𝙱𝚊𝚋 28

52 3 0
                                        

Misi lelaki yang sedang berlari ke arah mereka itu tercungap-cungap mengambil nafas. Dia memegang lututnya sambil matanya memandang ke arah clipboard di tangan Doktor Daniel. Dirampas clipboard tersebut sebelum dia memberi clipboard di tangannya kepada Doktor Daniel.

Mereka semua memandang ke arah Doktor Daniel dan misi lelaki itu silih berganti. Doktor Daniel terus membelek kertas di clipboard tersebut dan membaca semua maklumat yang ada di di kertas tersebut.

"Kau ambil bini kau punya clipboard lah sengal. Patient bini kau yang ada tumor, bukan patient kau" marah misi lelaki tersebut sebelum kepala doktor tersebut diketuk guna clipboard tadi.

Doktor Daniel menggosok kepalanya yang dipukul oleh misi lelaki tersebut. Dia memandang lelaki itu sebelum dia melihat ke arah seorang doktor wanita yang berlari ke arah mereka.

"Dani ambil clipboard Hana lah. Punyalah Hana gelabah cari Dani sebab takut Dani bedah salah orang" kata Doktor Hana sambil mengatur nafasnya.

"Kamek sik paham apa nak dimadah kitak Sang (Saya tak faham apa yang dicakap awak Sang) [shortform for SAYANG]" jawab Doktor Daniel sambil menggaru keningnya.

"Eishhh kitak mok kamek cakap Sarawak ka bok kitak paham? Kitak tek ambik clipboard kamek masa kamek tengah rawat patient kamek. Katil patient kitak kan sebelah katil patient kamek kat ER tek. Mok dipendekkan cita, kitak terambik clipboard kamek nak Rashdan bok anta. Graf patient kitak bok keluar aiii" ( Eishh awak nak saya cakap Sarawak ke baru awak faham? Awak tadi terambil clipboard saya masa saya tengah rawat patient saya. Katil patient awak kan sebelah katil patient saya dekat ER tadi. Nak dipendekkan cerita, awak  terambil clipboard saya yang Rashdan baru hantar. Graf patient awak baru je kelau aii) terkeluar sudah bahasa Sarawak Doktor Hana

Doktor Daniel hanya meng'oh' sahaja mendengar isterinya membebel. Bebel-bebel pun cantik. Yasmeen yang mendengar penjelasan mereka berdua memandang ke arah Doktor Daniel dan Doktor Hana.

"Maksud torang laki kamek sik ada tumor lah?" (Maksud korang suami saya tak ada tumor lah?) tanya Yasmeen.

Terkejut Doktor Daniel dan Doktor Hana mendengar Yasmeen bercakap menggunakan Bahasa Sarawak. Rashdan yang juga merupakan orang Sarawak juga terkejut. 

"Kitak orang Sarawak juak ka? Orang ney?" (Awak orang Sarawak juga ke? Orang mana?) tanya Rashdan.

"Kamek orang sitok pi kamek ada keluarga angkat dekat Sarawak. Miri" (Saya orang sini tapi saya ada keluarga angkat dekat Sarawak. Miri) jawab Yasmeen.

"Suami kitak sik da tumor. Kamek mintak maaf bagi pihak kamek duak sebab tersaruk . Nak madah nya paloi sik pandey baca nama patient pi nya kerja doktor. Sah nak madah ehh orang laki tok. Sik tauk giney boleh jadi bini nya" (Suami awak tak ada tumor. Saya minta maaf bagi pihak kami dua sebab terkeliru. Nak cakap dia bodoh tak pandai baca nama patient tapi dia kerja doktor. Susah nak cakap ehh orang lelaki ni. Tak tahu macam mana boleh jadi bini dia) kata Doktor Hana

"Tapi dia koma ke?" sampuk Yazir.

Doktor Daniel membaca kertas di clipboard yang betul dan sudah tertera nama Adif Qasyaf. Dia hanya mengangguk sahaja semasa dia membaca kertas tersebut.

"Ya, punca sebab terlampau tertekan. Darah dia juga terlalu tinggi dan oksigen dia juga kurang dari 70 pertaus dan mungkin sebab itu dia tidak sedarkan diri. Dari laporan ni, insya-Allah dia akan sedar tak lama lagi tapi bila tu kita tak tahu. Jadi saya minta korang doa agar dia dapat sedar dengan kadar yang segera." jelas Doktor Daniel

Rayyan dan Raihana sudah mengucapkan syukur manakala Yasmeen pula sudah tersenyum lalu memeluk tubuh Yazir. Yazir hanya membalas pelukan Yasmeen sebelum mereka berempat meminta diri untuk beredar setelah bertanya dimanakah Adif ditempatkan.

Adif Qasyaf [OG]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon