Prolog

14.6K 350 3
                                    

Pada malam hujan lebat kelihatan sebuah kereta mewah yang memiliki sebuah keluarga bahagia melintasi jalan raya. Mereka sangat bahagia tanpa memikirkan yang mereka akan menghadapi sesuatu yang akan memisahkan mereka sekeluarga.

"Mama kita nak pergi mana ni?" tanya seorang kanak-kanak berumur 10 tahun.

"Ouh ama papa nak bawa kamu dan adik kamu pergi makan. Esok kan mama papa nak pergi kerja jauh." Jelas si ibu kepada anaknya.

"Makan? Yeay makan!" sorak kanak-kanak berumur 10 tahun itu manakala adiknya yang berumur 4 tahun hanya mengikut abangnya bersorak walaupun tak faham apa apa.

Si ibu dan sang ayah hanya tersenyum melihat kedua anaknya bahagia, entah kenapa sejak dua tiga hari ni mereka kerap rasa tidak sedap hati seolah-olah akan terjadi sesuatu benda buruk, tapi mereka tidak memikirkan sangat perihal tersebut.

Tak lama kemudian kelihatan lori sedang melaju ke arah mereka tapi disebabkan hujan lebat mereka tidak nampak dengan jelas dan berfikir yang lori itu lalu di laluan yang sepatutnya. Semakin dekat lori tersebut semakin jelas penglihatan mereka dan apa yang mereka lihat lori itu sedang menuju ke arah kereta mereka seolah ingin melanggar mereka.

"ABANGG!! Lori tu nak langgar kita bang! Elak!!" Jerit si ibu panik, kedua anaknya menangis apabila mendengar si ibu menjerit.

Sang ayah panik dan cepat ingin membelok tapi belum sempat dia membelok ke kiri lori tersebut telah menghentam kereta mereka.

"ABANGGG!!!"

BUMMMMM!

Kedengaran bunyi sesuatu berlaga dengan sangat kuat, kereta bahagian depan sudah penyek. Si ibu dan sang ayah tersepit manakala si abang menangis menahan sakit, si adik masih lagi duduk di babychair yang digunakannya dan pengsan terkena tempias cermin yang pecah.

Sang ibu yang masih sedar sempat berpesan kepada si abang sebelum mengucap 2 kalimah syahadah lalu tidak sedarkan diri, manakala si ayah sudah tidak bernyawa tertusuk besi yang dibawa lori tersebut ke dada.

"Mama nak kamu jaga adik kamu dari jauh dahulu sebelum kamu munculkan diri apabila dia sudah dewasa dan cukup mengerti apa yang sudah berlaku." itu pesan terakhir dari si ibu sebelum pergi meninggalkan kedua anaknya yang masih kecil.

Si abang hanya menangis tak bisa berkata apa apa. Tak lama kemudian kedengaran bunyi siren ambulans, bomba serta polis.

'Abang janji akan jaga adik seperti nyawa abang sendiri' tekad budak kecil tersebut. Dia berjanji akan memenuhi permintaan mamanya yang terakhir kali. Si abang kemudian mencium kedua pipi arwah mama papanya serta adiknya untuk terakhir kalinya sebelum senyap senyap meninggalkan kereta yang sudah remuk itu.

Kanak-kanak 10 tahun itu kemudiannya hilang tanpa dapat dijejak, pihak polis sudah mencari di kawasan yang berdekatan kerana mereka berpikir kemungkinan kanak-kanak lelaki itu tercampak keluar semasa berlaku kemalangan. Disebabkan pencarian mereka tidak membuahkan hasil pihak polis beranggapan yang kanak-kanak tersebut telah meninggal.Tapi yang sebenarnya kanak-kanak itu telah dijaga oleh sepasang suami isteri yang tidak memiliki anak di hutan sampai dia sihat sepenuhnya.















Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now