Mereka bertiga kini memandang ke arah pintu namun tiada siapa yang sedang berdiri. Kini mereka menatap ke arah Adif yang sudah duduk sambil memegang belakang tengkuknya. Dia mengurut lehernya yang lenguh dan terus membetulkan uratnya.
Yasmeen memandang lama wajah Adif sebelum dia menolak tubuh Yazir ketepi lalu dipeluk tubuh Adif. Dikucup pipi Adif bertubi-tubi sebelum bibirnya mengucup bibir pucat Adif.
Kaget. Tubuh Adif terus kaku apabila diserang Yasmeen. Dia menolak perlahan tubuh Yasmeen menjauhinya sebelum dikesat kasar bibirnya. Dia mengerutkan dahinya apabila Yasmeen memandang wajahnya.
"Kau siapa?" tanya Adif keliru dengan apa yang baru terjadi
Tersentak mereka bertiga apabila mendengar soalan Adif. Yazir menarik tubuh adiknya mendekatinya sebelum Azim mencengkam bahu abangnya lalu digoyangkan ke kiri dan kanan.
"Weh angah, angah tak kenal isteri sendiri ke?" tanya Azim
Makin berkerut wajah Adif mendengar perkataan isteri. Dia menggaru dahinya yang tidak gatal. Kahwin? Sejak bila dia dah kahwin pulak. Dia masih single kot.
"Bila masa lak angah kahwin?" pertanyaan Adif membuat mereka berdua memandang ke arah Yasmeen yang sudah menahan air matanya dari mengalir.
Bibir digigit sebelum jarinya bermain di cincin pernikahan mereka. Dia memandang Adif sebelum dia duduk di birai katil Adif. Azim dan Yazir yang berdiri di hadapan Adif tadi ditolak tepi.
Adif mengundurkan sedikit tubuhnya dari mendekati Yasmeen. Dia tidak selesa berdekatan dengan perempuan yang bukan mahram dengannya.
"Awak tak ingat saya?" tanya Yasmeen sambil tangannya memegang tangan Adif.
Adif mengerutkan dahinya sebelum dia menarik tangannya dari pegangan Yasmeen. Dia menggelengkan kepalanya.
"Saya isteri awak. Yasmeen Alana. Kita dah nikah. Awak tak ingat ke Qasyaf?" tanya Yasmeen.
"Qa-Qasyaf?" tanya Adif tergagap-gagap.
Yasmeen mengangguk.
Adif menelan kasar air liurnya apabila dia melihat Yasmeen hendak menangis.
"Cincin dekat tangan awak tu bukti kita dah kahwin. Saya isteri awak." kata Yasmeen sebelum mengusap rahang Adif.
Adif memandang cincin yang tersarung di jari manisnya sebelum dia memandang Yasmeen. Kebisuan Adif makin membuat Yasmeen hendak mengalirkan air mata.
"Awak selalu suruh saya panggil awak dengan gelaran 'Abang Qasyaf' atau 'Abang'. Awak tak ingat langsung ke?" tanya Yasmeen lagi sekali.
"Abang Qasyaf" sebut Adif sambil tersenyum sendiri.
"Ye. Abang Qasyaf. Kalau awak ingat saya janji saya akan panggil awak dengan gelaran tu. Saya janji" kata Yasmeen sambil menaikkan tangannya seolah-olah mengangkat sumpah.
Adif tidak menjawab malah dia membuang pandangan ke arah lain. Yasmeen terasa apabila Adif tidak memandang wajahnya. Air matanya mengalir terasa hati dengan tingkah laku Adif.
Yazir dan Azim yang melihat keadaan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Mereka juga tidak sangka bahawa Adif akan mengalami lupa ingatan. Sayu mereka melihat wajah sedih Yasmeen.
Yasmeen berdiri perlahan, dia sudah penat. Air mata sudah mencomotkan wajahnya. Dia hendak ke tandas untuk membasuh wajahnya. Namun lengannya ditahan dan ditarik ke belakang.
"Saya lagi suka kalau awak panggil saya hubby" kata Adif sambil jarinya menyeka air mata yang membasahi pipi isterinya.
Anak mata Yasmeen menikam lembut anak mata Adif. Adif tersenyum sebelum dia menarik isterinya duduk di birai katil lalu dahinya disatukan. Terhinjut-hinjut bahu Yasmeen menangis sambil tangannya tidak berhenti memukul dada Adif.

YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...