Yasmeen yang sedang berada di dapurnya itu fokus membuat tempahan kek yang dipinta oleh Yasna untuk majlis cukur jambul anak rakannya malam nanti. Dari selepas sarapan lagi Yasmeen sudah berperang di dapurnya sebelum dia berhenti untuk membantu Adif masak makan tengahari mereka.
Adif yang sedang duduk di sebelah Yasmeen itu hanya memerhati sahaja isterinya sedang menghias kek. Dia tersengih apabila melihat wajah isterinya itu comot dengan tepung dan krim. Dia memanggil Yasmeen.
Yasmeen memalingkan wajahnya melihat Adif. Terjungkit sebelah keningnya apabila melihat Adif tersengih.
"Hubby dah kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk?" tanya Yasmeen
Adif tidak menjawab soalan Yasna malah jarinya mengesat krim yang terpalit di hujung bibir Yasmeen sebelum dia menjilat sisa krim tadi. Yasmeen tertunduk malu apabila dia melihat Adif berbuat sebegitu. Kalau tadi tumpuannya pada Adif kini tumpuannya pada kek di hadapannya.
"Manis, macam sayang" kata Adif
Wajah Yasmeen sudah berona merah apabila diusik sebegitu. Dia tidak memandang Adif malah jarinya sibuk menghias kek tadi. Adif tergelak melihat reaksi Yasna, dia tahu isterinya mesti malu dengan tindakannya tadi.
"It's time for lunch sayang. Kek tu letak dalam peti dulu nanti krim dia cair" kata Adif sebelum dia keluar dari dapur Yasmeen lalu dia mengeluarkan semua bahan mentah dari peti ais di dapurnya.
Beberapa saat kemudian Yasmeen sudah berdiri di belakang Adif. Pinggang Adif dipeluk sebelum wajahnya disembamkan di belakang tubuh Adif yang bogel tidak memakai baju itu.
"Kenapa hubby tak pakai baju? Nak goda sayang ke?" tanya Yasmeen
"Lah hubby memang tak pakai baju pun kalau dalam rumah. Kalau sleeveless adalah cuma sekarang semua baju hubby semua dalam machine dryer." kata Adif sambil tangannya lincah memotong dan mencuci semua bahan mentah yang dikeluarkannya tadi.
Sengaja Yasmeen tanya walaupun sudah tahu jawapannya. Bahkan dia juga yang mencuci pakaian mereka pagi tadi.
"Gatal" kata Adif apabila dia perasan tangan Yasmeen merayap di perutnya.
Yasmeen tergelak sebelum dia melepaskan pelukan di pinggang Adif lalu dia menolong Adif untuk menumis bahan lain. Sejak dia mengahwini Adif, dia sudah tahu serba sedikit cara untuk memasak. Kalau bersama Puan Yasmina dulu dia hanya tolong mengacau tanpa tahu apa bahan yang sedang dia pegang atau potong.
"Hubby nak masak apa?" tanya Yasmeen sambil tangannya ,masih lagi menumis bawang-bawang yang dipotong Adif tadi.
"Hubby nak masak ayam ala-ala claypot, telur dadar, sayur baby kailan masak sos oyster dengan nasi butter" jawab Adif
"Uishh sedapnya" kata Yasmeen sambil tangannya mencuci nasi apabila Adif sudah mengambil alih tugasnya tadi.
Adif hanya tersenyum sebelum dia mencubit pipi isterinya. Comel sangat.
"Lama tak buat?" tanya Yasmeen
Adif hanya menggelengkan kepalanya sambil dia meletakkan ayam kedalam periuk.
"Can I make a dessert?" tanya Yasmeen.
"What dessert?" tanya Adif
"Brownies with ice cream or strawberry shortcake?" tanya Yasmeen
"Strawberry shortcake sounds good" kata Adif
"Hubby perlukan bantuan tak? Kalau perlu sayang boleh buat dessert nanti, maybe last?" tanya Yasmeen
Adif mengucup dahi Yasmeen sebelum dia menggelengkan kepalanya tanda dia tidak memerlukan bantuan. Dia boleh buat semua sendiri kerana semua bahan sudah disediakan cuma tunggu untuk dimasak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Adif Qasyaf [OG]
Romantika"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...