Yasmeen rasa seakan dirinya diperhati sejak dia keluar rumah hendak ke rumah milik keluarganya. Dia sudah memaklumkan kepada Adif bahawa dia ingin bertemu dengan ibu bapanya memandang Adif bekerja jadi dia ingin meluangkan masa dengan kelaurganya. Dia memerhati kiri kanan dan malah belakang keretanya agar itu hanya perasaannya sahaja namun apabila dia melihat ke arah belakang melalui cermin pandang belakang, dadanya sudah berasa sesak.
Kereta berwarna hitam yang amat dia kenali berada di belakangnya. Dia cuba untuk bertenang dan memandu kereta tersebut menggunakan jalan yang lain namun kereta tersebut masih lagi mengekorinya. Dia cuba untuk memecut keretanya agar dia sampai ke rumah Encik Afif dengan cepat.
Tidak mengambil masa yang lama, dia sudah sampai ke rumah Encik Afif. Pagar rumah dibuka dan ditutup dengan cepat agar kereta berwarna hitam itu tidak dapat masuk ke perkarangan rumah Encik Afif.
Syukur pagar tutup dengan cepat sebelum kereta berwarna hitam itu berhenti depan pagar rumah Encik Afif. Yasmeen yang berada di dalam kereta hanya duduk diam sahaja sehinggalah tingkap keretanya diketuk.
Hampir luluh jantung Yasmeen apabila melihat Yazir di luar keretanya sambil membongkokkan badan. Dia membuka pintu di tempat memandu sebelum melihat wajah pucat adiknya.
"Adik dah kenapa?" tanya Yazir
Yasmeen terus memeluk tubuh Yazir sambil teresak-esak. Nafasnya sudah pendek apabila dia memandang belakang Yazir. Kereta tersebut masih lagi berada di depan rumah Encik Afif cuma bezanya kini dia parkir di tepi longkang.
Yazir mengusap lembut belakang Yasmeen. Dia cuba untuk menenangkan Yasmeen namun tiada tanda Yasmeen akan bertenang. Dia mendukung Yasmeen lalu mematikan enjin kereta Yasmeen. Beg bimbit adiknya diambil lalu dia membawa adiknya masuk ke rumah.
"Dah kenapa adik tu abang?" tanya Puan Yasmina apabila Yazir meletakkan tubuh adiknya di sofa.
Puan Yasmina duduk di sebelah Yasmeen sebelum gelas air yang sepatutnya dia minum tadi diserahkan kepada Yasmeen. Belakang tubuh Yasmeen digosok.
"Na-nak Qasy-Qasyaf" kata Yasmeen teresak-esak.
Yazir memandang Puan Yasmina dan mereka berdua membalas pandangan masing-masing. Teleofn pintar dikeluarkan dari poket lalu dia menghubungi kawannya itu. Beberapa saat kemudian panggilannya bersambung.
Suara cemas Yazir membuat Adif hairan. Dia mendengar suara ibu mertuanya cuba menenangkan seseorang. Dari situ dia terus tahu apa yang sedang berlaku. Dia terus berlari menuruni tangga rumahnya.
Adif baru sahaja sampai ke rumahnya untuk menukar kereta kerana keretanya masuk ke bengkel. Ini pun dia dihantar oleh Rayyan namun Rayyan sudah pun pulang ke rumahnya untuk makan tengahari bersama Raihana.
Kunci kereta diambil lalu dia berlari ke garaj. Kereta Mitshubishinya dihidupkan namun tidak berjaya. Berkali-kali dia cuba untuk menghidupkan enjin keretanya namun tidak berhasil. Dia sudah mencarut.
Yazir yang berada di talian dapat mendengar segalanya. Dia cuba untuk memanggil Adif namun Adif memotongnya.
"Bagi aku 20 minit. Aku lari gi sana" kata Adif lalu mematikan panggilan.
Hampir terbeliak biji mata Yazir apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Adif. Gila. Jarak kondo Adif dan rumah Encik Afif tidaklah terlalu dekat. Jika menggunakan kereta hanya mengambil masa 20 minit. Ini pula berlari atau berjalan. Paling-paling mengambil 30 hingga 40 minit.
"Weh gila, jauh gila jantan ni nak lari. Aku boleh je ambik kau" kata Yazir sambil menggosok kasar rambutnys.
