𝙱𝚊𝚋 19

40 4 0
                                        

Matahari sudah pun berdiri tegak namun dua sosok badan masih lagi lena diulit mimpi. Pancaran matahari mengena muka Yasmeen sehingga membuat Yasmeen terjaga. Dia cuba untuk mengalihkan posisi badannya namun badannya terasa berat seakan ada sesuatu yang menindih tubuh badannya. Dia menilik tubuhnya sebelum dia menyepak gerangan yang menindihnya lalu dia menjerit.

Adif yang sudah jatuh dari katil terus berdiri tegak di sisi katil sebelum dia melihat wajah Yasmeen. Bagai terpukau apabila dia melihat pandangan di hadapannya kini. Wajah Yasmeen memenuhi retina matanya, rambut ikal mayang Yasmeen yang panjang paras bahunya dan wajah Yasmeen yang baru bangun itu kelihatan comel di pandangan Adif.

Yasmeen memandang ke arah Yasmeen sebelum dia mengusap wajahnya risau jika wajahnya seperti hantu kak limah. Selimut ditarik lalu di tutup rambutnya. Adif tertawa melihat Yasmeen sebelum dia duduk di birai katil.

"Kenapa awak sepak saya sampai jatuh katil?" tanya Adif sambil mencubit pipi Yasmeen

"Awak tindih saya. Lepastu letak muka dekat urmm da urmmm dada saya" kata Yasmeen namun perkataan dada itu disebut dengan nada yang rendah sahaja.

Adif mengangguk kepalanya lalu dia meminta maaf kerana berbuat sedemikian kepada Yasmeen. Dia terus bangun dari birai katil lalu membuka langsir bilik Yasmeen. Dia menyuruh Yasmeen untuk mandi dahulu.

Yasmeen akur lalu dia berjalan dengan selimut menutupi kepalanya lalu dia masuk ke tandas bersama selimut tersebut. Tuala yang tersangkut di kerusi sempat dia ambil sebelum membolos kedalam tandas.

"Yasmeen, selimut tu kotor nanti! Bak sini" kata Adif dengan nada yang sedikit tinggi.

Kepala Yasmeen tejengul di daun pintu. Tangan Yasmeen menghulurkan selimut tadi bersama bibir yang dicebik. Adif mengambil selimut tersebut sebelum dia mencuri pandang wajah Yasmeen.

"Jangan nak skodeng! Puk kang" kata Yasmeen

"Kalau saya skodeng pun tak salah. Awak tu bini saya. Hak milik saya. Semua milik awak tu halal untuk saya tengok dan pegang" kata Adif sebelum dia memusingkan badannya dari menghadap Yasmeen.

Yasmeen menutup kasar pintu bilik air nya sebelum dia menjerit geram dengan perangai Adif. Adif hanya menggelengkan kepalanya di bilik Yasmeen. Dia memandang seluruh bilik Yasmeen yang agak berselerak dengan pakaian dan barang-barang yang tidak tersusun.

Dia terus mengutip pakaian Yasmeen yang berterabur di atas lantai lalu dimasukkan ke dalam bakul yang dia rembat di tepi pintu tandas. Setelah mengutip pakaian dan pakaian kecil Yasmeen, dia menyusun pula barang yang berselerak di atas meja solek Yasmeen.

Yasmeen bukanlah seorang yang memakai make up, kebanyakan barang yang ada di atas mejanya hanya lah facial mask, minyak wangi dan lipstick ataupun lipbalm. Jam dan barang kemas Yasmeen disusun rapi dalam laci.

Adif melihat sebentuk cincin yang terletak di atas meja itu, dia ambil lalu menilik cincin tersebut.

"Bukan ni cincin aku sarung dekat tangan dia ke? Ni cincin nikah dia, asal dia tak pakai?" monolog Adif sendiri.

Bunyi pintu dibuka menyentakkan Adif dan membuat Adif menoleh ke arah Yasmeen yang hanya bertuala paras dada dan terdapat juga tuala kecil di bahunya. Dia memandang Yasmeen lama apabila Yasmeen juga turut memandang Adif lama.

Pandangan Yasmeen lebih kepada tangan Adif yang sedang memegang cincin kahwinnya. Dia terus masuk ke bilik pakaiannya untuk memakai pakaiannya. Setelah selesai memakai pakaiannya, dia terus keluar dari bilik tersebut .

Adif yang sedang duduk di birai katil dipandang sebelum dia merapati tubuh Adif. Bahu Adif disentuh perlahan. Adif mendongak memandang wajah Yasmeen.

"Kenapa tak pakai cincin?" soalan pertama yang diberi kepada Adif membuat Yasmeen terdiam.

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now