𝙱𝚊𝚋 𝟼

62 7 0
                                        

Setelah memarkirkan kenderaan di parkir yang kosong, Adif mengemas segala barangnya yang hendak dia bawa sekali. Puan Atiqah yang sedang meletakkan telefon di bag tangannya diperhati sebelum Adif menarik tangan ibunya lalu dikucup berkali-kali belakang tangan ibunya. Puan Atiqah bingung dengan perangai Adif sebelum dia menolak sedikit kepala Adif agar menjauhi tangannya. 

"Angah tak de niat nak buat ibu kecil hati dengan jawapan angah. Angah cuma betul-betul tak nak gaduh lagi dengan ibu sebab benda ni je." kata Adif dengan nada seakan berbisik namun dapat didengari oleh mereka berdua.

Puan Atiqah menggelengkan kepalanya sebelum dia mengusap pipi Adif. Dia mengucup lama dahi anaknya sebelum dia menepuk bahu anaknya.

"Ibu tak kecil hati je. Ibu pun tak nak kita gaduh sebab tu ibu diam. Tapi betul ni Adif ikut je dengan pilihan ibu ?" tanya Puan Atiqah

Adif hanya menganggukkan kepalanya tanda dia setuju.

"Angah yakin pilihan ibu ialah pilihan yang terbaik. Cuma..."

"Cuma apa?" tanya Puan Atiqah

"Ibu tak nak tunjuk gambar or at least tell me her name?" tanya Adia

Puan Atiqah hanya menggelengkan kepalanya. Dia sudah menetapkan syarat bahawa kedua-dua pihak hanya akan tahu pasagan masing-masing apabila hari pernikahan nanti. Dia takut sekiranya kedua-dua belah pihak hendak membatalkan perkahwinan jika sudah berjumpa.

Adif melepaskan keluhan kecil sebelum dia keluar dari perut kereta lalu tempat duduk penumpang dibuka untuk ibunya. Mereka berdua terus bergerak ke tempat lif untuk mereka naik ke tingkat atas.

Puan Atiqah tersenyum apabila dia melihat Adif sudah mengalah dan menerima pilihannya. Dia bukannya hendak memaksa namun dia takut sekiranya tiada siapa yang menjaga Adif tambahan dengan penyakitnya yang mudah pengsan sekiranya terlampau tertekan.

Dia sedar bahawa semakin dirinya tua, dia tidak mampu untuk menjaga anaknya. Jadi dia berfikir sekiranya Adif sudah mempunyai isteri, pasti Adif akan dijaga oleh isterinya dengan lebih elok.

Adif mengenggam erat tangan ibunya sebelum dia menghadiahkan senyuman manis kepada ibunya. Dia tahu ibunya pasti sudah lega setelah mendengar kata putusnya tadi. Bukannya dia tidak tahu ibunya itu pasti akan menjadi lebih tertekan apabila dia menolak permintaan ibunya.

Puan Atiqah membalas senyuman Adif sebelum dia menarik Adif untuk berjalan ke arah butik miliknya. Mereka berdua berjalan beriringan ke Butik Qyra.

...........

"Angah rasa warna hitam merah would be nice untuk bersanding. I wear black suit, she wear red dress. She will get a lot of attention when she wear red." kata Adif

Puan Atiqah menggelengkan kepala membantah cadangan Adif. Dia tahu Adif tidak suka menjadi tumpuan ramai maka dia tahu kenapa Adif memilih warna hitam. 

"White" kata Puan Atiqah tegas.

"Tapi kan mak, masa majlis nikah kan dah putih. Majlis bersanding pakai lah warna lain. Lagipun majlis bersanding malam jadi angah rasa warna merah look nice. Kalau mak tak setuju sebab angah pakai warna hitam, both of us will wear red color, or maroon." kata Adif

Puan Atiqah mengetuk dahinya beberapa kali menggunakan jari telunjuknya sambil memandang Adif yang sedang mencuba suit hitam. 

"Marsya, saya nak suit warna maroon dengan waistcoat sekali, baju kemeja warna putih. Angah nak pakai bow tie or tie biasa?" tanya Puan Atiqah

"Tie biasa je warna hitam. At least contra dari warna suit." kata Adif

"Suit kita hanya ada 3 warna buat masa ni iaitu hitam, navy blue dan putih, tapi kita boleh buat tempahan. Kejap ye saya bawakan sample kain dan warna" kata Marsya lalu dia beredar ke arah bilik khas untuk mengambil kain.

