𝙱𝚊𝚋 13

37 6 0
                                        

Yasmeen memandang Adif yang sibuk menaip di komputer ribanya sebelum dia membaling bantal busuknya mengenai kepala Adif. Adif mengaduh sebelum dia menggosok sisi kepalanya. Dia memandang ke arah Yasmeen yang merenung tajam wajahnya.

"Awak nak apa Meen?" tanya Adif

Yasmeen tidak menjawab malah dia membaling cawan plastik ke arah Adif. Nasib Adif sempat menahan cawan itu dari kena wajahnya. Dia terus meletakkan cawan tadi di atas meja lalu dia mendekati Yasmeen.

Tangannya merangkap tubuh Yasmeen lalu matanya merenung tajam anak mata Yasmeen sehingga membuatkan Yasmeen menelan kelat air liurnya.

"Awak baling barang dekat saya, sakit tau. Apa salah yang saya dah buat?" tanya Adif lembut.

Yasmeen menoleh ke arah lain, dia tidak mahu lemas dalam pandangan Adif. Hatinya berdegup kencang.

"Saya tanya lagi sekali Yasmeen Alana Binti Afif, apa salah saya sampai buat awak marah. If you don't tell me, I won't be able to alter or even figure out what it is that I did to enrage you. So please, tell me." kata Adif lembut seakan-akan sedang memujuk buah hatinya.

Yasmeen yang mendengar suara Adif lemah lembut itu membuat hatinya hampir cair mendengar. Namun dia kuatkan hatinya, dia tidak mahu cair dengan Adif.

"Saya benci awak" kata Yasmeen

Adif tersenyum kelat sebelum dia menyandarkan tubuhnya pada dinding. Tangan disilangkan di dada sambil matanya tidak putus memandang wajah Yasmeen.

"If you detest me, I apologize. What then can I do to remove the hate that you feel for me from your heart?" tanya Adif

Yasmeen terkedu apabila mendengar apa yang terkeluar dari mulut Adif. Dia memandang lama wajah Adif sebelum dia mulai percakapannya.

"Saya benci awak sebab awak jaga saya. Saya benci awak sebab awak ada dekat sini. Saya benci awak sebab awak kahwin dengan saya" kata Yasmeen

Adif mengangguk tanda faham apa yang Yasmeen bencikan. Dia tersenyum sebelum dia melabuhkan punggungnya di birai katil Yasmeen. Wajah Yasmeen yang sembab itu dipandang lama sebelum dia mengambil sapu tangan dari kocek lalu dia mengelap air mata Yasmeen yang masih mengalir.

"Walaupun saya tak cintakan awak, tapi saya sakit bila tengok awak menangis. Seolah-olah saya menyakiti awak. Jadi tolong jangan menangis ye." pinta Adif sebelum sapu tangan tadi diletakkan di tangan Yasmeen.

Yasmeen memandang lama sapu tangan di tangannya sebelum dia merenyukkannya lalu dicampak ke wajah Adif. Adif terkaku apabila dibuat sebegitu. Dia memandang wajah Yasmeen.

"Kenapa awak selalu buat saya makin jatuh cinta dengan awak? Saya tak nak jatuh cinta dekat awak Qasyaf. Saya tak nak tersakiti lagi." kata Yasmeen sambil teresak-esak.

Adif tersenyum sebelum tangannya perlahan-lahan mengusap kepala Yasmeen yang berlapik dengan tudung sarung. Yasmeen terkaku apabila diperbuat sebegitu. Lama matanya memandang wajah Adif.

"Saya cuma kata saya  tak cintakan awak. Bukannya saya tak suka dan sayang awak. Suka, sayang dan cinta tu tiga perkara yang berbeza Meen. Cinta tu perkataan yang begitu mahal dimana bukan semua orang boleh buktikan kepada seseorang dan cinta tu ialah disaat seseorang tu boleh terima kekurangan kita. Manakala sayang tu perasaan yang mengambil berat tentang seseorang. Dia nak lindungi orang tersebut dan manjakan orang tersebut dengan kasih sayang.

Suka pulak ialah perasaan minat dekat seseorang. Contohnya saya suka Meen. Sebab apa? Sebab saya suka tengok perwatakan Meen yang agak out of expectation. Contohnya dia sakit tapi tak bagitahu orang lepastu tahu-tahu pulak dia pengsan kat bilik tidur dia, kan Meen?" usik Adif 

Adif Qasyaf [OG]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin