BAB 14

5.1K 177 3
                                    

Malikha melihat mesej yang dihantar Nash dengan sengihan.

Dah kantoi la

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Dah kantoi la.... Abe 6roti dah maghoh la.

Malikha menyiapkan dirinya sebelum turun kebawah, dia memilih crop top dengan skirt jeans.

Malikha turun kebawah untuk berjumpa Nash di cafe yang terdapat di hotel mereka menginap

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Malikha turun kebawah untuk berjumpa Nash di cafe yang terdapat di hotel mereka menginap.

Setelah ternampak kelibat Nash dia terus meluru ke sana.

Malikha tersengih bila Nash melihat dia dengan pandangan yang tajam sebaik saja dia berada dihadapan lelaki itu.

"Kenapa masam je muka abang ni? Piyed eh?" gurau Malikha.

"Piyed kepala otak kau! Kau duduk!" dingin Nash menyuruh.

Malikha memuncung. "Jangan lah marah."

"Diam!"

"Ish abang ni! Kalau suruh Lia diam baik tak payah suruh Lia join abang!" marah Malikha balik.

"Aku pun tak ingin kau join! Aku cuma nak cakap, daddy mommy dengan Noah dah pergi dulu ke Pulau Perhentian." beritahu Nash.

"Kenapa tak ajak Lia pergi sekali?" Malikha mengerutkan dahinya.

"Kau yang tak bangun bangun! Orang dah kejut tak reti nak bangun!" Nash menunjal dahi Malikha.

"Tak pasal pasal aku yang kena tunggu kau! Menyusahkan!" dengus Nash.

"Eleh! Kalau tak ikhlas baik tak payah! Lia boleh naik grab!" rajuk Malikha. Terasa dia.

"Tak payah mengada nak naik grab! Aku yang kena dengan daddy nanti. Dah jom cepat!" Nash mula bangun dari kerusi diikuti Malikha.

"But wait!" Nash memusingkan tubuhnya semula kearah Malikha.

"Apa?" tanya Malikha pelik.

"Kau takde baju ke sampai pakai singlet je? Tak malu ke?" sindir Nash.

"Suka hati Lia lah nak pakai apa pun!" balas Malikha kerek. Dia tak suka dirinya diperlekehkan.

"Memang kau boleh jawab macam tu pun bila kena soal dengan malaikat nanti." Perli Nash selamba.

Tersentap Malikha, dia menunduk. "Lia tahu lah tak boleh senang-senang bagi lelaki bukan mahram tengok aurat Lia tapi Lia tak terbuka hati lagi nak berubah."

Nash memandang Malikha dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Slow-slow berubah. Ramai yang support kau. Aku pun tak suka kau terlalu terdedah macam ni. Nah ambik jacket aku ni, pakai." Nash menghulurkan jaket denimnya kepada Malikha.

Malikha menyambut huluran Nash dan memakainya.

"Dah jom, nanti lambat sampai." Nash berjalan mendahului Malikha.

Malikha terkedek-kedek mengikuti Nash dari belakang.

...

Malikha sedang bersantai di tepi pantai seorang diri. Selepas saja mereka semua berseronok di Pulau Perhentian mereka semua balik semula ke hotel. Sekarang sudah senja, jadi Malikha memilih untuk tengok pemandangan di pantai.

"Kau memang suka duduk seorang-seorang ek?" tegur Nash tiba-tiba di sebelah Malikha.

"Eh abang ni! Suka datang mengejut!" Malikha mengusap dadanya.

"Suka hati aku lah!" Nash melabuhkan duduknya di sebelah Malikha.

Seketika keadaan mereka berdua sepi tanpa bicara. Kedua-duanya dalam dunia masing-masing. Menghayati keindahan tuhan dengan perasaan tenang.

"The moon is beautiful, isn't it?" Ucap Nash dengan sangat tiba-tiba.

Ternaik kening Malikha, bulan tak sempurna lagi bentuknya.

"No. Obviously, the sunset is more beautiful." Selepas menuturkan kata hatinya yang terpendam dengan dingin, Malikha bangun dari tempatnya.

Nash terdiam mendengar balasan Malikha.

"I'm sorry, Nash Hyder. But you're wrong." Kata Malikha datar sebelum dia pergi meninggalkan Nash berseorangan diri di pantai.

Nash memandang ke arah pantai dengan pandangan kosong.

"I swear I hate you." Nash berkata datar.

"I'm crazy enough to do what I want." Nash memejamkan matanya, perlahan senyuman sinisnya terbentuk.

"You want me to start it first. Don't blame me if I cut the line."
.
.
.
.
.

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin