"Meen, turun bawah tolong mama masak! Ada tetamu nak datang nanti" arah Encik Afif dari tingkat bawah.
Pintu bilik Yasmeen yang sudah terbuka itu memudahkan Yasmeen mendengar dengan jelas arahan yang disampaikan oleh Encik Afif. Dia terus keluar dari bilik tidurnya, sempat juga dia mengambil tudung sarung di kerusi supaya dia tidak kelam kabut sekiranya tetamu datang awal nanti.
Dia terus turun ke bawah sebelum dia bertembung dengan abangnya Yazir Ameer, dia terus menguntumkan senyuman sebelum dia memeluk tubuh Yazir.
Yazir yang terkejut dengan serangan peluk Yasmeen terkejut namun sempat dia merangkul pinggang adiknya sebelum mereka berdua terjatuh di lantai. Yasmeen dan Yazir menatap wajah masing-masing sebelum mereka berdua tertawa.
Encik Afif dan Puan Yasmina bergegas ke ruang tamu apabila mendengar bunyi barang jatuh. Mereka berdua menggelengkan kepala apabila melihat Yazir dan Yasmeen yang bergelak tawa.
Yazir mengangkat Yasmeen dari menindih tubuhnya lalu dia berdiri. Dia terus menjentik dahi Yasmeen sebelum dikucup tempat yang dijentik tadi.
"Nasib baru 3 anak tangga dik. Kalau tinggi nanti, mampus abang" kata Yazir sebelum dia menyerabutkan rambut adiknya.
Yasmeen membuat wajah cemburut apabila rambutnya sudah serabai. Yazir ketawa besar lalu dia naik ke tingkat atas tanpa memperdulikan Yasmeen yang masih monyok.
Encik Afif hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Ada sahaja kerenah anak-anaknya ini yang mencuit hatinya. Dia terus masuk ke ruang dapur manakala Yasmeen dan Puan Yasmina mengikutinya.
Encik Afif melabuhkan punggungnya di kerusi manakala Puan Yasmina berdiri di singki mencuci segala bahan mentah yang dikeluarkannya tadi. Yasmeen menggantungkan tudung sarungnya di kerusi bersebelahan dengan Encik Afif lalu dia mendekati Puan Yasmina.
Dia terus membantu Puan Yasmina tanpa menanyakan apa-apa. Puan Yasmina terus ke arah dapur untuk menumis bahan yang lain. Encik Afif hanya membantu Puan Yasmina membuat dessert kerana hobi Encik Afif ialah membuat manisan.
Mereka bertiga membuat kerja tanpa ada gangguan dan mereka bertiga berborak tentang perkahwinan Yasmeen yang sudah hampir. Yazir juga turut serta membantu di dapur untuk menolong Puan Yasmina memasak.
Yazir merupakan seorang tukang masak di restoran yang dimiliki olehnya. Jadi dia suka membantu ibunya di dapur untuk menambah baik skil memasaknya. Yasmeen juga turut meminati bidang yang sama dengan abangnya namun dia lebih kepada pastry dan dessert, sama seperti Encik Afif.
Jika ada acara mahupun sambutan hari jadi, pasti Yasmeen dan Yazir akan melakukan kerja tersebut manakala Yasna Akifah pula meminati bidang yang lebih jauh dari ahli keluarganya. Yasna lebih minat dalam bidang seni reka dan kreativiti. Yasna mempunyai lebih dari satu pekerjaan, bahkan dia mempunyai studionya sendiri.
Yasna ialah seorang juru solek, jurukamera, dan pereka fesyen. Dia juga merupakan seorang influencer sosial media. Sebab itu dia mempunyai lebih dari satu pekerjaan, tambahan pula Yasna juga sudah menikah dan dia tidak tinggal bersama dengan keluarganya kerana dia tinggal bersama suaminya.
Suaminya mahukan privasi kerana sekiranya mereka mempunyai hal rumah tangga, tidaklah ahli keluarga mereka perlu risau. Cukuplah mereka berdua yang selesaikan, dia tidak mahu sesiapa masuk campur. Kematangan dan perangai suami Yasna meyakinkan Encik Afif dan Puan Yasmani yang suami Yasna tidak akan melakukan apa-apa hal yang boleh memudaratkan Yasna.
Suami Yasna juga sentiasa berkunjung ke rumah Encik Afif setiap hari bahkan juga ada juga mereka tidur di rumah Encik Afif. Suami Yasna merupakan anak yatim piatu, kedua-dua ibu bapa suami Yasna sudah meninggal apabila suami Yasna baru menginjak ke umur 23.
Setelah mereka siap menghidangkan segala makanan dan minuman yang menyebabkan mereka berperang hampir satu setengah jam. Yazir memandang ke arah Yasmeen yang sedang mengeluarkan pai yang dibuatnya di oven. Dia tergelak meliha wajah Yasmeen yang bersisa dengan tepung.
