𝙱𝚊𝚋 𝟻

60 4 0
                                        

Apabila sudah keluar dari hospital, aktiviti pertama yang Adif lakukan ialah berjoging di taman. Dia sudah lama terperap di dalam hospital jadi dia ingin menukar anginnya. Kereta sudah terparkir elok di tempat parkir. Dia melihat jam di dashboard, baru menunjukkan 6.30 pagi.

Dia keluar dari perut kereta lalu dia berjalan perlahan ke arah tempat yang biasa dia pergi untuk memanaskan badan. Kelibat Yasmeen dapat dilihat dari jauh, dia tersenyum. Dia terus berjalan mendekati Yasmeen namun dia tidak menegur Yasmeen.

Aktiviti memanaskan badan dilakukan lalu dia terus berlari tanpa ingin berborak dengan Yasmeen. Headphone dipasang lalu dia membuka spotify untuk mendengar playlist yang sudah dibuatnya untuk bersenam.

Yasmeen hanya memandang sahaja Adif melintasinya. Jujur dia tertanya-tanya kemana Adif pergi selama ini dan dia juga sebenarnya lebih suka apabila tiada kehadiran Adif. Namun kehadiran Adif tadi membuat dia sedikit lega namun apabila Adif tidak menegurnya, dia hairan kerana selalunya Adif akan menegurnya.

Malas hendak berfikir panjang, dia memasang earphonenya lalu dia memulakan lariannya. Dia dan Adif terserempak beberapa kali dan mereka berdua seakan-akan tidak mengenali satu sama lain.

Naik hairan Yasmeen apabila Adif berbuat begitu. Sepanjang dia berlari, otaknya ligat berfikir kenapa Adif melayan dia sebegitu. Ataupun lebih tepat tidak melayannya langsung.

Setelah habis target yang ingin dicapainya, dia  terus berhenti di satu bangku yang berhadapan dengan tasik. Dia terus duduk dan mengatur pernafasannya. Dia memandang ke arah tasik tersebut sebelum dia tersenyum kecil.

Kawasan itu merupakan dimana dia ditolak oleh Adif. Perasaan yang dia rasa kini tidak sesakit dulu. Jujur, dia rasa lebih aman. Memori masih lagi memainkan memori indah mereka berdua. Dia tersenyum kecil sebelum air matanya mengalir membasahi pipi.

Dikesat air matanya dari mengalir. Perasaan sebak menyerbu dirinya. Tanpa kisah orang di sekeliling dia menangis teresak-esak. Air matanya tidak berhenti mengalir.

Pesanan ibunya tadi kembali bermain di fikirannya.

FLASHBACK

"Mama dan Ayah dah cari jodoh untuk adik. Mama tak terima sebarang penolakan." kata Puan Yasmina

"Tapi Meen tak nak. Kan Yasmeen dah kata yang Yasmeen tak minat nak ada dalam hubungan buat masa sekarang" kata Yasmeen

"Takde, orang tua laki tu pun setuju nak nikahkan korang dua jadi tak payah nak mengada" kata Encik Afif. 

"Meen tak nak ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Lelaki semua bangsat" kata Yasmeen dengan nada yang tinggi,

Encik Afif memandang Yasmeen sebelum dia mengeluh panjang. Puan Yasmina juga turut memandang Yasmeen.

"Ayah buat untuk kebaikan Meen. Kalau Meen tak nak kahwin dengan pilihan ayah dengan mama Meen tak yah ambil alih bakeri ayah ataupun jadi waris kepada company mama" kata Encik Afif, lebih kepada mengugut.

"Ayah Me-"

"Keputusan Ayah muktamad." kata Encik Afif lalu beredar bersama isterinya meninggalkan Yasmeen diruang tamu.

END OF FLASHBACK

Yasmeen meraup kasar wajahnya. 

"Kenapa tu?" tanya seorang lelaki yang sudah duduk di sebelahnya sambil mengelap peluh yang mengalir di lehernya.

Yasmeen tidak menjawab soalan lelaki itu. Dia memalingkan wajahnya sebelum dia mengesat air matanya .

"You can talk to me" kata lelaki itu.

Adif Qasyaf [OG]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن