Perkarangan rumah Encik Afif dan Puan Yasmina sudah dipenuhi dengan saudara mara mereka untuk malam berinai Yasmeen. Riuh rendah suasana di rumah itu kini tidak juga dilupakan Encik Raziq. Puan Atiqah dan anak perempuan mereka menghadiri majlis tersebut untuk memeriahkan keadaan.
Yazir, Rayyan, Azim dan Adif tidak berada di majlis tersebut. Mereka berempat keluar untuk meluangkan masa mereka dengan bermain game. Mobile Legend menjadi pilihan mereka.
"Weh kau kan dah nak kahwin pun sibuk push rank" tegur Yazir.
Adif malas hendak memberi respon kerana dia sibuk menumpukan perhatian pada permainannya. Rayyan dan Azim tertawa memandang Yazir yang sudah bengang dengan Adif.
"Babi lah kau." marah Adif apabila Yazir merampas telefonnya.
"Jangan kurang ajar dengan abang ipar kau okay" kata Yazir lalu bermain game tersebut menggunakan telefon Adif.
Adif menghembus kasar nafasnya. Dia memandang Yazir yang masih menumpukan perhatian pada permainan tersebut.
"Aku nak push rank, bak sini. Dah kahwin nanti aku sibuk, tak de masa nak main. Aku busy nak bagi kau anak buah" kata Adif sebelum telefon pintarnya di rampas dari tangan Yazir.
Yazir menumbuk lengan Adif apabila dia sudah dapat tangkap apa yang ingin disampaikan oleh Adif. Dia membuat mimik muka yang jijik.
"Kau jangan nak kasar dengan adik aku gila. Dia kecik je kau nak kasar-kasar aku potong kote kau tu" kata Yazir
Mereka semua tertawa mendengar amaran yang diberikan oleh Yazir kepada Adif. Azim memandang Adif setelah permainan mereka tamat dengan keputusan menang bagi pihak mereka.
Adif juga turut memandang Azim. Adif menjongketkan keningnya menanyakan apa kepada Azim yang perhatinya tidak putus.
"Angah tak nak tahu ke apa hubungan Ajim dengan Meen dulu?" tanya Azim sehingga membuatkan Yazir tersedak air yang dihirupnya tadi.
"Angah tahu korang dua dulu couple. I don't need to hear any shit from your mouth if you wanna talk bad about her." kata Adif lembut namun terselit ketegasan.
Azim memandang wajah Adif sebelum dia tersenyum lebar lalu dia memeluk abangnya. Adif yang terkejut dengan pelukan Azim tidak stabil lalu dia jatuh dari kerusi yang diduduknya.
"Ajim harap angah dapat layan dia elok lagi dari Ajim. Ajim mengaku Ajim banyak buat salah dengan Meen sampaikan dia tak percaya dengan mana-mana lelaki kat dunia ni. Jadi Ajim harap angah dapat bagi Meen kasih sayang yang dia inginkan dari dulu" kata Azim sebelum membantu abangnya bangun dari lantai
"Kau couple dengan adik aku Ajim?" tanya Yazir.
Azim tersengih sebelum dia lari membawa helmet lalu terus menunggang motorsikalnya. Yazir yang memandang Azim melarikan diri itu pantas mengepungnya menggunakan motorsikal miliknya.
Rayyan dan Adif hanya mampu menggelengkan kepala mereka melihat telatah dua orang tersebut. Adif melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Rayyan lalu dia menghirup airnya.
"Aku dengar Rai mengandung. Berapa lama dah?" tanya Adif.
Rayyan memandang wajah Adif dengan riak yang seakan-akan terkejut. Dia memandang lama wajah Adif.
"Wait, don't tell me that you don't know she's pregnant" kata Adif sebelum dia memegang bahu Rayyan.
"Tak, aku tahu lah sebab aku yang buat projek dengan dia, cuma aku terkejut macam mana kau tahu" kata Rayyan
"Hoi tak senonoh!" kata Adif sebelum dipukul kepala Rayyan.
"Aku cakap benda betul kot" kata Rayyan sambil menggosok kepalanya.

YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...