Adif, Yasmeen, dan Yazir duduk di gazebo di belakang rumah Encik Afif. Mereka sedikit pun tidak berbual hanya merenung ke arah lantai gazebo sehingga Yazir yang terpaksa buka mulut untuk memulakan perbualan.
"Adif, kau kenal ke adik aku?" tanya Yazir kepada Adif.
Bahu Adif dipeluk sebelum dia memandang ke arah Yasmeen yang sudah cemburut.
"Kenal. Aku tak tau pulak Meen adik kau" kata Adif
Yasmeen memandang ke arah Yazir dan Adif silih berganti. Dia rasa abangnya ni tidak mempunyai ramai kawan kerana abangnya jenis yang low profile namun masih dikenali ramai dan abangnya juga tidak suka berada di dalam kawasan yang terlampau ramai orang yang tidak dikenalinya, dia akan cepat rasa resah malah dia juga tidak akan menghadiri mana-mana majlis jika tidak ada orang yang dia kenali.
Yazir yang seakan-akan faham dengan pandangan adiknya itu terus menjelaskan apa hubungan Adif dan dirinya.
Hampir Yasmeen tersedak dengan air liur sendiri mendengar penjelasan abangnya tentang hubungan dia dan Adif. Siapa sangka Adif ialah rakan karib abangnya dan juga merupakan orang yang membantu abangnya untuk menubuhkan restoran abangnya kini.
Adif hanya tersenyum melihat wajah Yasmeen yang berkerut mendengar penjelasan abangnya. Namun cepat sahaja senyumannya mati apabila dia teringat bahawa dia akan menikah dengan Yasmeen. Namun dia ada niat untuk datang ke sini walaupun mereka tetap akan meneruskan majlis pernikahan.
Adif meminta untuk Yazir memberi merek berdua ruang untuk berbincang hal yang agak privasi. Yazir pada mulanya hendak menolak namun apabila melihat Yasmeen yang setuju untuk berbincang dengan Adif, dia memberi mereka berdua ruang.
Yasmeen dan Adif memandang Yazir yang sudah jauh dari mereka. Mereka terus memandang ke arah masing-masing sebelum Yasmeen menarik panjang nafasnya.
"Saya tak setuju kita kahwin" kata Yasmeen tegas.
Adif sudah menggaru dahinya yang tidak gatal. Dia terus membalas renungan Yasmeen.
"Saya pun tak setuju tapi saya dah beri kata putus dengan ibu saya. Saya dah kata saya akan nikah dengan pilihan dia. So takde pilihan lain" kata Adif.
Yasmeen menghela kasar nafasnya. Dia terus berdiri lalu berjalan di atas gazebo tersebut ulang alik. Tangan memeluk tubuh sendiri sebelum dia duduk di sofa menghadap Adif.
"No others choice?" tanya Yasmeen.
Adif memandang lama wajah Yasmeen sebelum dia juga turut menggelengkan kepalanya.
Yasmeen mengeluh sebelum dia duduk bersila di hadapan Adif. Adif terkejut sebelum dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Yasmeen mengerutkan dahinya apabila melihat tindakan Adif.
"Meen, saya ni belum jadi suami awak jadi perangai kasih elok sikit ye. Nak bersila tu letaklah kusyen tu dekat riba awak. At least tertutup sedikit" pesan Adif walaupun Yasmeen belum bersuara lagi hendak bertanya.
Yasmeen hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan Adif. Kusyen yang ada berdekatan dengan dirinya diambil lalu dia letakkan di riba.
Yasmeen hanya menyatakan dia sudah menutup ribanya lalu Adif menoleh semula ke arahnya.
"Then, do we have any more unfinished business? Kalau tak de saya nak masuk semula" tanya Adif sebelum dia berdiri mengatur seluar tracknya.
Yasmeen menggelengkan kepalanya menandakan tiada apa yang hendak dia dibincangkan.
"So I suppose our issue has been resolved. Kita akan kahwin minggu depan dan segala peraturan atau apa-apa yang awak nak tetapkan selepas kita kahwin nanti we'll talk about it after the wedding. Any other queries?" tanya Adif
"What rule are you talking about?" tanya Yasmeen dengan wajah yang berkerut. Tidak faham dengan Adif
Adif tertawa kecil lalu dia menggelengkan kepalanya.
