𝙱𝚊𝚋 𝟹

99 8 1
                                        

Setelah beberapa hari Adif ditahan di hospital, akhirnya dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Dia meminta Rayyan untuk mengambil dan menghantarnya ke rumah kerana keretanya dipinjam oleh Raihana.

Cakap tentang Raihana, dia sudah putus dengan kekasihnya. Dia sedar apa yang dikatakan oleh Adif tempoh hari itu betul. Tanpa dia sedar, dia sudah mulai rapat dengan Rayyan setelah kejadian dia dibelasah oleh kakaknya.

Adif yang teringat dengan kata-kata kakaknya terus memandang Rayyan. Dia masih ingat dimana Rayyan menghalang Rania dari membelasah teruk Raihana dan betapa rapatnya hubungan mereka setelah kejadian itu.

Rayyan juga pernah menemani Raihana untuk pergi membeli belah dan makan-makan beberapa hari ini. Jadi dia semakin pelik sejak bila mereka kenal ataupun soalan lebih tepat ialah mengapa senang betul si Rayyan ini rapat dengan perempuan. 

Seingatnya, Rayyan jenis yang tidak mudah selesa dengan mana-mana wanita melainkan kakak-kakak dan maknya. Dia curiga dengan sifat Rayyan.

"Kau kenapa pandang aku semacam" tanya Rayyan apabila dia merasa dirinya diperhati.

Adif memandang wajah Rayyan sebelum dia menggelengkan kepalanya. Dia terus berjalan ke kereta Rayyan yang sudah terparkir elok tidak jauh dari pintu hospital.

Rayyan hanya membiarkan sahaja Adif sambil dia membawa beg pakaian Adif. Adif pula hanya membawa beg sandangnya.

"Esok kau cuti" arah Adif

Rayyan menjongketkan keningnya. Jarang-jarang Adif ingin memberinya cuti. 

"Tanda terima kasih sebab jaga Rai." kata Adif.

"Jaga Rai pun dapat cuti? Kalau macam tu hari-hari aku nak jaga Rai, senang apply cuti" usik Rayyan

Adif terus menunjukkan penumbuk ke Rayyan. Dah bagi paha nak betis. Rayyan tergelak melihat wajah serius Adif. Orang nak gurau ja pun ambil serius.

"Rai macam mana?" tanya Adif kepada Rayyan.

Rayyan hanya menjongketkan bahunya. Dia bukannya tidak tahu namun dia sudah berjanji tidak akan memberitahu keluarga Adif keberadaan Rai.  Pagi tadi Rai memberitahu bahawa dia ingin keluar menenangkan diri melalui aplikasi Whatsapp.

"Aku nak extend cuti boleh? Maybe a week?" pinta Rayyan

Adif membuat muka. Dia memandang Rayyan lama.

"Aku just nak rehat dan tenangkan fikiran. Just for a week" jelas Rayyan apabila dia rasa seakan Adif ingin menanyakan kenapa.

Adif hanya menganggukkan kepalanya. Dia memberi sahaja cuti kepada Rayyan dan akan memaklumkan kepada Rania.

Rayyan berterima kasih dengan Adif lalu dia memandu ke rumah Encik Raziq.

..........

"Rai mana?" soalan pertama yang ditanya Adif apabila dia baru menjejak kaki ke rumah Encik Raziq.

Semua mengerutkan dahi mereka. Kerana sebelum Rai keluar rumah, Raihana memberitahu bahawa dia ingin melawat Adif. Namun Adif pula yang bertanya kepada mereka di mana Raihana.

Rayyan yang sedang membawa beg Adif masuk ke dalam merenung ke arah Azim. Hanya Azim dan dia sahaja tahu keberadaan Raihana sekarang. Rayyan menunjukkan isyarat untuk tidak memberitahu apa-apa kepada ahli keluarga dia.

Azim hanya mengangguk tanda dia faham dengan arahan Rayyan.

"Ajim nak pergi bercuti dengan kawan Ajim boleh?" tanya Azim untuk melarikan tajuk Raihana di mulut keluarganya.

Kesemua memberi tumpuan kepada Azim yang tersenyum kecil.

"Cuti untuk apa?" tanya Rania.

Rania bertanya kerana semua adik-adiknya bekerja dibawahnya jadi logik kalau dia bertanya cuti untuk apa. Adif juga menjongketkan keningnya.

"Azim stress" ringkas sahaja jawapan Azim

"Stress apa?" tanya Encik Raziq.

