Selesai sahaja mesyuarat tadi, Adif ialah orang pertama yang keluar dari bilik mesyuarat. Dia melangkah dengan laju ke pejabatnya. Pintu ditolak kasar sebelum dia mencari tubuh isterinya. Kelihatan Yasmeen sedang tidur disofa dalam keadaan terduduk.
Dia pergi ke arah mejanya sebelum dia membuka laci meja lalu selimut nipis dikeluarkan dari laci tersebut. Dia merapati isterinya lalu menyelimutkan tubuh isterinya. Dia duduk di sebelah isterinya sebelum pipi Yasmeen dielus lembut.
'Haihh aku baru nak mengadu kat kau sayang.' monolog Adif sendiri tanpa henti memandang wajah isterinya.
Kelihatan Yasmeen semakin selesa tidur di bahunya itu membuat dia tidak ingin menganggu isterinya. Nasib segala keperluannya ada di meja kopi tersebut. Dia mengucup sekilas sisi kepala isterinya sebelum dia membuka fail yang hendak dia tandatangan nanti.
"Biashe dia buat suami dia ekk. Nakal betul isteri hubby ni" kata Adif sebelum mencubit lembut pucuk hidung isterinya.
............
Adif yang sedang fokus memandu itu dikacau oleh Yasmeen. Lengannya yang jelas kelihatan urat itu disentuh sebelum Yasmeen mengucup pipi Adif. Adif hanya menjeling isterinya, tahulah dia Yasmeen sedang ingin memujuknya.
"Jangan lah palau kan tite." kata Yasmeen dengan nada yang manja.
Namun Adif membuat tidak endah, dia hanya melihat ke arah jalan raya. Yasmeen pula sudah mencebik.
"Sayang dah mintak maafkan hubby. Awak tu yang bukan main cuci muka tapi takkan nampak rambut dah kena ikat" kata Yasmeen.
"Oh sekarang salah hubby lak? Hubby tak tahu pun sayang ikat rambut hubby." kata Adif
Yasmeen memuncungkan bibirnya. Dia tahu Adif paling pantang kalau ada orang menyentuh rambutnya. Dia bukan sengaja pun nak buat rambut Adif macam tu cuma dia rimas tengok rambut Adif yang berjuntai.
"Hubby tak suka kalau ada orang sentuh rambut hubby kan? Sebab tu hubby marah sayang kan?" tanya Yasmeen.
Adif mengeluh kasar. Dia mencapai tangan Yasmeen apabila lampu isyarat sudah bertukar merah. Dibawa tangan Yasmeen rapat ke bibirnya lalu dikucup lama.
"Hubby tak kisah kalau sayang yang sentuh rambut hubby tapi bukan orang lain. Hanya sayang saja dibenarkan. Faham? Hubby bukan marah sebab sayang sentuh rambut hubby tapi hubby malu bila semua staf tengok hubby macam tu. Jatuh imej macho hubby" kata Adif
Yasmeen mengangguk tanda dia faham dengan apa yang dikatakan oleh Adif. Dia mendekati wajah suaminya lalu dikucup pipi suaminya.
"I'm sorry" pamit Yasmeen
"As long as you pay for the meal afterward, I will accept your apology." kata Adif
"Boleh je. Nak makan dekat mana?" tanya Yasmeen
Adif tidak menjawab malah dia hanya terus memandu ke destinasi yang dia ingin tuju. Sebenarnya dia sudah lama mengidam makanan tersebut sejak mual nya sudah mulai hilang.
Tidak mengambil masa yang lama, mereka berdua sudah pun sampai ke kedai makan yang Adif ingin. Yasmeen memandang ke arah Adif sebelum dia menggelengkan kepalanya.
"Setakat mamak je. Ingatkan hotel ke apa tadi" kata Yasmeen.
Adif hanya tertawa. Dia terus keluar dari perut kereta setelah enjin kereta dimatikan. Dia pergi ke pintu sebelah pemandu lalu dia membuka pintu untuk isterinya. Tangan dihulurkan kepada isterinya sebelum dia menarik tubuh Yasmeen agar keluar dari kereta tersebut.
"Sayang jangan terkejut nanti" kata Adif
Yasmeen hanya menggulingkan matanya. Apalah sangat mamak ni.

YOU ARE READING
Adif Qasyaf [OG]
Romance"Tak boleh ke kita kawan macam dulu?" - Adif Qasyaf "I'm not interested to be a friends of yours. Nama awak dah lama pupus dalam kamus kehidupan saya" - Yasmeen Alana Siapa sangka Adif Qasyaf ialah ex crush Yasmeen Alana. Namun kerana jarak umur mer...