𝙱𝚊𝚋 𝟸

121 10 0
                                        

Jari jemari diketuk ke meja. Matanya masih lagi fokus membaca segala yang terpapar di Headline Berita. Riak wajahnya menjadi sedikit tegang apabila nama adik perempuannya menjadi isu bualan netizen.

'Raihana Qarina hangat bercinta dengan kaum sejenis'

'Raihana Qarina sonsang'

'Raihana Qarina minat perempuan'

Terus laptop ditutup sebelum dia memicit batang hidungnya. Kepala sudah pusing apabila membaca berita tentang adiknya. Pintu pejabatnya yang diketuk menganggunya untuk melelapkan mata.

"Masuk" arah Adif sebelum pintu itu ditolak dan terpacul wajah Raihana.

Raihana mendekati meja kerja Adif lalu dia duduk di kerusi berhadapan dengan Adif. Dia mengeluarkan keluhan apabila Adif tidak memutuskan tautan mata mereka. Dia tahu berita tentangnya menjadi isu hangat semasa.

"You trust me right?" kata Raihana sambil matanya memandang wajah tegang Adif

Adif tidak menjawab soalan Raihana malah dia terus mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya. Dia membuka gallery lalu menunjukkan satu video kepada Raihana.

Raihana mengisit bibirnya. Dia membalas pandangan tajam Adif sebelum dia menelan kelat air liurnya. Dia terus menundukkan wajahnya apabila Adif sudah berdiri dan menhampirinya.

Adif duduk di meja lalu dia menolak dagu adiknya agar memandang wajahnya. 

"Which one is worst? The video or the hot issues in the internet?" tanya Adif

Raihana sudah meremang bulu roma apabila mendengar abangnya bercakap bahasa inggeris. Dia tahu sekiranya abangnya sudah menggunakan bahasa inggeris, bermaksud abangnya sedang serius.

"D-dua-dua" jawab Raihana tergagap.

Adif terus menghentak kasar mejanya dengan telapak tangannya. Tidak kisah dengan sakit yang menyapa tangannya kini gerangan di hadapannya ini lebih dia geram. Namun dia lebih geram dengan dirinya kerana tidak dapat membimbing adiknya dengan lebih baik.

Raihana sudah menahan air mata dari mengalir. Matanya sudah berkaca.

"Angah tanya satu je. Tak cukup ke didikan walid selama ni?" tanya Adif sambil matanya menikam tajam anak mata Raihana

Raihana terdiam. Dia sudah dididik cukup tentang agama oleh Encik Raziq.

"Salah angah ke tak didik adik-adik angah sampai adik angah dah tak dapat bezakan dosa pahala?" tanya Adif

"Salah Rai. Bukan salah angah." kata Raihana

Adif menggelengkan kepalanya sebelum dia berjalan ke arah dinding kaca yang menampakkan jalan raya yang sedak sesak memandangkan sekarang waktu makan tengahari. Dia melepaskan keluhan yang kecil namun dapat didengari oleh Raihana.

Raihana berdiri lalu menghampiri Adif. Tubuh Adif dipeluk oleh dia yang sudah teresak-esak menangis.

"Stop crying" arah Adif lembut namun terselit ketegasan.

Raihana terus berhenti menangis namun esakan nya masih kedengaran.

"Angah nak Rai putus dengan boyfriend Rai. Angah tak kisah" kata Adif

"Tapi Rai sayang dia" kata Raihana

Adif tergelak sinis.

"He won't allow his action to tarnish your name if he truly loves you. He was the one who had an affair with her, and he let you, who was not in the right mind, bear the responsibility! I could sue him for defamation if the video were good enough, but I won't because it also reveals you, who was drunk." ternaik seoktaf nada Adif

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now