BAB 46

4.6K 122 2
                                    

MALIKHA memandang ketiga anaknya yang sedang bermain di taman dengan satu senyuman.

Alhamdullilah hampir 6 tahun sudah berlalu. Kini dia memiliki 3 orang anak, Nasha sudah berumur 7 tahun manakala kedua adik lelakinya, Milash Hydir berumur 5 tahun dan Malikie Hydar berumur 3 tahun. Umurnya pun sudah menginjak ke 29 tahun. Hubungannya bersama Nash pun semakin lama semakin erat.

Malikha tersedar dari lamunannya pabila terasa ada satu tangan yang memeluknya dari belakang. Malikha tersenyum, dia sudah tahu siapa yang memeluknya. Semestilah encik Nash Hyder kita!

"Menung apa tu baby? " tanya Nash manja.

"Takdelah, Lia tetiba terfikir. Cepat je masa berlalu sedar sedar je dah ada anak tiga. "

Nash tersengih nakal. "You tak nak tambah yang keempat ke? Iki pun dah besar. "

"Ish apa hubby ni! Jangan mengada! Ingat senang ke nak beranak. Hubby nak Lia tarik rambut hubby sampai tercabut lagi ke? " Malikha menampar lengan suaminya perlahan.

"Eh tak nak lah! Kang botak pula hubby. " Nash bergedik ngeri bila teringat adegan semasa Malikha beranakkan Milash dan Malikie. Sampai tercabut rambutnya ditarik.

"Tahu pun takut! " Malikha tersengih.

"Dah lah hubby, you pergi panggil anak-anak suruh balik. Dah nak gelap ni. " arah Malikha.

"Yelah." Nash terus pergi ke taman yang berada dihadapan rumahnya untuk memanggil anak-anaknya. Sebelum ni taman ni tak wujud pun tapi setelah anak-anak dia merengek nak pergi taman hari-hari dia pun upahlah orang untuk bina taman depan rumah dia. Nasib tanah terbiar.

Malikha kembali masuk ke rumah untuk menyediakan sarapan malam.

•••

"BABY, mana butang baju melayu hubby? " Nash menjengukkan kepalanya di pintu.

"Ada lah dalam laci. Cuba cari betul-betul. " balas Malikha sambil melilit tudungnya di kepala.

Nash menurut dia membuka laci dan mencari butang.

"Takde pun! "

Malikha mengeluh. Dia menyelesaikan tudung di kepalanya dan berjalan menghampiri Nash.

"Tepi! Kalau Lia jumpa siap hubby! "

Nash mengensot ke tepi. Malikha melutut dan mencari di laci. Malikha kemudian memandang Nash dengan senyuman manis.

"Suamiku sayang, ni apa? " Malikha menunjuk butang baju di tangannya.

Nash tersengih, dia menggosok belakang lehernya. "Macam mana baby boleh jumpa? "

"Lain kali cari betul-betul! Nah ambik ni! " Malikha menghulurkan butang baju tersebut kepada Nash.

"Err... Baby boleh tolong pakaikan?" Nash memberikan senyum comel.

Malikha mengeluh pasrah."ish hubby ni, kita dah lambat tau! Mengada pulak dia time-time ni. Anak-anak tu dah siap ke belum? "

"Dah! Awal-awal lagi diorang dah siap, kita je lambat. " Nash memeluk pinggang Malikha.

"Ok done! " Malikha menepuk dada Nash perlahan.

"Thank you baby! " Nash mencium pipi Malikha bertalu-talu.

"Ish apa ni bie! Rosak mekap Lia! " Malikha menolak kepala Nash.

"Ala nak bermanja pun tak boleh! " Nash mencebik.

"Mommy daddy, can you guys please stop beromen? I ni bosan tau! Bila kita nak pergi majlis pak long ni? I tak sabar nak jumpa siapa bakal jadi perempuan malang sedunia dapat suami kurang akal macam pak long tu. " selamba Nasha mencelah.

Malikha tercengang. "Hey! Siapa ajar you cakap macam tu hah? "

Nash tergelak besar. "That my girl! You so slay princess!

Malikha mendengus. "Anak ngan bapak sama je! Baik I pergi dekat hero-hero I! Dah tepi sikit gurl, mummy nak jumpa anak mummy! "

Nasha menjeling mummynya. "So I bukan anak you ke? "

"Not you're not my daughter! " selamba Malikha.

"Auch mummy! That's hurt me! " Nasha memegang dadanya seolah tersakiti.

"Whatever! " Malikha melepasi anaknya dengan diva sekali.

Nash menggeleng melihat kedua bidadarinya bergaduh manja. Tak berdrama sehari tak sah!

"Dah come princess. Kita dah lambat. " Nash memimpin tangan Nasha untuk kebawah.

Sampai sahaja di bawah dia melihat Malikha yang sedang menilik penampilan kedua anak lelakinya.

"You're so handsome boy! Pandai your sister pilih baju. " puji Malikha.

"Ofcoz, because that is me! Nasha Stelliana, no one can beat my fashionable! " bangga Nasha sambil mendabik dadanya.

"Ilash, you ada dengar orang tak sedar diri bercakap tak? " soal Malikha sengaja kepada anak lelaki sulungnya.

"Yes mummy, I heard that. " Milash turut menjoin mummynya mengusik Nasha.

"Mummy! And you Ilash! I'm your sister you need to backup me! " Nasha menghentak kakinya.

"Ouh really? Then she's my mummy! I need to backup her more than you. " Milash mencium pipi Malikha.

Malikha tersenyum bangga. "See? He love me! Hahaha! Let's go boy! " Malikha mendukung Malikie dan menarik tangan Milash untuk pergi bersama.

Nasha merengus. "Daddy! You look at mummy! "

"I already see her, and she is so beautiful. " Nash sengaja mengusik Nasha.

"Daddy!! " Nasha memuncung.

Nash tergelak. "I'm just kidding. Dah jom, nanti lambat pulak. "

Kemudian mereka berdua keluar dari rumah dan menaiki kereta untuk ke dewan yang mengadakan majlis perkahwinan Mikael. Akhirnya setelah umur menginjak 35 tahun kahwin jugak mamat tua ni.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now