BAB 36

3.5K 105 0
                                    

MIKAEL memberikan senyuman tipis kepada mentua adiknya.

"Macam mana dengan Lia mummy? " tanya Mikael terus. Sudah sebulan lebih adiknya tinggal bersama mummy kerana mummy sendiri ingin menjaganya serta kandungan yang baru mencecah 3 bulan lebih.

"Macam tu lah dia. Tak berubah, masih berdiam diri tak bercakap langsung. Makan pun mummy kena paksa kalau tak memang tak makanlah dia. " mummy mengeluh.

"Mika pergi tengok dia la, boleh? " pinta Mikael.

"Apa pulak tak boleh nya, pergi lah jumpa Lia mana tahu emosi dia stabil sikit. " izin mummy.

Mikael terus naik ke atas dimana bilik adiknya berada. Sampai sahaja dihadapan pintu, Mikael terus menerjah masuk.

Mikael mengeluh buat sekian kalinya melihat keadaan adiknya yang semakin teruk. Dengan rambut serabainya, dah serupa hantu dah. Malikha dulu yang sangat menjaga penampilannya sekarang berubah kerana kehilangan suaminya.

"Lia " Mikael menghampiri Malikha yang sedang duduk memeluk lututnya di atas katil.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni? "

Malikha hanya menghiraukan kedatangan Mikael. Matanya bengkak kerana menangis setiap hari.

"Kau tak kesian dekat anak kau ke? " Mikael mula memujuk Malikha.

Malikha diam.

"Aku tahu kau sedih. Tapi kau rasa Nash suka ke tengok keadaan kau macam ni? Nash pun tak tenang kalau kau asyik bersikap seolah kau tak terima kepergian dia. " Mikael memegang tangan Malikha.

"Memang aku tak terima pun dia tinggalkan aku! Kau tahu tak aku terseksa! Macam mana aku nak jaga anak aku kalau dia takde di sisi aku! " akhirnya Malikha bersuara.

"Aku kan ada. Mir ada, kak hana ada. Mummy daddy dan Noah pun ada untuk sokong kau. Kami ada untuk tolong kau sama-sama membesarkan baby ni. Kau ingat tak apa pesan terakhir Nash sebelum dia tinggalkan kita semua? " Mikael cuba untuk membuka semula ingatan Malikha.

Malikha terdiam.

'Take good care of our baby'

Dia masih ingat. Tapi dia terlalu leka dengan rasa kehilangan orang tersayang sehingga dia melupakan satu nyawa yang perlu dia jaga.

Malikha mula dihurung rasa bersalah terhadap anak yang bakal dilahirnya. Apa aku dah buat ni? Aku dah lupa pesan Nash!

Malikha menyentuh perutnya yang mula menampak bentuk. 'Maafkan mummy, mummy pentingkan diri. '

Mikael memeluk Malikha menyalurkan kekuatan. Dia tahu Malikha menyesal dengan perbuatannya yang menghiraukan kandungannya.

"Kuatkan diri kau demi baby. Aku pasti Nash pun mesti nak kau jaga diri kau serta baby korang dengan baik. " bisik Mikael.

Malikha membalas pelukan abangnya. Dia dah nekad untuk bangkit dari kemurungannya.

'I'm sorry hubby. I've lost control.'
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now