𝙱𝚊𝚋 18

43 2 0
                                        

Adif yang baru selesai membersihkan diri keluar dari bilik air dengan hanya melilitkan tuala di pinggangnya. Yasmeen memandang tubuh Adif tanpa berkerdip sedikit pun. Adif memandang Yasmeen yang sedang menatap tubuh badannya sebelum dia merapati tubuh Yasmeen.

"Abang ada bagi baju tak? Saya sejuk ni" kata Adif

Yasmeen menghulurkan pakaian Yazir kepada Adif. Dia terus menunjuk ke arah bilik dimana dia selalu menyalin pakaiannya. Adif hanya menganggukkan kepalanya lalu masuk ke ruangan tersebut.

Yasmeen menepuk-nepuk pipinya apabila dia teringat dengan tubuh badan Adif. Wajahnya berona merah.

"Mana tempat saya tidur?" tanya Adif apabila dia keluar sahaja dari ruangan pakaian tadi.

Yasmeen mengerutkan dahinya. Dia memandang katil dan Adif bergilir-gilir. Bantal Adif sudah dia letakkan di atas katilnya apa lagi yang Adif tidak faham.

"Tidur atas katillah" jawab Yasmeen

Kini giliran Adif mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" tanya Yasmeen

"Awak tak takut kalau saya sentuh awak? Awak tak takut kalau say-"

"Awak sentuh saya, saya tak teragak-agak sepak awak jatuh katil" kata Yasmeen.

Adif tergelak mendengar ugutan Yasmeen. Macam lah dia takut dengan ugutan Yasmeen itu, badan dah lah kecil ada hati nak sepak dia jatuh katil.

"Qasyaf" panggil Yasmeen apabila Adif sudah pun baring di katil.

Adif hanya menoleh ke arahnya. Sesungguhnya dia begitu penat sehingga penat hendak mengeluarkan suaranya untuk bercakap.

"Saya ada buat salah dengan awak ke sampai awak tak nak bercakap dengan saya?" tanya Yasmeen membuat Adif duduk dari baringannya tadi.

"Saya tengok aw-awak macam tak nak layan saya sangat. Cakap pun bila perlu je" kata Yasmeen tersedu-sedu.

Air matanya mengalir tanpa dia pinta. Adif mengesat air mata Yasmeen yang mengalir sebelum dia membawa Yasmeen ke dalam pelukannya. Dia menggosok belakang tubuh Yasmeen untuk menenangkan Yasmeen.

Dahi Yasmeen dikucup lama sehingga membuat Yasmeen terpejam mata. Wajah Yasmeen diusap perlahan sebelum dia kucup kedua-dua belah pipi Yasmeen.

"Saya penat Meen. Badan saya ni lenguh sebab tolong ayah angkat kerusi meja tadi." jawab Adif lembut

"Tipu" nafi Yasmeen

"Apa yang tipu? Saya angkat kerusi meja tadi kot. Awak tak nampak ke?" tanya Adif

"Tadi awak boleh je gelak ketawa dekat ruang tamu, lepas Yazir baling kusyen tadi awak terus berubah." kata Yasmeen.

Adif tersenyum mendengar apa yang Yasmeen katakan. Dia tidak menafikan yang dia memang sedikit berubah apabila melihat Yazir memegang wajah Yasmeen. Cemburu? Mungkin.

"Qasyaf" panggil Yasmeen membuat Adif tersentak dari mengelamun sebentar tadi.

Yasmeen mengambil tangan Adif sebelum dia letakkan di wajahnya dan dikucup tangan Adif. Adif menarik tangannya apabila Yasmeen mengucup tangannya namun Yasmeen menahan tangan Adif.

"Kalau awak terasa sebab saya tak selesa tadi, saya minta maaf." kata Yasmeen

Adif menggelengkan kepalanya.

"Jangan tipu Qasyaf. Kita dah buat perjanjian kan dekat hospital haritu." kata Yasmeen.

Adif hanya mendiamkan diri sebelum dahinya bertemu dengan dahi Yasmeen. Keluhan kasar keluar dari bibir Adif.

Adif Qasyaf [OG]Where stories live. Discover now