"Kenapa abang?" tanya Puan Yasmina
"Abang rasa kereta Adif rosak. Tapi dia nak lari gi sini. Gila betul" kata Yazir
Hampir melopong mulut Puan Yasmina dan Yasna yang mendengar Yazir. Okay ni baru sayang bini kata mereka bertiga serentak dalam hati.
............
27 minit kemudian, Adif sudah berada di hadapan pagar rumah Encik Afif tercungap-cungap mengambil nafas. Loceng ditekan berkali-kali, buka saja pagar terus dia meluru masuk tanpa menunggu pagar itu terbuka dengan lebih besar.
Adif terus masuk ke rumah Encik Afif lalu dia memandang Yasmeen yang sudah lecun dengan air matanya. Yazir yang berdiri di hadapannya tidak dikisah lalu dia duduk melutut di hadapan Yasmeen.
Tangan Yasmeen digenggam erat sebelum dibawa ke bibir dikucup perlahan. Tangannya memegang wajah Yasmeen agar memandangnya. Anak mata mereka berpandangan.
"Breathe deeply, then slowly release the breath." arah Adif
Yasmeen cuba untuk menarik nafas mengikut Adif dan menghembus juga mengikut Adif. Air matanya diseka oleh Adif lalu dikucup bawah mata Yasmeen.
"Good girl" puji Adif tanpa menyuruh Yasmeen untuk berhenti melakukan apa yang dibuatnya tadi.
Tidak lama kemudian Yasmeen sudah bertenang. Dia dan Adif kini sedang berpelukan. Adif mengosok belakang Yasmeen dengan perlahan sehingga dia terdengar dengkuran halus Yasmeen dibahunya.
"Aku tak nak lah potong mood kau ke apa tapi ni aku nak tanya, kau lari dari kondo kau ke rumah ni dengan pakai seluar slack, baju kemeja dengan kasut pejabat ke gila?" tanya Yazir
Adif hanya menganggukkan kepalanya tanda dia mengiyakan soalan Yazir. Yazir sedikit tercenggang namun dia hanya berbuat biasa.
"Dah kau gia lah mandi, melekit badan tu kang. Baju kau ada kan dalam bilik Yasmeen?" tanya Yazir
"Ada je. Weh, tuala kecil ada tak? Aku nak lap badan Meen. Basah baju dia berpeluh nak kawal nafas dia tu" kata Adif
Yazir hanya mengatakan ya dan dia akan menghantar tuala kecil kepadanya nanti. Adif berterima kasih lalu mendukung Yasmeen naik ke bilik mereka.
Sampai sahaja di bilik mereka, Adif membaringkan Yasmeen di katil lalu dia membuka pakaiannya. Baju kemejanya masih basah dengan peluhnya dibuka lalu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor.
Dia membuka pintu apabila mendengar ketukan. Dia tahu itu pasti Yazir hendak memberinya kain tuala kecil untuk mengelap badan Yasmeen. Dia membuka pintu dengan hanya berseluar slack nya.
"Aku tahu kau ada abs, tak yah nak menunjuk sangat" kata Yazir sebelum dia membaling kain tuala kecil di wajah Adif.
Adif tergelak sebelum dia menutup pintu apabila Yazir sudah beredar dari depannya. Suis kipas dibuka lalu dia masuk ke dalam tandas mengambil gayung berisi air. Gayung tadi diletakkan di night stand sebelum dia membuka butang baju Yasmeen.
"Fuck senak gila perut aku berlari dengan tali pinggang ni" kata Adif lalu dia berdiri semula membuka tali pinggangnya.
Tapi bagaimana silapnya semasa dia mengundurkan tubuhnya, dia terlanggar meja solek Yasmeen yang tidak jauh darinya.
Yasmeen membuka sedikit matanya apabila lenanya diganggu dengan bunyi barang jatuh dari meja soleknya. Adif yang tanpa sengaja mengundur ke belakang melanggar meja solek itu sudah cuak apabila melihat Yasmeen yang sudah terjaga.
Wajah Yasmeen sudah hendak menangis melihat keadaan dia dan Adif. Dia membaling bantal di kepalanya ke arah Adif lalu menarik selimut menutup badannya yang sedikit terdedah itu. Adif sudah merengus kasar, dia yakin Yasmeen salah faham dengan keadaan mereka sekarang. Dia cuba untuk mendekati Yasmeen namun Yasmeen sudah menjerit untuk menjauhinya.
TBC

YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...