Puan Atiqah dan Adif hanya mengangguk sahaja. Adif melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan Puan Atiqah, dia memerhati raut wajah Puan Atiqah yang berkerut. Dia tahu ibunya  sedang diserang sakit kepala.

Pantas dia berdiri lalu bergerak ke arah belakang Puan Atiqah. Dia terus mengurut kepala Puan Atiqah tanpa disuruh. Puan Atiqah yang tadi berkerut sudah kelihatan sedikit tenang dan lega setelah kepalanya diurut oleh Adif.

Marsya datang bersama beberapa buah fail, sebuah buku kecil dan pita pengukur. Dia meletakkan fail tersebut di atas meja hadapan Puan Atiqah manakala buku kecil dan pita pengukur di letakkan di letakkan di atas kerusi.

Dia meminta Adif untuk berdiri agar dia dapat mengukur dan menanda manakala Puan Atiqah pula memilih jenis kain dan jenis warna yang sesuai untuk Adif.

Setelah beberapa minit, kerja Marsya sudah selesai manakala Puan Atiqah masih lagi membelek fail. Adif duduk di sebelah Puan Atiqah apabila dia melihat Puan Atiqah tidak berhenti senyum apabila membelek fail tadi.

Hampir tertawa Adif apabila dia melihat hampir semua gambar untuk design pakaian pengantin itu ialah ibu bapanya. Puan Atiqah memandang Adif yang sedang menahan ketawa disebelah.

"Angah tak sangka yang model ni ibu dengan walid " kata Adif, dia tahu Puan Atiqah hendak bertanya kenapa dia gelak

"Dah ni butik Nek Umi, memang muka ibu lah yang jadi model percuma" kata Puan Atiqah

Adif hanya tertawa kerana dia tahu perangai nek uminya yang begitu kedekut hendak membayar gaji Puan Atiqah, bahkan dia juga pernah tidak membayar OT Puan Atiqah hanya kerana Puan Atiqah ialah anaknya. Namun perangai nek umi sudah berubah sejak dia mulai jatuh sakit.

Butik yang mereka sedang lawat itu juga sudah diserahkan kepada Puan Atiqah. Kini Puan Atiqah menjadi waris kepada butik nek umi.

Adif hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pernyataan Puan Atiqah.

"Ibu , bakal isteri angah macam mana orangnya? Cuba cerita sikit" kata Adif

"Orangnya manis, comel, cantik, baik budi pekerti. Cuma dia sekarang tak minat nak ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Sebab tu parents perempuan tu jodohkan dia dengan angah. Bakal isteri angah tu anak bongsu, abang dengan kakak dia semua dah kahwin jadi tinggal dia je. Dia orang nak anak dia orang tu ada orang jaga, sebab dia orang tu dah makin tua angah." kata Puan Atiqah

"Macam mana dia orang kenal angah? Bukannya angah selalu munculkan diri depan kawan-kawan ibu" tanya Adif

"Dah kawan ibu , mestilah dia orang kenal anak ibu . Lagipun angah pernah ikut majlis yang Butik Qyra anjurkan, dia orang pun cucu kawan Nek Umi boleh katakan sebagai pelanggan setia lah macam tu. " kata Puan Atiqah

Adif hanya tertawa kecil mendengar jawapan Puan Atiqah. Dia lupa yang ibunya agak dikenali ramai kerana merupakan anak kepada pengasas butik Qyra. Namun yang lebih dia banggakan ialah cucu kepada kawan nek umi menjadi pelanggan setia kepada butik ini.

Puan Atiqah menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya. Dia terus meminta diri untuk makan tengahari bersama Adif apabila dia melihat Marsya kembali untuk mengambil fail yang diserahkan tadi.

Marsya hanya mengangguk lalu melambai mereka ketika mereka sudah beredar dari butik. Puan Atiqah dan Adif terus beredar ke kedai makan yang berdekatan.

TBC

Next chapter akan publish kalau ada 20 vote. Tak mintak banyak. 20je...bolehkan?

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now