Bab 13

14.3K 838 47
                                    

" Kau masak apa, Aisyah? " soal Luthfi sebaik sahaja kaki panjangnya masuk ke ruangan dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau masak apa, Aisyah? " soal Luthfi sebaik sahaja kaki panjangnya masuk ke ruangan dapur.

" Ha? Oh saya masak spagetti " kata Aisyah. Tangannya masih sibuk memasak.

" Oh nanti bekalkan aku sikit " Aisyah memandang Luthfi. Dah kenapa tiba-tiba nak bawa bekal?

" Kenapa tiba-tiba awak nak bawak bekal?Awak bukan tak suka masakkan saya ke? " soal Aisyah hairan. Dia menutup api dapur lalu berpaling menghadapi suaminya.

" Bukan aku yang nak makan. Aku nak bagi dekat Lisa. Kau pun tau kan aku takkan makan masakkan kau? "

" Oh. T-tau "

" Bagus la kalau kau tahu. By the way, cepat sikit eh. Aku dah lambat dah ni " ujar Luthfi lalu melangkah pergi.

Aisyah menghantar pemergian Luthfi dengan pandangannya. Dahi mula berkerut tatkala tekaknya merasa mual.

Aisyah bergerak ke singki dan mula mengeluarkan isi perutnya. Kepala mula merasa sakit.

" Ya Allah, kenapa ni? " soal Aisyah sendiri.

Usai membilas mulutnya menggunakan air, Aisyah segera membekalkan spagetti untuk diberikan kepada Luthfi. Eh salah. Lisa.

" Dah siap belum?" soal Luthfi. Aisyah mengangguk. Bekal tersebut bertukar tangan.

" Kirim salam dekat Lisa ya? " pesan Aisyah. Luthfi hanya mengangguk.

" Aku pergi dulu. Bye "

" Bye "

" Congratulations, Puan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Congratulations, Puan. Puan mengandung 4 minggu! " ujar doktor wanita itu.

" Me-mengandung? " soal Aisyah tidak percaya. Dia memegang perutnya. Takkan lah?

" Ya puan, puan jangan buat benda yang berat tau! Biar suami puan yang buat semuanya " balas doktor tersebut.

" B-baik. Saya pergi dulu ya doktor? Assalamualaikum " Aisyah menunduk hormat.

" Waalaikumussalam "

Aisyah segera melangkah keluar dari Klinik Mawar itu. Dia mencari teksi yang berdekatan dengannya dan terus memasuki teksi tersebut.

Luthfi's : Her Cruel Husband Where stories live. Discover now