𝙱𝚊𝚋 16

32 5 0
                                        

Adif berjalan keluar dari biliknya dengan hanya memakai baju melayu tanpa mengancingkan butang dan kain sampingnya diletakkan di bahu. Dia berjalan menuruni tangga dimana ahli keluarga dia semua sudah berkumpul. Puan Atiqah, Rania dan Raihana terkejut melihat Adif yang tidak kemas dan serabai.

Puan Atiqah bercekak pinggang sambil melihat anak bujangnya yang tidaklah nak bujang sebab dah nak kahwin. Dia mendekati Adif lalu menarik samping yang tergantung di bahu anaknya itu. Rania pula sudah menggelengkan kepalanya apabila melihat rambut Adif yang serabai itu. Dia mengambil sikat dan minyak rambut Azim yang terletak di atas meja kerana Azim berkemas di ruang tamu.

Raihana pula mengambil butang baju melayu Adif yang berada di pegangan abangnya dari tadi. Mereka bertiga hampir tergelak mengemas Adif kerana jarang sekali Adif tidak kemas walaupun hanya berada di dalam rumah.

"Dah kenapa anak mak macam ni?" tanya Puan Atiqah sambil tangannya ligat mengatur samping anaknya 

"Macam mati bini padahal baru nak ada bini" kata Rania pula

"Entah, nak kata kena paksa kahwin tak jugak. Dia yang setuju nak kahwin" kata Raihana

Adif hanya diam sepanjang Puan Atiqah, Rania dan Raihana mengemaskan pakaian dia. Makin naik hairan mereka bertiga apabila Adif tidak memberi sebarang respon. Setelah selesai mengemas pakaian Adif, mereka bertiga serentak meminta Adif untuk duduk di sofa.

"Kenapa dengan angah?" tanya Puan Atiqah

Adif menghembus kasar nafasnya. Matanya memandang ke arah siling sebelum mukanya diraup kasar. Puan Atiqah dan Encik Raziq hairan.

"Angah...angah tak rasa nak teruskan perkahwinan ni" jawapan Adif membuat mereka semua tercenggang.

"Jangan buat kerja gila lah angah!" marah mereka semua.

"Angah tak rasa angah layak untuk berdamping dengan Yasmeen" kata Adif lagi

Rayyan yang duduk di sebelah Raihana berdiri sebelum tubuh Adif ditepuk beberapa kali. Dia hendak berbual dengan Adif. Adif yang faham terus mengikuti Rayyan ke arah gazibo di hadapan rumah Encik Raziq.

"Kau dah kenapa?" tanya Rayyan sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di  kerusi yang terletak di gazibo tersebut.

Adif mengeluh.

"Aku nak Azim ganti tempat aku Yan" kata Adif.

Rayyan terbatuk apabila dia tertelan air liur sendiri mendengar apa yang dikatakan oleh Adif. Dia mengusap dadanya beberapa kali meredakan sakit di dadanya.

"Kau nak jadi macam laki-laki di masa lampau Meen ke gila?!" naik seoktaf suara Rayyan sehingga mereka yang berada di dalam rumah mendengar teriakan Rayyan.

Adif menggeleng memberi respon kepada soalan Rayyan. Rayyan pula menampar belakang kepala Adif kerana sedikit bengang dengan Adif.

"Eh bodoh, kau dengar sini. Kau jangan nak jadi macam laki tak guna kat luar sana hanya sebab kau rasa kau tak layak bersama Meen. Eh babi. Kau dah janji dengan dia macam-macam, jaga dia sampai terpaksa langgar peraturan yang dah kena tetapkan oleh kedua-dua pihak lepastu kau nak lepas tangan semua tu bagi Meen dekat Azim?! Tak ke bodoh kerja tu. Bagus kau bagi Azim je dari dulu daripada kau bagi harapan dekat Meen"marah Rayyan 

Mereka yang berada di dalam rumah memandang Azim dan ke arah luar silih berganti. Seperti ada sesuatu yang mereka tidak tahu. Azim hanya tersenyum nipis ke arah keluarga mereka.

"Be a man dude. Tunjuk dekat dia yang tak semua laki tu sama. Kalau kau buat benda ni bukan ke kau dah buat dia fikir laki semua sama?" kata Rayyan sambil kedua-dua tapak tangannya menolak kasar dada Adif.

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now