"Stress sebab keluarga ni hanya fikir kak Rai je. Ajim tak pernah pulak nak ditanya kemana, okay ke tak. Tak pernah. Ajim penat. Korang semua bagi tumpuan dekat kak Rai tapi dekat Ajim tak de. Ajim pun perlu tumpuan." kata Azim sayu.

Bukannya betul sangat pun alasan tu. Dia sengaja bagi alasan tersebut agar dia boleh bercuti bersama Raihana dan Rayyan. Penat juga mahu melayan keluarganya ini. Baik dia gi healing dengan Raihana.

Mereka semua terdiam mendengar luahan Azim. Mereka semua seperti percaya dengan apa yang dikatakan oleh Azim. Rayyan juga hampir percaya dengan kata-kata Azim namun dia sempat melihat Azim membuat isyarat bahawa dia menipu sahaja.

Rayyan tersenyum kecil. Dia terus meminta diri kepada mereka kerana dia perlu mengemas barang untuk bercuti dari dunia tipu-tipu ini.

"Ajim, kau tahu kan kami semua risau pasal Rai sekarang" kata Adif

"Then go on. Ajim nak kemas barang. Petang nanti Ajim bertolak." kata Azim lalu beredar tanpa menoleh ke belakang.

Kesemua mereka hanya memandang Azim yang sudah pun hilang naik ke atas. Mereka melepaskan keluhan kecil. Rania dan Adif duduk di ruang tamu manakala Encik Raziq dan Puan Atiqah duduk di dapur.

Rania dan Adif berbincang tentang cuti Rayyan dan Azim manakala Encik Raziq dan Puan Atiqah berbincang tentang Raihana.

Azim turun dengan sebuah beg luggagenya . Dia terus memanggil Encik Raziq dan Puan Atiqah. Adif dan Rania hanya memandang sahaja Azim dari ruang tamu. 

Sekeping kertas di tangan Azim bertukar tangan dengan Puan Atiqah. Puan Atiqah membaca surat yang diberikan.

"Surat Kak Rai" kata Azim lalu dia menyalami tangan Encik Raziq dan Puan Atiqah.

Adif dan Rania diruang tamu hanya dipandang tanpa ada niat ingin menyalami mereka. Adif dan Rania terkedu apabila Azim terus keluar tanpa menegur mereka. Mereka berdua merapati Encik Raziq dan Puan Atiqah.

Nampak raut wajah mereka sudah membuat Adif dan Rania tertanya-tanya apa yang tertulis di kertas tersebut sehingga membuat raut wajah orang tuanya seperti kecewa. Kertas bertukar tangan lalu dibaca oleh Rania dan Adif

 Assalamualaikum semua,

Kalau korang dah jumpa surat ni maksudnya Rai dah pergi jauh dari rumah ni. Rai nak cari ketenangan. Rai serabut bila semua tak nak dengar penjelasan Rai. Kecewa? Mungkin tapi Rai sedar salah Rai dan siapalah Rai ni kan sampai korang nak dengar penjelasan Rai. Rai syukur Jim nak dengar penjelasan Rai. Rai dah penat jadi Rai minta izin untuk bagi Rai ruang untuk bertenang. Rai tinggalkan kereta angah dekat airport, jadi bagitau angah untuk ambil kereta dia kat sana. Rai akan pulang bila hati ni dah tenang. Maafkan Rai sebab pergi tanpa bagitau. Rai nak rawat hati dan perasaan Rai. Rai nak jadi a better version. Rai nak kuat. Luka yang lama telah pun berdarah kembali. Sakit memang sakit tapi apa nak buat, sapu lah ubat gamat. Rai tak nak korang hubungi Rai. Biarlah keberadaan Rai hanya Allah yang tahu. Tolong jangan cari atau muncul depan Rai sehingga Rai sendiri yang kembali.

 Rai sayang semua,
Raihana Qarina Binti Raziq 

Kertas di tangan direnyuk lalu dibaling kasar ke dinding. Rania tidak sangka apa yang dibuatnya kepada Raihana membuat Rania jauh dari mereka. Terus dia menangis sambil diusap lembut belakangnya oleh Puan Atiqah.

Wajah Encik Raziq dipandang sekilas oleh Adif sebelum dia terjatuh melutut. Sakit hatinya apabila kepulangannya dijemput dengan kehilangan Raihana. Kepalanya mula berdenyut apabila dia menangis dan berfikir keberadaan adik perempuannya.

Dunia nya terus gelap dan kata-kata terakhir yang dia dengar hanya Rania memanggilnya dan pipinya ditepuk lembut oleh Encik Raziq.

TBC

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now