"Awak memang tak suka suami saya ke?" tanya Yasmeen
Soalan dari Yasmeen membuat Fakqhira hampir tersedak makanan yang ditelannya. Perlahan dia mengambil air lalu diminum perlahan. Yasmeen tersenyum bersalah apabila melihat reaksi Fakqhira.
"Awak masih ragu-ragu ke Yasmeen?" tanya Fakqhira
Soalan Fakqhira dibalas dengan anggukan. Ya sejujurnya dia masih ragu.
"It appears that you may be struggling with trust." kata Fakqhira sebelum mengelap bibirnya dengan tisu.
Fakqhira membetulkan posisi duduknya sebelum dia berdehem. Dia memandang wajah Yasmeen sebelum tergelak kecil.
"Saya memang tak suka dengan Adif. Walaupun saya dengan dia dah kenal dari kecil memang saya tak ada hati dengan dia. Crush pun tak de sebab saya minat dengan seorang senior sekolah menengah. Adam is his name, as you may have heard previously. Doktor Adam dari AI hospital." kata Fakqhira.
Yasmeen hanya mengangguk tanda dia mendengar apa yang dikatakan oleh Yasmeen.
"Dia dengan saya dalam fasa memperbaiki hubungan jadi fokus saya hanya dengan kami dua. Saya lebih fokus dengan Adam instead of Adif sebab Adif tu pun suami orang jadi tak nampak elok kalau saya selalu dengan suami awak." jelas Fakqhira
"Awak takkan jadi penyondol kan?" tanya Yasmeen polos
Fakqhira tertawa apabila diajukan soalan begitu. Dia memang tak sangka Yasmeen akan bertanya soalan begitu kepadanya. Dia menggeleng untuk menjawab soalan Yasmeen.
"Saya tak ada niat nak menjadi penyondol dan saya berpegang erat dengan prinsip saya dimana saya tak akan sakitkan hati dan perasaan kaum saya sendiri. Kifarah tu ada, bila-bila masa akan kena kifarah oleh Allah" kata Fakqhira
Yasmeen mengangguk. Lega sedikit hatinya mendengar apa yang dikatakan oleh Fakqhira.
"Awak tak perlu nak risau tentang saya dan Adif. Macam yang saya kata, saya hormat awak sebagai isteri Adif dan Adif sebagai suami awak. Sebab tu saya ada letak sempadan diantara kami." kata Fakqhira
"Thank you" ucap Yasmeen
"Your most welcome" balas Fakqhira
"Awak datang ofis Adif guna apa tadi?" tanya Fakqhira
"Ohh Adam bawak tadi" jawab Yasmeen
"Adam?" tanya Fakqhira
"Haah, yang tunang Lisa tu, pekerja Adif" kata Yasmeen.
"Ohh pekerja Adif, saya ingat Adam saya tadi. Kalau dia tunang Lisa memang saya tak jadi nak berbaik dengan dia" kata Fakqhira
Yasmeen tergelak mendengar Fakqhira. Dia tak sangka yang Fakqhira memang sebiji macam dia. Mereka semakin rapat ketika menikmati makan tengahari tadi.
"Jom lah saya hantarkan awak semula ke ofis. Nanti saya kena report menculik isteri orang pulak" kata Fakqhira.
Yasmeen tertawa dia tahu sangat yang Adif tu jenis cepat gelabah lebih-lebih lagi dia terlupa telefon bimbitnya di pejabat Adif. Mahunya Adif call Fakqhira beribu kali.
"Jomlah" kata Yasmeen lalu mereka berdua terus berdiri dan meninggalkan kedai makan tersebut.
............
Yasmeen menolak perlahan daun pintu pejabat Adif sebelum dia tersenyum melihat Adif yang sedang bersandar pada kerusi kerjanya sambil memejamkan mata. Yasmeen mendekati Adif sebelum dia perlahan-lahan duduk di riba Adif sambil merangkul leher Adif.
"Hi sayang" sapa Adif dengan suara yang serak basah walaupun matanya tertutup, dia tahu siapa yang duduk di ribanya.
"Hi hubby. Are you okay?" tanya Yasmeen sebelum sebuah kucupan hinggap di pipi suaminya

YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...