Rayyan yang sedang memandu itu asyik menoleh cermin belakang. Dia memerhati sahaja Adif melekat bersama Yasmeen dari tadi. Kadang-kadang rengekan manja terdengar sehingga ke telinganya.
Raihana yang duduk disebelah itu hanya memandang Rayyan yang memandu. Tangannya bergerak ingin menyentuh tangan Rayyan yang memegang tombol gear. Jarinya mulai menyentuh urat yang timbul di lengan suaminya.
Raihana mengikut mereka kerana hari ni merupakan tarikh untuk dia berjumpa dengan doktor. Mula-mulanya dia hendak pergi sendiri kerana dia dan Rayyan bergaduh namun setelah dia dan Rayyan berbaik tadi, dia meminta Rayyan untuk menemaninya.
Rayyan yang terasa seakan lengannya diusik itu memandang wajah Raihana yang ralit memandang ke arah uratnya. Dia tersenyum kecil sebelum tanggannya menggenggam erat tangan isterinya lalu dikucup lama tangan isterinya.
"Kenapa baby?" tanya Rayyan sebelum matanya kembali fokus pada jalan raya.
Raihana tidak menjawab malah dia membuang pandangan ke luar tingkap. Dia tersenyum kecil kerana Rayyan menggenggam erat tangannya. Rayyan nampak disebalik pantulan cermin kereta itu. Dia hanya menggenggam erat tangan isterinya yang masih di dalam tangannya.
"Urmm Rayyan" panggil Yasmeen di belakang.
Kedua-dua mereka menoleh kebelakang, Rayyan hanya memandang dari cermin belakang.
"Saya rasa awak perlu papah Qasyaf. Sebab dia macam dah nak mati je ni" kata Yasmeen
Raihana dan Rayyan tergelak mendengar Yasmeen dan melihat Yasmeen mengangkat tangan Adif itu. Rayyan hanya mengangguk.
Tidak lama kemudian mereka berempat sudah sampai ke klinik. Rayyan memapah Adif manakala Yasmeen menolong Raihana.
"Kau macam dah nak mati Adif. Kau nak aku bacakan Yassin tak?" tanya Rayyan
Tangan Adif menepuk kasar kepala Rayyan. Dia menjeling Rayyan sebelum dia terasa tekaknya loya. Tanpa aba-aba, dia terus muntah di atas baju Rayyan. Membulat mata Rayyan melihat Adif muntah diatas bajunya.
"Fuck!" jerit Rayyan
Raihana dan Yasmeen memandang ke arah Rayyan yang sudah menolak tubuh Adif menyandar ke arah kereta. Rayyan sudah mengangkat tangannya ingin menepuk kepala Adif.
"Abang Yan" panggil Raihana membuat Rayyan menoleh ke arahnya.
"Kenapa baby?" tanya Rayyan cuak kerana wajah Raihana pucat.
Tubuh Adif ditolak kasar sehingga membuatkan Adif mengaduh. Yasmeen berlari ke arah Adif manakala Rayyan berlari ke arah Raihana. Bahu Raihana digenggam erat sebelum dia menilik dress labuh Raihana yang sudah basah.
"Baby terkencing ke?" tanya Rayyan
Raihana menggeleng. Rayyan terus mencempung tubuh Raihana. Dia tahu Raihana mahu bersalin cuma sekarang bukan waktunya. Masih bersisa 2 minggu lagi dari tarikh yang telah ditetapkan oleh doktor.
"Meen masuk dalam kereta dulu. Rai nak bersalin" arah Rayyan
Yasmeen hanya mengangguk. Tubuh Adif ditolak masuk ke kerusi sebelah pemandu manakala Rayyan meletak Raihana di tempat duduk belakang. Dia meminta Yasmeen untuk membantu isterinya dahulu.
"Sakit badan hubby. Hubby bukan sengaja muntah dekat baju Rayyan sayang " kata Adif dengan kudratnya yang masih ada.
"Sabar, nanti kau pergi klinik dekat hospital je. Rai nak bersalin" kata Rayyan apabila dia sudah membantu Raihana masuk ke dalam perut kereta.
Yasmeen hanya memandang sahaja wajah kerutan Raihana, dia menolong Adif untuk duduk di kerusi sebelah pemandu manakala dia duduk bersama Yasmeen dibelakang.

ŞİMDİ OKUDUĞUN
Adif Qasyaf [OG]
Romantizm"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...