.. Kenapa buat Cassandra macam tu? Kan dia nak salam abang, " tegur Puan Warina sebaik sahaja Tuan Raidan duduk di kerusi berhadapan dengan Aisyah.

" Haram. Dia bukan menantu aku. " balas Tuan Raidan dingin. 

" Abang ni.." muncung Puan Warina apabila mendengar jawapan suaminya.

" Zahir cakap Rina nak kahwinkan Luthfi dengan orang lain. Betul ke? " soal Tuan Raidan. Matanya tajam mencerlung kearah isterinya.

" Ye la bang. Tengok la Cassandra ni baik, cantik, rajin.. Sesuai jadi menantu kita kan bang? " ujar Puan Warina teruja.

" Aurat pandai jaga ke? " soal Tuan Raidan pedas. Puan Warina terdiam. Cassandra yang tadinya tersenyum bangga, kini menunduk.

" Aku nak Aisyah je jadi menantu aku. " ujar Tuan Raidan lalu bangun dari duduknya.

" A-aisyah basuh pinggan dulu ya " Aisyah turut bangun dan melangkah kearah singki. Pinggan- pinggan kotor turut dibawa sekali.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now