"Kita kahwin ni sebab kena paksa parents or we can called it's as arrange marriage. Jadi mestilah ada peraturan. Well typical of novel love story. Ada space sendiri, jangan masuk campur hal pasangan masing-masing, no touching or other physical contact because I believe that since neither of us are in love with the other, our marriage won't blossom with love. Or do we?" jelas Adif
Yasmeen angguk kepala tanda faham dengan penjelasan Adif. Dia juga faham kenapa Adif berkata begitu namun di hujung penjelasan Adif membuat dia sedikit keliru. Ya dia faham apa yang dimaksudkan Adif ialah tentang perasaannya 4 tahun yang lalu.
Namun perasaan itu juga sudah dia kuburkan selepas dia direject oleh Adif. Bungan bukan sekuntum, kumbang bukan seekor bukan? Maka dia juga meneruskan kehidupannya seperti biasa 4 tahun yang lalu cuma luka yang berbekas di hatinya itu masih lagi kelihatan seperti baru.
"I'm going inside. You should do the same. Anak dara tak elok duduk luar lama-lama" kata Adif lalu beredar dari gazebo terebut.
Dia merapati tubuh Yazir yang sememangnya berdiri agak lama di belakang rumah. Dia tahu Yazir tidak mahu mereka berdua-duaan. Bahu Yazir ditepuk beberapa kali sebelum dia meminta diri untuk masuk ke rumah Encik Afif dan berjumpa dengan ibu bapanya.
Yazir hanya mengangguk lalu dia merapati Yasmeen yang masih lagi duduk di gazebo tersebut. Dia melabuhkan punggung di sebelah adiknya sebelum paha adiknya ditepuk untuk menyedarkan adiknya yang sudah mengelamun hingga ke planet marikh sana.
Yasmeen terkejut apabila pahanya ditepuk beberapa kali. Dia menoleh ke arah tepukan tadi sebelum dia melepaskan keluhan melihat wajah abangnya.
"Aik, berat tol bunyi keluhan tu" tegur Yazir.
Yasmeen tersenyum kecil sebelum dia meletakkan kepalanya di bahu Yazir.
"Tell me more about him. Considering that you are his closest friend." kata Yasmeen
Yazir tertawa kecil sebelum dia mengusap lembut kepala Yasmeen yang berlapik dengan tudung. Tanpa menunggu dengan lebih lama lagi, dia terus berceritakan tentang Adif Qasyaf kepada Yasmeen.
"You can be his first love because he has never been in a committed relationship. Wahh mesti sweet korang berdua nanti" kata Yazir
Tak semena-menanya Yasmeen memukul lengan Yazir. Yazir mengaduh lalu dia menggosok lengannya yang di pukul Yasmeen.
"Betullah apa yang abang kata. Dia tak pernah bercinta. Yang abang tahu dia tu gila kerja. Family has always been first for him. Tu je lah abang mampu cakap. Selebihnya kenal masa dah kahwin nanti. Meen ada mulut, gi lah tanya dia" kata Yazir
Yazir terus meninggalkan Yasmeen di gazibo. Dia hendak masuk ke dalam rumah untuk berborak bersama Adif.
Yasmeen hanya duduk di gazibo. Dia merenung ke arah langit memandang bumbung gazibo itu lut sinar. Bintang-bintang di langit terhias cantik. Dia menghelakan nafasnya apabila apa yang dikatakan oleh Yazir tadi bermain di fikirannya.
"Aku tak sangka kau akan kahwin dengan abang aku" kata satu suara di belakang Yasmeen.
Tanpa menoleh dia sudah dapat agak siapa yang sedang berbicara. Lelaki tadi terus duduk di hadapan Yasmeen.
Yasmeen mengatur duduknya sebelum dia memandang ke arah lelaki tadi. Kusyen di sebelahnya diambil lalu diletakkan diribanya.
"Awak nak apa Jim?" tanya Yasmeen
Azim tidak menjawab malah dia menggaru tepi kepalanya sebelum dia menegakkan tubuh badannya.
"Kenapa kita putus? Bukan kita dah bahagia?" tanya Azim
Yasmeen tersentak mendengar soalan yang diajukan oleh Azim. Dia memandang raut wajah Azim sebelum dia membuka mulut.
TBC

YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...