Yasmeen memandang Yazir yang sedang tertawa kannya. Dia menjugkitkan keningnya menanyakan kenapa Yazir tertawakannya.
Yazir terus menghampiri Yasmeen lalu dia mengambil kain dari dalam koceknya lalu dilap sisa tepung yang ada di wajah Yasmeen. Yasmeen hanya membiarkan sahaja Yazir berbuat sebegitu kerana dia sememangnya manja dengan Yazir.
Yasmeen terus mengucapkan terima kasih kepada Yazir lalu dia mengucup pipi abangnya sebelum dia membawa pai tadi ke atas meja makan.
"Dah korang pergi mandi, tetamu tak lama lagi sampai" kata Puan Yasmina yang baru turun dari tingkat atas bersama suaminya.
Mereka berdua hanya membiarkan Yasmeen dan Yazir menghidangkan makanan manakala mereka berdua sudah naik ke atas untuk membersihkan diri. Sudah menjadi kebiasaan untuk Encik Afif dan Puan Yasmina membiarkan anak mereka berbuat sebegitu untuk melatih anak mereka berdikari.
Yazir dan Yasmeen menganggukkan kepalanya menandakan mereka mendengar arahan Puan Yasmina tadi lalu mereka berdua terus naik ke atas. Mereka berdua juga sempat berlumba siapa yang berjaya naik ke tingkat atas paling awal dan tidak lain tidak bukan pasti Yasmeen yang akan menang.
............
Yasmeen yang baru sahaja selesai memakai tudung sarung itu melihat pantulan Yasna dari meja soleknya. Dia terus memalingkan tubuhnya menghadap Yasna sebelum dia berdiri lalu mendekati Yasna dan dipeluk tubuh Yasna.
Yasna tersenyum sebelum dia membalas pelukan Yasmeen dan dikucup lembut kedua-dua belah pipi Yasmeen. Dia mengusap lembut kepala Yasmeen yang berlapik dengan tudung itu. Tahu sangat yang adiknya rindu kepadanya kerana sudah hampir 2 minggu dia tidak datang ke rumah Encik Afif kerana dia ada urusan di luar negeri.
"Jom turun, tetamu dah ada dekat bawah" kata Yasna sambil menggenggam erat tangan Yasna menyalurkan kekuatan kepada Yasna.
Yasmeen tahu bahawa tetamu yang dibawah kini ialah bakal mentuanya kerana Puan Yasmina dan Encik Afif ada bagitahu semasa mereka berperang di dapur petang tadi.
Yasmeen memeluk lengan Yasna lalu mereka berdua berjalan menuruni tangga ke ruangan makan. Yasna hanya tersenyum apabila dia merasakan lengannya sedikit kebas kerana digenggam erat oleh Yasmeen.
Yasmeen tahu yang dia sudah menyakiti Yasna namun dia gementar apabila hendak berjumpa dengan bakal mertuanya. Tambahan pula bakal suaminya juga turut hadir malam ini semakin membuat dia nervous.
"Apa lah Meen ni, takde nya bakal suami Meen nak culik terus Meen malam ni. Minggu depan kot majlis" usik Yasna
Yasmeen memuncungkan bibirnya apabila Yasna mengingatkan tentang majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Dia mengawal pernafasannya tanpa dia sedar mereka sudah pun sampai di ruang tamu.
"Calm down okay? Kita makan dulu lepastu baru kita bincang apa yang tak siap lagi untuk majlis Meen" kata Yasna sambil melangkah masuk ke ruang makan.
Kedatangan Yasmeen dan Yasna di ruang makan membuat semua orang menoleh ke arah mereka, termasuk bakal mentua dan bakal suaminya. Rahangnya hampir jatuh apabila dia melihat bakal mentuanya.
Bakal suaminya lagi lah terkejut apabila melihat wajah bakal isterinya. Mulutnya melopong sehingga membuat Puan Yasmina, Encik Afif dan yang lain tertawa. Terkejut bukan kepalang lagi kedua-dua belah pihak.
"Ajim?"
"Meen?"
serentak mereka berdua menyebut nama masing-masing. Berubah riak wajah Yasmeen apabila dia memandang sosok yang duduj di sebelah Azim.
"Qasyaf" panggil Yasmeen perlahan namun dapat didengari oleh orang yang duduk di ruangan tersebut.
Puan Atiqah dan Puan Yasmani tersenyum apabila melihat wajah Yasmeen dan Adif yang sudah tertanya-tanya.
"Kejap, jangan kata angah kahwin dengan perempuan ni" kata Azim
Encik Raziq menjeling tajam Azim yang memanggil Yasmeen dengan gelaran perempuan. Dia ingin menjaga perasaan Encik Afif dan Puan Yasmina
"Awak bakal suami saya?" tanya Yasmeen kepada Adif namun Adif sudah membuang pandangan ke arah Puan Atiqah.
TBC

YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...